Home » Affiliate » Asas Pendaftaran Program Affiliate
Asas Pendaftaran Program Affiliate
Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Dalam entri kali ini, insyaAllah, saya akan tunjukkan asas pendaftaran program affiliate jika anda berminat menjana pendapatan di internet menerusi teknik ini. Program affiliate merupakan program termudah untuk anda jana pendapatan di internet, secara tetap atau part time.
Sebelum itu, saya nak terangkan serba sedikit tentang program affiliate yang bakal anda sertai. Jika ada program affiliate yang memerlukan bayaran ketika proses pendaftaran berlaku, besar kemungkinan program affiliate itu adalah program scam. Jangan daftar sekiranya program affiliate tersebut minta wang daripada anda. Ini nasihat daripada saya.
Saya akan terangkan dalam bentuk point, supaya mudah untuk newbie grab idea bagaimana untuk kita daftar satu-satu program affiliate di internet. Oh ya, jika anda belum tahu lagi apa itu program affiliate, anda mungkin boleh baca entri tentang asas affiliate yang telah saya tulis sebelum ni.
Jadi, untuk memudahkan cerita, lihat saja langkah-langkah dan proses pendaftaran program affiliate yang telah saya susun di bawah:
Langkah 1: Kenal Pasti Program Affiliate

Kenal pasti dahulu sekiranya ada usahawan yang membuka program affiliate untuk anda sertai. Dalam gambar di atas, saya mengambil contoh laman web www.mejalaptops.com. Usahawan internet ini, saudara Faizul Noor menjual meja laptop yang unik di internet. Jika anda pergi ke laman web beliau dan scroll sehingga bahagian bawah, anda akan temui satu link bertajuk “Sertai Affiliate“. Klik pada link berkenaan jika anda berminat untuk menyertai program affiliate beliau.
Ada juga usahawan internet yang hanya menjalankan program affiliate secara tertutup. Tapi tak mengapa. Sebab banyak lagi usahawan internet yang ada di luar sana membuka pendaftaran affiliate. Apa yang penting adalah anda perlu rajin mencari.
Anda juga boleh bertanya kepada usahawan internet terbabit, sama ada beliau ada membuka program affiliate atau tidak. Insya-Allah, kalau rajin dan kena gayanya, mungkin beliau akan mendedahkan program affiliate yang sedang beliau jalankan secara tertutup (jika ada).
Langkah 2: Mulakan Proses Pendaftaran

Jika kita merujuk gambar di atas, anda perlu klik pada “Daftar Affiliate Klik Sini!” sekiranya anda masih lagi belum mendaftar program affiliate tersebut.
Perlu diingatkan bahawa kelainan bentuk ayat mungkin akan berlaku bagi setiap program affiliate yang ingin anda sertai. Ini kerana tidak semua usahawan internet ini menggunakan pengaturcaraan program affiliate yang sama. Mungkin ada yang masih menggunakan sistem lama. Ada juga yang menggunakan sistem baru.
Jadi jangan risau dengan masalah struktur kata yang mungkin akan wujud akibat daripada penggunaan script affiliate yang pelbagai.
Langkah 3: Isikan Maklumat Serta Butiran Diri
Semasa anda melakukan proses pendaftaran, anda perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan di laman web tersebut.
Anda boleh meletakkan butiran diri anda dengan lengkap. Namun, jika anda tidak mahu meletakkan informasi lengkap tentang diri anda, cukup sekadar anda memenuhkan ruangan penting yang bertanda asterisk (*).
Peringatan: Username anda perlulah mempunyai satu frasa sahaja, bukannya dua atau tiga. Sebagai contoh, anwaryassin bukan anwar yassin. Gabungkan 2 perkataan menjadi 1. Itu formula mudahnya.
Seperkara lagi, jangan guna tanda-tanda pelik semasa menaip username anda, gunakan sahaja perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah untuk diingati.
Setelah siap, hantar borang tersebut dan jangan terkejut jika anda telahpun boleh mula mempromosi produk rakan niaga anda di internet.
Langkah 4: Login & Dapatkan Link Affiliate Anda
Jika anda telahpun daftar masuk ke dalam akaun affiliate anda, anda akan memperoleh link seperti di atas. Link di atas hanya contoh yang saya buat untuk tutorial ini. Link sebenar akan mempunyai username anda di akhir link tersebut.
Username anda yang berada di akhir link tersebut bertindak sebagai tracking code(kod pengesan) yang akan mengesan sebarang pembelian yang berlaku melalui link anda. Anda juga boleh kesan kadar klik yang berlaku terhadap link anda. Perkara ini akan saya terangkan di bawah.
Nota: Ada juga sistem affiliate yang menggunakan nombor sebagai kod pengesan, jadi jangan risau jika tiada username anda yang tertulis pada link affiliate anda. Selalunya sistem affiliate yang bermutu tinggi akan menggunakan nombor sebagai kod.
