Author Archive
5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
Android merupakan OS telefon pintar yang dihasilkan oleh Google. Pada mulanya saya tidak ambil pusing sangat tentang Android ini kerana tidak mendapati ianya satu keperluan bagi perniagaan saya. Pada masa itu juga saya masih belum memiliki telefon bimbit pintar. Jadi gambar-gambar robot hijau mirip R2D2 dalam cerita Star Wars ini tidak begitu menarik minat saya.
Namun setelah memiliki sebuah telefon pintar xperia yang memakai Operating System Android, saya mula mencari kelebihan-kelebihan andorid ini untuk digunakan bersama-sama perniagaan saya. Jadi telefon saya kini telah memiliki dua fungsi, iaitu sebagai kegunaan peribadi dan teknologi yang boleh digunapakai untuk perniagaan saya. Read the rest of this entry »
Soal Jawab Perniagaan Internet
Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda dan saya.
Soalan-soalan ini akan saya bahagikan dalam bentuk Q (soalan) serta A (jawapan) bagi membolehkan pemecahan soalan ini dilakukan, seterusnya menjadikan soalan ini lebih senang untuk dihadam.
Read the rest of this entry »
Surat Adwords Dari Google
Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, seorang posmen tiba-tiba hantar satu surat yang tidak saya jangka isi kandungannya. Ianya dari Google! Seingat saya baru dua atau tiga kali Pakcik Google menghantar surat kepada saya. Itu pun mengenai Adsense.
Tapi kali ni, rupa-rupanya ia berkaitan dengan Adwords. Nak tahu apa isi surat ini ? Mungkin gambar di bawah boleh menerangkan serba sedikit apa isinya. Read the rest of this entry »
Komisyen Santai Seorang IM Amatur
Assalamualaikum sahabat-sahabat GSC. Apa khabar ? Alhamdulillah, masih berpeluang saya untuk mencoretkan sesuatu berkenaan dengan pemasaran internet di sini. Pemasaran internet merupakan salah satu dari ‘passion’ saya. Untuk melaksanakannya kita hanya memerlukan beberapa tindakan yang bukannya banyak, namun perlukan konsistensi yang tinggi.
Semenjak dua menjak ini saya agak sibuk sedikit dengan tugas di luar sebagai seorang saintis microbiology. Namun begitu, kesibukan di luar tidak menghalang saya untuk terus menguruskan perniagaan internet saya. Inilah keistimewaan perniagaan internet. Anda tidak perlukan 24 jam untuk berniaga. Anda hanya perlukan sekitar 3 jam sehari dan surat jualan akan memainkan peranannya sebagai pembantu setia anda secara automatik. Read the rest of this entry »
Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei 2011.
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
“Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat,” kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Read the rest of this entry »
Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′
Saya kini telah memiliki 4 dirham setelah bersetuju untuk membeli dengan harga RM25 daripada sahabat saya bulan lepas. Ketika itu 1 dirham bersamaan dengan RM25 sahaja. Jadi, apabila wang di tangan ada RM100, saya pun beli 4 dirham. Sebagai percubaan sahaja.
Namun sehingga ke hari entri ini ditulis, 7.5.2011, harga dirham telah naik kepada RM30 untuk satu dirham. Ini bermakna, saya telahpun untung sebanyak RM5 ringgit untuk setiap satu dirham.
Inilah asas untuk pelaburan dalam emas dan perak. Apabila kita tahu harga emas/perak berada pada takat yang rendah, kita akan beli emas/perak tersebut seberapa banyak yang kita mampu dan perlukan. Jangan pula beli diluar kemampuan sehingga terpaksa berhutang piutang. Read the rest of this entry »





