Author Archive
Strategi 4: Keuntungan Yang Banyak
Produk atau servis yang anda berikan perlulah mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Keuntungan merupakan nadi kepada bisnes anda. Semua usahawan akan mengira keuntungan dan minta dijauhkan daripada kerugian.
Jadi, produk yang anda tawarkan perlulah mempunyai sistem yang mendatangkan margin keuntungan yang tinggi kepada anda. Dengan margin keuntungan yang tinggi ini, anda boleh membuat pusingan modal kepada perniagaan anda kelak.
Namun, jangan pula meletakkan harga yang tidak masuk akal. Yang pertama, tidak masuk akal dengan kualiti produk, dan yang kedua tidak masuk akal dengan kemampuan pembeli dalam pasaran berkenaan. Read the rest of this entry »
Definisi Ringkas: Apa Itu Autoresponder ?
5 tahun dahulu ketika saya mula-mula mendengar perkataan “autoresponder” ini, berkerut dahi saya ingin memahamkan apakah maksud “autoresponder” ini. Maklumlah, dibesarkan di kampung halaman yang tidak menggunakan bahasa bombastik english ini, “Autoresponder” merupakan satu istilah yang amat asing bagi saya. Adakah ia satu peralatan yang penting untuk blogger atau usahawan internet ? Adakah autoresponder ini seperti robot ? Adakah autoresponder ini sejenis software ?
Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya waktu itu. Persoalan itu makin membingungkan apabila ramai usahawan internet yang lebih senior seperti saudara Zamri Nanyan, Mawardee serta SmartZul sibuk memperkatakan tentang autoresponder ini. Ah, apa dia makhluk asing bernama autoresponder ini ? Read the rest of this entry »
Strategi 3: Keunikan Yang Tersendiri
Artikel ini merupakan artikel ke-3 dalam siri “7 Strategi Perniagaan Digital” yang telah ditulis oleh saya sebelum ini. Kesemua artikel ini memaparkan secara ringkas bagaimana produk yang anda jual di internet mampu untuk menjadi laris dan berupaya mendatangkan keuntungan yang besar kepada anda.
Produk yang anda jual itu perlulah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan keunikan ini, ia mampu untuk berdiri lebih tinggi daripada produk yang dijual oleh orang lain dan lebih berdaya saing. Jadi, hasilkan produk yang unik. Jika anda ketandusan sumber, saya telahpun memberikan satu laman web yang boleh anda rujuk Read the rest of this entry »
Dari Getresponse Kepada …
Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk saya menulis lagi. Kali ni saya tulis entri ni hanya untuk berkongsi tentang autoresponder, spesifiknya kepada autoresponder Getresponse.
Sebelum ini saya gunakan cik Getresponse. Seingat saya sejak 2008 lagi. Dan kali terakhir saya jenguk ke list subscriber, subscriber saya telah jejak ke angka 10,400++. Bukan bilangannya yang jadi kerisauan saya kini. Kerisauan saya adalah pada charge yang dikenakan oleh Getresponse kini.
Satu ketika dahulu, Getresponse hanya charge USD $17.95 untuk akaun permulaan(Bronze) sehingga akaun pelanggan mencapai 10,000 subscribers. Pada ketika itu juga, amaun yang dikenakan untuk menaik taraf akaun getresponse ke pakej silver dan gold juga tidak banyak bezanya. Read the rest of this entry »
Strategi 2: Nilai Produk Yang Tinggi
Saya akan mulakan langkah kedua ini dengan sedikit analogi. Jika anda diberikan sebuah kereta sebagai pillihan percuma, yang mana satu akan anda pilih ? Adakah anda memilih sebuah kereta sport keluaran Itali yang berkilau-kilau, atau sebuah kereta sedan yang telah berusia 25 tahun ?
Saya pasti anda akan memilih kereta yang mempunyai nilai yang tinggi dan sudah tentu pilihan anda merupakan kereta sport yang canggih dan bukannya kereta lama.
Apa yang anda cipta, beri atau jual kepada pelanggan anda perlu mempunyai nilai yang tinggi. Pelanggan anda juga adalah manusia. Mereka mahukan nilai yang tinggi daripada produk anda. Lebih tinggi nilai yang produk anda berikan kepada mereka, lebih ramai orang yang mahu mendapatkannya. Read the rest of this entry »
Pemilihan Kursus dan Kerjaya Lepasan SPM
Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya. Kini, sudah semestinya ramai di kalangan lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?
Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan, mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.
Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi. Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar Read the rest of this entry »