Rata-rata usahawan internet di Malaysia masih lagi menggunakan sistem affiliate yang berteraskan kepada username, jadi perkara ini berkemungkinan besar tidak menimbulkan sebarang masalah.
Langkah 5: Dapatkan Bahan Bantuan Promosi
Langkah ke-5 ini merupakan langkah yang agak penting dalam proses pemasaran produk anda. Mengapa saya katakan sedemikian? Sebabnya, bahan promosi merupakan perkara yang penting ketika anda melakukan pemasaran.
Jika bahan promosi tidak berkualiti dan tidak mampu menarik ramai orang untuk membuat pembelian, maka kuranglah pendapatan anda sebagai pihak yang mempromosi.
Walaupun ramai orang berkata “Don’t judge a book by its cover”, tapi lumrah manusia memang akan judge juga berdasarkan kulit luaran. Jadi, pastikan bahan promosi yang anda terima berkualiti.
Di sini saya tidak bermaksud anda perlu mengutamakan cover luaran sebagai pengukur kualiti produk. Sebagai affiliate marketer, saya juga melihat kepada manfaat yang dapat diberikan oleh produk tersebut. Jika produk itu bermanfaat kepada orang lain, saya akan tolong promosikan.
Bahan promosi tidak terhad kepada banner sahaja. Bahan promosi boleh juga ditampilkan dalam bentuk artikel, email dan kupon pembelian. Terpulang kepada kreativiti pengendali program tersebut.
Nota 1: Anda disarankan untuk mengubahsuai sedikit bahan promosi seperti artikel atau email. Tujuannya supaya artikel atau email anda nanti mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding orang lain. Gunakan sedikit masa anda untuk mengubah artikel terbabit agar ia menjadi unik. Enjin carian suka kepada artikel yang unik. Ini formulanya.
Nota 2: Anda juga boleh mengesan kadar klik yang berlaku terhadap link affiliate anda dengan klik pada ruangan statistik klik. Namun ada juga sistem affiliate yang telah sedia ada meletakkan statistik klik di halaman utama.

Langkah 6: Mulakan Promosi
Mulakan promosi link affiliate anda kepada golongan sasaran. Link affiliate yang telah anda peroleh daripada pengendali program tadi perlu dimasukkan ke dalam setiap promosi yang anda lakukan.
Untuk langkah promosi ini, saya suka menggunakan analogi seperti berikut, “Jual baju sejuk kepada orang eskimo, dan jual pula air tebu yang mempunyai ais kepada orang di padang pasir“. Dapat tangkap analogi tersebut ?
Maksudnya, lakukan promosi kepada golongan sasaran yang berminat. Jika anda mempromosi produk kesihatan, promosikan produk tersebut kepada golongan pesakit atau golongan yang ingin menjaga kesihatan. Jika anda mempromosi produk berkaitan wanita, jangan pula pasarkannya kepada kaum lelaki.
Apa yang penting adalah sejauh mana anda mengetahui golongan sasaran atau prospek anda sebelum anda mulakan promosi.
Jika kurang berkemampuan, buat promosi secara percuma dahulu. Jika sudah mempunyai dana nanti, barulah fikir-fikirkan kaedah promosi yang memerlukan wang ringgit.
Peringatan: ramai orang yang melakukan spam ketika mempromosi produk affiliate mereka. Aktiviti ini merupakan satu perkara yang tidak sihat. Hindarkan aktiviti spam ini kerana aktiviti ini tidak langsung menjaga privasi orang lain. Mahukah anda jika privasi anda sendiri diganggu?
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan informasi berguna ini dengan rakan-rakan anda yang berminat untuk menyertai program affiliate di facebook. Klik pada butang biru “F share” di atas untuk berkongsi dengan mereka.
22 Responses to “Asas Pendaftaran Program Affiliate”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Terima kasih Anwar Yassin..info yang lengkap.Sebenarnya masih ramai lagi yg belum tau cara menjana pendapatan melalui affiliate..
Sama-sama, saya buat apa yang termampu. Pada asalnya, saya tak terfikir masih ada yang belum tahu. Bila junior saya cetuskan isu ni, baru saya sedar bahawa setiap waktu, akan ada individu baru yang ingin menyertai bidang pemasaran affiliate. Moga sedikit ilmu ini membawa manfaat yang besar kepada semua.
Syabas bro sanggup luangkan masa utk buat tutorial ini & sgt bermanfaat utk newbie. Pada dasarnya pendaftaran affiliate memang sgt mudah tetapi memang masih ramai yg masih tak paham konsepnya..so kepada rakan pembaca newbie di sini manfaatkan ler sepenuhnya apa yg Anwar Yassin kongsikan di sini. Salam suksess.
Terima kasih abg Zol. Saya harap juga tutorial ni mampu untuk bantu sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak dengan internet marketing. Kalau ada rezeki, saya akan cuba bantu lagi.
Terimakasih tuan dgn info yg amat berguna,
Sebagai sorg yg baru dlm internet bisness, apa yg sya dapati kebanyakan info mengenai memulakan perniagaan internet terlalu byk dan bermacam-macam boleh didapati di internet menyebabkan pendatang baru spt sya tidak begitu memahami yang manakah perlu didahulukan dan yg mana perlu dikemudiankan.
Mereka sering terdedah kpd promosi2 atau iklan2 yg menjanjikan penjanaan duit online yg hebat2 menyebabkan kebayakan mereka tidak boleh fokus kpd sesuatu niche ataupun produk diinternet.
Bagi sya jln penyelesaian adalah fokus kpd sesuatu produk amat penting dan perlu menimba ilmu melalu forum dan jg seminar yg dianjurkan internet marketer yg berpengalaman.
ini hanya pandangan peribadi sya, tkasih.
Saya sokong pandangan saudara. FOKUS memang ciri yg sangat penting. Jika kita nak berniaga di ebay, tetapkan azam untuk berniaga di ebay shj. Jika nak berjaya dalam affiliate, fokus untuk affiliate sahaja hingga berjaya.
Tak perlu termakan dgn hasutan yang menjanjikan kesenangan di satu-satu tempat.
Namun, teknik pemasaran pada saya perlu dipelbagaikan. Pemasaran merupakan aspek terpenting terutamanya untuk program affiliate yg saya ceburi.
Slm saudara Anwar Yassin,
Terima kasih atas info yang berguna. Saya baru ingin mencuba perniagaan internet. Masih banyak yang perlu dipelajari.. Tumpang bertanya kalau saudara tak kisah. Camner saudara buat popup kat bawah page ni “Download Ebook Terhangat ini Secara percuma” utk org isi nama dan email, menarik saya tengok sebab walaupun kita scroll page ke bawah, masih lagi benda tu ‘melekat’. Saya survey autoresponder, byk yg just bagi html code utk kita paste, tapi yg saudara buat kat bawah ni lain sket, sebab dia pop-up dan sentiasa melekat kat bawah tu..
Saya masih lagi baru nak berjinak-jinak dengan internet marketing ni.. Seronok kalau kita boleh berjumpa.. Saudara ada buat kelas ke? Boleh saya nak join.. atau saudara tahu sape2 yang ada buat kelas (ataupun forum dsb yang boleh lepak2 berkongsi idea, share maklumat dsb).. Terima kasih…
Salam. sama-sama Kretivmind. Saya cuba jawab satu persatu soalan saudara. Tentang popup yang saudara lihat di bawah tu, ia berkaitan dengan script yang perlu diletakkan dlm server kita. Ada banyak jenis script sperti tu, ada juga yang bertindak seperti peel away ads yg terletak di bahagian atas laman web kita.
Buat masa ni saya belum lagi buat bengkel. Tapi saya sedang merancang ke arah itu InsyaAllah. Kalau untuk forum usahawan internet, saudara boleh ke wangcyber.com. tempat usahawan internet tempatan berkumpul.
Salam….
Sebenarnya ikut cara mudah kita tiru jer apa yang dibuat oleh pakar2 affiliate…tetapi kita mesti :
1) FOKUS
2) Jangan Putus Asa – Ramai dari kita bila promote habis-habisan tapi x dapat hasil..terus give up
3) TEKNIK YANG BETUL!….
Fokus pada satu-satu teknik…jangan buat semua sekaligus…kalau nak buat promosi cara berforum..teruskan fokus pada skill tesebut…kalau nak buat promosi pemasaran email(saya suka yang ini)…fokuskan kesitu…tak perlu buat semua cara promosi yang ada dengan harapan dapat jualan dan duit dengan cepat…
Tak tahu kita bertanya apa salahnya kan kan kan? Jadi sama-sama ler kita menuju kearah ebiz yang lebih cemerlang…
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
Mantap dah bro Radzuan sekarang. Alhamdulillah. Betul tu. satu lagi point yang saya dah add dalam laporan ringkas “Buat RM1000 Pertama Dengan Affiliate” adalah tentang MINAT. Pupuk dahulu minat. Bila dah minat ni, memang kita akan terus berusaha tanpa fikirkan ttg wang ringgit.
Contohnya macam orang yang suka make-up kereta. Mereka suka make-up kereta, tapi tak dapat income pun dari kereta tu. Duit shj yang keluar. Tapi bila kereta tu dah lawa, modified sana sini, kalau ada auto show, boleh sertai. Kalau bertuah, boleh dapat wang hasil dari menang pertandingan tersebut.
Ini satu contoh kepentingan minat dalam bisnes.
Terima kasih Anwar Yassin kerana sudi berkongsi ilmu. Saya setuju dgn point no.2 saudara Radzuan tu.. Cepat putus asa.. buktinya, saya yg xjumpa2 script yg Anwar cakap tu pun dah putus asa ni (hehe… mungkin saudara Anwar Yassin boleh bagi hint sket lagi mana nak cari script sebegitu.. apa nama nya, “stick-on bottom” ke apa ye.. and script apa tu ye, javascript ke, php ke.. ) Terima kasih banyak2 skali lagi..
Kalau nak tau nama ads tu, Boleh terus ikut link ni http://ultimatefooterad.com .
Saudara perlu laburkan sedikit dana untuk dapatkan script ni, sebab ianya berbayar. Hasil tangan Graham Cox yang amat berkualiti.
Wah..Terima kasih saudara Anwar kerana sudi berkongsi ilmu.. Memang hasil tangan Graham Cox yang amat berkualiti.. Saya masih baru nak belajar, harap lepas ni boleh dapat tunjuk ajar dari saudara lagi.. Cepat saudara reply komen, nih yang buat saya lagi bersemangat utk buat bisnes IM ni… heheh.. ramai sifu2 yang tak lokek ilmu… apapun, nanti bila saudara dah nak buat bengkel bagitau ye.. sy nak join..
InsyaAllah. Dah ramai yang minta buat bengkel, tapi jujurnya buat masa ni belum boleh lagi. Saya masih dlm proses perancangan tentang bengkel tu. InsyaAllah, akan dilaksanakan juga.
Sambil2 plan tu, saya sdg gather method baru juga. Boleh la perturunkan banyak sikit method kepada peserta bengkel, baru lah dikira berbaloi-baloi.
Salam, Bro Anwar dan pengunjung2 blog gaji sendiri. Hehehe…nak kata mantap tu tidaklah..(saya ucapkan terima kasih atas pujian Bro Anwar).
Sayapun tengah dok siapkan squeeze page saya…iyerlah cam saya – saya rela buat sendiri semuanya – squeeze page, nak update blog (dah 2 minggu lebih balik kerja pukul 10pm), nak habiskan ebook sendiri, dan semualah yang berkaitan dengan ebiz ni..tapi kena luangkan jugak at least 1 jam depan komputer untuk terus FOKUS pada online biz ni.
Terus motivasikan diri sendiri pada semua yang berminat online biz ni – berpesan2 dengan kesabaan dan berpesan2 dengan kebenaran.
Harap semuanya berjaya
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
Banyak kerja ya Bro. Saya doakan semoga sentiasa bersemangat dan cepat siap kerjanya. Konsisten adalah perkara penting. Bro Radzuan dah berkerja, mesti tau lagi banyak hal-hal dunia pekerjaan kan.
p/s: mcmana MU boleh menang ngan MC. Saat-saat akhir pulak tu. tak aci betul.hehe.
Salam, Bro Anwar…kerja memangler berlambak-lambak, tak habis-habis almaklumla nama pun kerja..hehehe. Tapi dinasihatkan supaya jangan emosional dengan kerja kita ni…ingat tuhan, ingat anak isteri kat rumah – tu pencetus semangat tu!!!
Lepas balik ofis around 9.30-10pm…saya luang masa dengan anak jap, then godek-godekler laptop sekejap…kekadang nak buat artikel separuh jalan…so sambung lle esok esoknyer…
Saya nak buat artikel pasal asas affiliate…so dah siap nanti bolehle masuk dalam post blog sata tuh..
P/S –
1. MU menang memang SWEEEEET….Paul Scholes disaat betul-betul akhir tuh minit ke 93…saya pun dah ingat kan seri dah…huhu
2. Nanti Bro Anwar turun Shah Alam jangan lupa bagitau, boleh saya belanja!!
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
Terima kasih Anwar Yassin..info yang lengkap. Sebenarnya saya baru lagi dlm dunia affiliate nie. tengah-tengah nak belajar nie.
Sama-sama, semoga awak dapat banyak manfaat daripada artikel yang tak seberapa ni.
Artikel yang bagus..affiliate ni mmg leh wat duit..msalahnye bab iklan tu je..law pndai cri market ok la..
Analoginya mudah, berikan air kopi panas kepada orang eskimo dan berikan air tebu sejuk kepada orang-orang digurun.
[...] sesebuah perniagaan, dapatkan id, kemudian pasarkan link yang mempunyai id anda. Anda boleh lihat contoh pendaftaran program affiliate di sini. Saya juga telah mendirikan program affiliate untuk produk masterpiece saya iaitu KitBiasiswa. Anda [...]