The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

Ramai di kalangan kita telah mempunyai blog dot com sendiri. Indikasi ini jelas menunjukkan bahawa telah ramai yang mahu menjana pendapatan melalui blog. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kaedah sebenar bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui blog.

Jadi, tulisan saya kali ini akan mengetengahkan 5 cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan blog. Sebelum itu, pastikan blog anda telah dioptimisasikan dengan menambah beberapa plugin yang sesuai.

1. Buat Duit Dengan Program Affiliate

Anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet.

Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Anda boleh menyertai program affiliate, tetapi pastikan program affiliate tersebut mempunyai tajuk atau topik yang sama dengan blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.

Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

2. Buat Duit Dengan Servis Dan Perkhidmatan

Melalui blog anda, anda sebenarnya berpeluang menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.

Sebagai contoh, rakan saya menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card(VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka.

3. Buat Duit Dengan Menjual Produk Sendiri

Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.

4. Buat Duit Dengan Menawarkan Ruang Iklan

Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini.

Tempoh sewaan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Saya sendiri pernah ditawarkan dengan nilai yang agak berpatutan untuk satu sewaan di ruang blog saya sebelum ini.

5. Buat Duit Dengan Pandangan Dan Ulasan

Teknik terakhir ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang penulisan. Dengan memberikan ulasan berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.

Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-5 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.

Diharapkan teknik-teknik di atas dapat membantu anda dalam menjana pendapatan melalui blog anda sendiri. 5 cara buat duit melalui blog ini telah membantu ramai usahawan internet menjana pendapatan di internet. Jadi, tidak mustahil anda juga boleh manjana pendapatan dengan cara yang sama seperti mereka. Jika usaha anda belum berhasil, cuba lagi dan usah cepat berputus asa. Apa pandangan anda berkenaan dengan 5 cara buat duit dengan blog ini ? Anda boleh kongsikan dengan kami di sini. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
7 Cara Buat Duit Dengan Blog
Dalam artikel terdahulu, saya telah mendedahkan 5 cara buat duit dengan blog. Namun, dua lagi idea menerjah ke minda saya beberapa hari yang lepas berkenaan dengan cara-cara buat duit dengan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Saya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
8 Cara Buat Duit Dengan Twitter
Assalamualaikum WBT. :) Apa khabar semua ? Saya harap anda dalam keadaan sihat wal afiat. Kampung halaman saya di Muar ketika entri ini ditulis jerebu teruk katanya. Saya harap mereka ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
cara buat duit di internet
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet) Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Cara Mudah Buat Blog WordPress
Bagaimana cara untuk kita buat blog wordpress sendiri ? Susah ke ? Inilah contoh persoalan yang kerap bermain di fikiran usahawan atau blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
7 Cara Buat Duit Dengan Blog
4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
8 Cara Buat Duit Dengan Twitter
Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?
Cara Mudah Buat Blog WordPress

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

21 Responses to “5 Cara Buat Duit Dengan Blog”

  • Semua cara ni saya cuba. Thanks for kongsi. Tapi, satu je yang tak pernah berjaya iaitu nombor 4. Huhu. Maklumla, blog melayu jarang dapat tawaran orang nak letak iklan kat blog kita. Atau juga mungkin trafik ke blog saya tak ramai, blog saya baru je PR 2. :P

  • Anwar Yassin:

    Ada orang kata tunggu trafik 100,000 sebulan baru dapat. Tapi saya rasa itu bukan satu kaedahnya. KAdang-kadang, usah kita menunggu peluang yang hadir, kita sendiri perlu cari peluang tersebut.

  • Thank’s for the information

  • Anwar Yassin:

    you’re welcome. Do come again. :)

  • Samsul Bahri Zainal Abidin:

    bagaimana nak dapatkan trafik ke blog

    • Anwar Yassin:

      banyak caranya, antaranya memberikan komen di blog orng lain yang sama niche dengan blog kita. Kemudian, sertai forum dan post artikel berguna di dalamnya. Lain-lain teknik adalah dengan membuat artikel dan menghantar artikel tersebut ke direktori2 artikel.

  • Afiq:

    Terima kasih atas panduan diatas dan komen2 tersebut byk bantu sy.
    tapi bagi saya, semua tu masih x cukup. bagi saya, saya guna beberapa buku untuk dapt pulangan yg agk byk. anda boleh dpt di

    http://ce749kmqz83kq-d2-ipn3oey4i.hop.clickbank.net/

    atau

    Click Here!

  • Hery:

    mantap……….

  • alex:

    kalau nah pake ulasan gimana cara daftar nya?? wah.. rasa nya kita jarang dapat job…..

    • Anwar Yassin:

      alex boleh daftar seperti biasa dan ambil job yang sepadan dengan niche blog anda. Lihat juga requirement utk job tersebut. :)

  • Arman:

    Sy newbie ,dan masih terkial-kial nak buat blog.

    Tentang blog ini, sy nak tanya sikit sd Anwar,

    1) Utk setiap blog kita perlu buat hosting? Katakan satu blog
    cerita pasal satu niche market, blog yang kedua niche market yang
    lain. Jadi sy kena beli dua domain dan hosting ke?

    2) Apa beza blog dan squidoo ?

    Terima kasih.

  • Arman:

    Salam Sd Anwar.

    Tentang blog ini, sy masih terkial-kial nak buat.

    Kebetulan dah cerita pasal blog ini sy nak tanya sikit:-

    1. Katakan sy ada dua blog menceritakan niche market
    yg berlainan a) Golf dan b)Swimming . Sy perlu membeli dua domain
    hosting untuk setiap satu? Di Malaysia ,mana hosting yang reliable?

    2. Apa beza BLOG dan SQUIDOO ?

    TK.

    • Anwar Yassin:

      Salam. Saya cuba menjawab soalan-soalan saudara ini…

      1. Ya, sewajarnya anda memiliki domain yang berbeza. Ini dilakukan agar anda mampu membina kredibiliti dengan mengamalkan pengkhususan di blog anda. Untuk hosting pula, anda boleh beli hanya satu dan kemudian park domain anda di situ. saya sarankan NetKl. Setakat ini perkhidmatan mereka memuaskan.

      2. Beza blog dengan squidoo, adalah anda boleh membuka banyak lens yang mempunyai banyak niche di squidoo, tetapi tidak di blog anda. Squidoo juga boleh digunakan untuk bawa trafik dan tingkatkan rank blog anda.

  • info nya bagus nih. saya jadi tambah tahu bagaimnaa cara mencari uang di internet. saya masih pemula, jadi masih harus banyak belajar sama senior-senior.thanks infonya

    • Anwar Yassin:

      Setiap orang ada garis permulaan masing-masing. Yang penting adalah anda konsisten dan usah mudah mengaku kalah. :)

  • mie:

    Thanks for info..

  • Haha
    sme la..
    blog x cukup traffic lg utk buat sewa iklan.
    http://www.evolu-see.blogspot.com/ :-D

  • baby:

    tambahan dr sy buat duit dgn menulis di Reviewme.com
    ramai yg tlh mlakukannya… :-|

  • [...] yang pernah terbaca artikel asal berkenaan cara buat duit dengan blog, anda mungkin telah mengetahui 5 cara buat duit dengan blog [...]

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu