5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
Android merupakan OS telefon pintar yang dihasilkan oleh Google. Pada mulanya saya tidak ambil pusing sangat tentang Android ini kerana tidak mendapati ianya satu keperluan bagi perniagaan saya. Pada masa itu juga saya masih belum memiliki telefon bimbit pintar. Jadi gambar-gambar robot hijau mirip R2D2 dalam cerita Star Wars ini tidak begitu menarik minat saya.
Namun setelah memiliki sebuah telefon pintar xperia yang memakai Operating System Android, saya mula mencari kelebihan-kelebihan andorid ini untuk digunakan bersama-sama perniagaan saya. Jadi telefon saya kini telah memiliki dua fungsi, iaitu sebagai kegunaan peribadi dan teknologi yang boleh digunapakai untuk perniagaan saya. selanjutnya…
Soal Jawab Perniagaan Internet
Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda dan saya.
Soalan-soalan ini akan saya bahagikan dalam bentuk Q (soalan) serta A (jawapan) bagi membolehkan pemecahan soalan ini dilakukan, seterusnya menjadikan soalan ini lebih senang untuk dihadam.
selanjutnya…
Surat Adwords Dari Google
Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, seorang posmen tiba-tiba hantar satu surat yang tidak saya jangka isi kandungannya. Ianya dari Google! Seingat saya baru dua atau tiga kali Pakcik Google menghantar surat kepada saya. Itu pun mengenai Adsense.
Tapi kali ni, rupa-rupanya ia berkaitan dengan Adwords. Nak tahu apa isi surat ini ? Mungkin gambar di bawah boleh menerangkan serba sedikit apa isinya. selanjutnya…
Komisyen Santai Seorang IM Amatur
Assalamualaikum sahabat-sahabat GSC. Apa khabar ? Alhamdulillah, masih berpeluang saya untuk mencoretkan sesuatu berkenaan dengan pemasaran internet di sini. Pemasaran internet merupakan salah satu dari ‘passion’ saya. Untuk melaksanakannya kita hanya memerlukan beberapa tindakan yang bukannya banyak, namun perlukan konsistensi yang tinggi.
Semenjak dua menjak ini saya agak sibuk sedikit dengan tugas di luar sebagai seorang saintis microbiology. Namun begitu, kesibukan di luar tidak menghalang saya untuk terus menguruskan perniagaan internet saya. Inilah keistimewaan perniagaan internet. Anda tidak perlukan 24 jam untuk berniaga. Anda hanya perlukan sekitar 3 jam sehari dan surat jualan akan memainkan peranannya sebagai pembantu setia anda secara automatik. selanjutnya…
jadual seminar emas julai ini…
salam ‘alaikum…
sesiapa yang berminat ingin mengetahui tentang emas dan kelebihannya bolehlah menyertai seminar public gold di seluruh malaysia.sekiranya ada yang kurang faham boleh merujuk kepada kami di http://emaspadu02.blogspot.com/
mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari kami… (“,)
Hukum Pelaburan ASB
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

salinan dari Jabatan Mufti Selangor
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita. selanjutnya…










