The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Harga Petrol dan Gula Naik Lagi

Assalamualaikum WBT, sedang saya sibuk menyiapkan produk digital keluaran Gaji Sendiri Dot Com, tiba-tiba terdengar pula desas desus yang mengatakan bahawa harga Petrol akan naik tak lama lagi. Saya ingatkan ianya hanya satu sangkaan, namun akhirnya ia betul-betul berlaku.

Namun apa yang menariknya, kita tak dengarpun akhbar-akhbar arus perdana mengumumkan petrol dan gula mengalami kenaikan harga. Apa yang diumumkan adalah sekadar istilah “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Mengapa mereka tidak menggunakan istilah “harga barang naik” lagi ? Mungkin kerana kerajaan telah mengambil iktibar bahawa jika mereka menggunakan istilah barang naik, rakyat akan berpaling daripada kerajaan. Ini satu kemungkinan. Tidak kurang juga mereka ingin menyedapkan hati rakyat Malaysia. Oh!

Namun isu ini sebenarnya perlu diberi perhatian serius kerana, isu kenaikan harga petrol dan minyak ini membenarkan pengakuan seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh ‘bankrap’ pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat. Nah tibalah waktu pemotongan yang dijanjikan tersebut.

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan semasa isu dalam negara, beberapa hari yang lepas kerajaan telahpun mengisytiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG 10 sen sekilogram.

Sebagai rakyat marhaen yang juga terkena tempias kenaikan harga ini, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, namun saya kini bermuhasabah apa yang boleh saya lakukan pada masa hadapan agar isu ini dapat diatasi.

saya juga tertarik dengan beberapa pandangan mengenai solusi kepada isu ini. Antara pandangan-pandangan yang sempat saya kumpulkan adalah:

  1. Sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri perlu dipotong 20%.
  2. Menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.
  3. Kerajaan perlu memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.
  4. Kerajaan perlu menghindarkan ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pemerintahan terutamanya projek-projek mega yang habuannya tidak dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.

Sebelum saya mengakhiri entri bersahaja kali ini, akan saya coretkan pengalaman saya ke Kuala Terengganu tempoh hari. Antara banyak-banyak mercu tanda yang saya lawati, mercu tanda yang paling saya ‘kagumi’ adalah Stadium Sultan Zainal Abidin yang ranap dan masih belum dibersihkan sisa runtuhannya.

Inilah satu contoh pembaziran yang sewajarnya dielakkan. Berapa juta nak bina stadium ini agak-agaknya ? Berapa jumlah wang yang digunakan untuk membersihkan sisa runtuhan ? Berapa banyakkah wang yang akan digunakan untuk memperbaiki struktur stadium ini ? Boleh tanya mereka yang bertanggungjawab… Wallahu’alam.
 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei 2011. Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
KUALA LUMPUR, 6 Jan – Poh Kong Holdings Bhd menjangka harga emas tahun ini akan meningkat kepada US$1,500 daripada US$1,400 sekarang, kata pengerusi eksekutif/pengarah urusan kumpulan, Datuk Eddie Choon. Choon berkata, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
TEKANAN HARGA MINYAK! Peningkatan mendadak harga minyak melepasi 100 dollar setong menyaksikan perlumbaan ke tahap tertinggi harga minyak dijangka boleh mencapai 150 usd setong?? . Dan dengan desakan rakyat baru-baru ini, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Saya kini telah memiliki 4 dirham setelah bersetuju untuk membeli dengan harga RM25 daripada sahabat saya bulan lepas. Ketika itu 1 dirham bersamaan dengan RM25 sahaja. Jadi, apabila wang di ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Review Rahsia Clickbank
Pada tahun 2009 ini, Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk "Rahsia ClickBank" yang menggegarkan dunia IM tanah air, dan anda boleh melihatnya di sini. Saya menulis ulasan ini untuk ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
Harga Emas Dijangka Naik Pada 2011
Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′
Review Rahsia Clickbank

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

3 Responses to “Harga Petrol dan Gula Naik Lagi”

  • Salam Bro Anwar, bagus artikel yang ini saya sokong seratus dua puluh peratus….saranan saya subsidi kepada para menteri dan pegawai tinggi kerajaan juga patut di rombak seperti elaun minyak, elaun kereta, elaun parking, elaun makan, elaun perjalanan, elaun tol, semuanya dipotong….bak kata UBAH CARA HIDUP….jadi marilah sama2 kita mengubah cara hidup…jangan sebelah pihak sahaja yang ter’PAKSA’ mengubah cara hidup secara tidak langsung…

    warga prihatin
    http://www.radzuenebiz.com

    p/s – tahniah atas kemunculan Kit Biasiswa

  • TKasih Bro Anwar, saya dah sig up dah untuk kit biasiswa, cuma sekarang ni ada problem dengan blog saya nih, semenjak upgrade ke wordpress 3.0 dan guna plugin theme rotator ke apa hari tuh…saya dah buat satu post dalam blog berkenaan dengan kit biasiswa…search kat google dapatlah no 4 kalau tak silap….tapi kena betulkan blog ni dulu….

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu