Home » Berita » 6 Taktik Berkesan Untuk Adwords
6 Taktik Berkesan Untuk Adwords
Saya rasa, ramai di antara kita yang menggunakan Google Adwords untuk memasarkan produk mereka. Namun, adakah penggunaan Adwords ketika kegawatan ekonomi masih digalakkan? Pada saya, ketika suasana gawat inilah, mereka yang mempunyai perniagaan perlu sentiasa memasarkan produk mereka, pertamanya untuk survive dalam suasana gawat ini, dan kedua adalah untuk bersedia dengan peluang perniagaan ketika ekonomi pulih nanti.
Bagi mereka yang menggunakan Adwords untuk memasarkan perniagaan mereka, Google kini telah menyenaraikan beberapa kaedah dan taktik pemasaran yang sesuai untuk diimplementasikan dalam suasana kegawatan ekonomi masa kini.
1. Jadikan Tema Iklan Anda Bersifat Murah Dan Menjimatkan
Menurut Google, pembeli sangat menitik beratkan harga produk lebih dari aspek-aspek lain, terutamanya dalam urusan pembelian seharian. Apabila pembeli melayari internet dan melihat iklan anda yang penuh dengan diskaun dan potongan harga yang diberikan, iklan anda akan mendapat lebih klik daripada mereka.

2. Letakkan Tawaran Dalam Iklan Anda
Anda perlu sedar bahawa pembeli akan sentiasa mencari peluang agar proses tawar-menawar berlaku. Mungkin juga hal yang sama berlaku kepada diri kita selaku peniaga di mana kita juga inginkan tawaran harga bagi produk yang akan kita niagakan. Berbanding dengan iklan tanpa tawaran harga, iklan anda yang disertakan dengan diskaun dan kupon pasti akan memperolehi klik yang lebih banyak daripada prospek.

3. Pastikan Iklan Anda Spesifik Dan Relevan
Google juga menegaskan bahawa iklan anda akan menjadi lebih efektif jika teks pada iklan tersebut selari dengan kata kunci pada grup iklan anda. Ini akan menjadikan iklan anda lebih relevan terhadap prospek dan perniagaan anda. Pastikan bahawa teks dan kata kunci dalam satu-satu grup iklan anda bersifat fokus terhadap topik atau produk. Situasi ini tentunya akan meningkatkan CTR(click through rate) anda.

4. Usah Bazirkan Wang Anda Pada Klik Yang Tidak Membawa Keuntungan
Ini juga merupakan satu cadangan Google, iaitu anda menggunakan kata kunci negatif untuk menapis trafik yang tidak anda tawarkan. Mungkin ada di kalangan pakar pemasaran internet yang melarang anda daripada membuat tapisan trafik. Akan tetapi, pada saya, saranan Google ini agak munasabah. Ini kerana, kita mengambil berat aspek-aspek kos dan modal dalam situasi gawat ini. Sebagai contoh, jika anda menjual peanut butter, anda mungkin menggunakan perkataan allergy sebagai kata kunci negatif.

5. Pastikan Pelanggan Mudah Membuat Pembelian
Taktik ini sebenarnya berkait rapat dengan landing page yang anda sediakan. Pastikan anda meletakkan diri anda ke dalam diri pembeli. Maksud saya, usah syok sendiri dengan landing page anda, sebaliknya pastikan ia menepati cita rasa pembeli. Pelanggan tentunya tidak mahu melalui proses pembelian yang merumitkan. Jadi tanggungjawab anda kini adalah memastikan proses pembelian dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.

6. Fokus Perbelanjaan Adwords Anda Kepada Iklan Yang Berpotensi Tinggi
Jika anda mempunyai pilihan di antara dua jenis iklan, fokus perbelanjaan anda terhadap iklan yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Google mempunyai conversion tracking tools yang akan menunjukkan anda jenis iklan dan kata kunci yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Anda telah melakukan satu langkah yang bijak sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap jenis iklan yang membawa pulangan yang tinggi.

Kesimpulannya, 6 taktik berkesan Adwords ini merupakan antara teknik yang disarankan oleh Google kepada usahawan-usahawan yang ingin menggunakan perkhidmatan pemasaran melalui Adwords, terutamanya dalam situasi ekonomi yang merudum mutakhir ini. Jika anda mempunyai bajet yang sedikit untuk PPC, pastikan anda mengambil peluang terbaik agar wang anda tidak dibazirkan begitu sahaja di Google.
6 Responses to “6 Taktik Berkesan Untuk Adwords”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Suatu informasi yang menarik dan berguna.
Salam…
saya pun ada guna adword…
tapi main hentam je…
tak reti sangat nak guna tools2 dia..
next time kena ambil kira semua..
thanx for a lot info…
@Mantra…
Sama-sama, ada banyak resources di luar yang boleh bantu kita. Saya pun baru shj dapatkan salinan Commission Blueprint untuk kaji bagaimana menghasilkan hasil Adwords yang terbaik.
saya kira ini adalah informasi berguna buat semua..
saya pernah iklan kan satu produk (tak boleh lah beritahu).
saya dapati ramai yang klik iklan yang saya buat sedangkan saya tak tahu pun fungsi tools yang ada.
saya sama mcm Mantra lah main hentam aje.
@safiudin…
Try and error tu pada saya ok, kita boleh tambah banyak pengalaman. Cuma incase masa yang singkat dan keperluan yang mendesak., mungkin panduan yang menerangkan fungsi Adwords secara mendalam diperlukan.
Tq untuk informasi yg sgt berguna