Home » Affiliate » Kita Kembali Kepada Asas Affiliate
Kita Kembali Kepada Asas Affiliate
Beberapa hari yang lepas, saya berbual-bual dengan dua orang rakan saya yang menaruh minat untuk menjana pendapatan di internet. Sebelum ini mereka tidak tahu yang saya sebenarnya usahawan internet. Ini kerana, saya masih mengekalkan ciri ‘bawah tanah‘ yang saya praktikkan sebelum ini. Bukan apa, masih banyak lagi yang perlu saya timba di bawah tanah ni sebelum naik ke ‘permukaan‘ dan bertemu dengan rakan-rakan IM yang lain.
Nak dijadikan cerita, mereka berdua telah bersemangat untuk menjana pendapatan di internet ni. Sampai telah buka akaun bank. Cuma bila segalanya telah siap dan mereka telah berada di depan laptop, mereka tidak tahu dari mana hendak bermula!
Saya telah beritahu mereka bahawa saya akan cuba tolong mereka dengan cara memberikan sumber-sumber untuk mereka belajar cara asas buat duit di internet ni. Dan pada saya, cara asas adalah dengan menyertai program affiliate.
Definisi Program Affiliate, Satu Ulangkaji
Program Affiliate merupakan satu program yang baik bagi anda dalam menjana pendapatan pertama anda di internet. Yang menariknya, anda dapat menjana pendapatan anda daripada RM0.00 ke jutaan ringgit sekiranya anda tahu teknik dan trik ketika menyertai program affiliate.
Jadi, apa sebenarnya program affiliate ini? Jawapannya, program affiliate merupakan satu program yang merekrut webmaster lain atau individu perseorangan bagi membantu anda memasarkan produk dan perkhidmatan. Pembayaran dilakukan dalam bentuk komisyen di atas usaha mereka mendapatkan pembeli bagi pihak anda.
Bagaimana Komisyen Affiliate Dibayar Kepada Kita ?
Selalunya, peserta program affiliate ini akan dibayar separuh harga daripada harga produk yang berjaya dijual. Jika produk yang anda tolong jual bernilai RM50, komisyen yang anda dapat adalah RM25. Inilah yang dipanggil win-win situation. Malah tidak menghairankan juga jika ada pemilik program ini yang sanggup memberi komisyen sebanyak 75% bagi setiap barangan yang berjaya dijual oleh rakan affiliate mereka.
Anda lihat sendiri kelebihan program ini berbanding program-program lain. Jika dibandingkan antara pemilik program affiliate dan peserta program, menjadi peserta program adalah lebih mudah.
Anda tidak perlu fikir soal kemahiran teknikal, pembayaran komisyen, setup program dan sebagainya. Apa yang perlu anda tahu adalah promosi, promosi dan teruskan mempromosi produk yang anda minati asalkan anda tidak melakukan aktiviti spamming.
Setiap daripada sistem ada rahsia dan tekniknya, dan jika anda ingin menyertai program affiliate, pastikan anda tahu sistem manakah yang perlu anda sertai dan sesuai dengan diri anda. Berikut adalah senarai sistem yang terdapat di dalam program affiliate ini:
1. Pay Per Click (PPC)
Pay per click merupakan jenis affiliate yang paling popular buat masa ini bagi pemilik affiliate yang mempunyai perniagaan yang kecil dan paling mudah menjana pendapatan kepada peserta affiliate jika kena pada caranya.
Dalam kategori ini, merchant(peniaga) akan membayar sejumlah wang kepada peserta affiliate apabila peserta affiliate ini membawa pelawat ke website mereka. Ini terjadi bila mana pelawat klik pada banner atau iklan teks yang dipaparkan. Peserta akan tetap menerima imbuhan walaupun pelawat tadi tidak membeli barangan yang diniagakan. Akan tetapi, jumlah imbuhan yang ditawarkan melalui sistem PPC ini selalunya kecil.
2. Pay Per Performance (PPP)
PPP merupakan satu daripada sistem affiliate yang paling popular di kalangan merchant, dan juga paling banyak menjadi ‘lubuk emas’ bagi peserta affiliate. Di dalam sistem ini, merchant hanya akan membayar peserta affiliate sekiranya pelawat yang dibawa oleh mereka bertukar menjadi apa yang diinginkan oleh merchant, sama ada membeli produk tersebut atau menjadi lead(subscriber). Ini dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh merchant.
PPP dikatakan menjadi ‘lubuk emas’ bagi peserta affiliate kerana komisyen yang ditawarkan adalah tinggi. Seperti yang saya terangkan di permulaan topik ini, komisyen yang diperolehi adakalanya mencecah 50% hingga 75%. Banyak tu… PPP boleh dibahagikan kepada dua jenis sistem yang lebih spesifik iaitu Pay Per Sale (PPS) dan Pay Per Lead (PPL).
3. Pay Per Sale (PPS)
Di dalam sistem affiliate ini, merchant hanya akan membayar sejumlah wang kepada peserta affiliate hanya jika pelawat yang dibawa ke laman web mereka bertukar menjadi pembeli. Maksudnya, peserta affiliate hanya memperolehi wang apabila pembelian berlaku.
Affiliate selalunya dibayar mengikut komisyen, akan tetapi kadangkalanya bayaran adalah mengikut kadar rata (fixed fee). Walau apapun jenis pembayaran yang dilakukan, bayaran yang diterima melalui sistem PPS lebih lumayan daripada sistem PPC.
4. Pay Per Lead (PPL)
Sistem PPL ini agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan PPS, dan ianya dilakukan oleh kebanyakan organisasi yang berkaitan dengan insuran dan kewangan. Organisasi-organisasi ini bergantung kepada lead(subscriber) untuk maju dan berkembang.
Melalui sistem ini, peserta affiliate akan dibayar oleh syarikat ini apabila pelawat yang mereka bawa menandatangani borang permohonan atau borang-borang lain yang disediakan di laman web mereka. Saya juga menggunakan teknik ini sekarang.
Selain daripada 3 jenis sistem affiliate yang terkenal ini, terdapat banyak lagi jenis sistem affiliate yang wujud. Jika klasifikasi diambil kira dari sudut tingkat jaringan yang dibina, ianya boleh diklasifikasikan kepada sistem single-tier, two-tier dan multi-tier. Ada juga sistem affiliate yang membayar komisyen setiap kali pelawat yang sama membuat pembelian di laman web merchant.
5. Residual Income Affiliate Marketing
Melalui sistem ini, peserta affiliate bukan sahaja memperoleh pendapatan ketika membawa pelanggan ke laman web merchant, bahkan, mereka akan dibayar apabila pelanggan yang mereka bawa membeli kembali produk atau perkhidmatan dari laman web yang sama. Jumlah wang yang akan dibayar pula adakalanya mengikut komisyen peratusan pembelian (sales percentage commission) atau kadar rata (fixed fee basis).
Saya akan cuba untuk detailkan lagi isu ini dengan entri yang lebih spesifik pada masa hadapan. Termasuklah bagaimana untuk mendaftar program affiliate yang ingin kita sertai. Wassalam.
2 Responses to “Kita Kembali Kepada Asas Affiliate”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Salam Bro Anwar, artikel menarik….saya pun baru jer start tulis pasal affiliate ni dalam draft saya..hehehe
AFFILIATE – sememangnya salah satu langkah untuk menempatkan diri dipersada perniagaan internet ni, bidang affiliate merupakan base dan juga satu langkah yang paling mudah (bukan mudah dari segi perbuatannya – dari segi bahasa – harap pembaca2 faham maksud saya)dalam perniagaan ebiz ni…tapi kena tahu teknik dan ikut, tiru apa mereka2 yang dah berjaya buat….
Kepada semua yang berminat – Selamat Berjaya
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
ye ke ? Oho. same la idea kita. terima kasih sebab tambahkan point ya.