The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

4 Senjata Usahawan Internet

Seperti dalam tajuk di atas, seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa ‘pertarungan’ berlangsung, tetapi sedarkah kita bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia bukan menduduki ranking pertama senjata yang diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam diri kita.

SENJATA #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan alam universitinya di Harvard semata-mata ingin FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft. Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya di dunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan online mahupun offline selama-lamanya.

SENJATA #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000 tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak tercapai langsung. Boleh dapat point saya ?

SENJATA #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu secara positif, kita akan sentiasa memperoleh semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya, mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol.

SENJATA #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan antara komponen yang sangat penting kepada usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B. Selepas lubuk B kering kontang, kita ‘menyelam’ pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi menerusi minat adalah hasil yang kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis, pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop. Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita menjalankan servis design yang mendatangkan pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam diri setiap usahawan internet. Jika ada minat, sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri kembali. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
6 Perisian Wajib Usahawan Internet
Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai 'nyawa' perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
IK: Cara Jadi Jutawan Internet Dalam 5 Tahun
Salah satu perkara yang buat saya kagum dengan jutawan internet tanah air terkenal ini adalah kerana idea beliau. Saya juga merupakan salah seorang daripada subscriber beliau dan apa yang saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
Ketika saya menulis entri kali ini, saya baru sahaja pulang daripada membeli juadah makan malam. Ketika saya sedang menanti tempahan siap, saya terlihat satu tajuk di sebuah stesen TV swasta ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
cara buat duit di internet
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet) Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
6 Perisian Wajib Usahawan Internet
IK: Cara Jadi Jutawan Internet Dalam 5 Tahun
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu