Home » Berita » Jutawan Internet Berusia 16 Tahun
Jutawan Internet Berusia 16 Tahun
NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.
Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. – Kosmo
11 Responses to “Jutawan Internet Berusia 16 Tahun”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Hebat giler dia ni.. salute lahh..
memang betul – betul hebat budak nih..baru umur 14 tahun dah jadi jutawan..so, jangan mudah putus asa wahai sahabat- sahabatku sekelian.budak berumur 14 tahun pun boleh menjana duit berjuta – juta.takkan kita tak bleh…. yakin bolehhhhhhh!!!!!!
sila lah lawat blog saya di http://www.sempoiblog.com/blog/ . mungkin anda mendapat manfaat daripada isi kandungan blog saya tu..Kalu boleh , sila beri komen sekali ye…
Saya masukkan cerita ini ke dalam entri kali ni sebagai satu sumber motivasi juga.
Tahniah Matnor di atas penghasilan blog yang amat bagus. Sya juga plan untuk berikan theme di blog saya ini untuk kegunaan umum. Nanti saudara bolehlah guna versi compact macam di blog saya ni.
salam saudara.. saya nak tanya sedikit,reader comunity dan plugin sosial facebook? code yang diberi nak letak dalam index.php ke?
Oh yang tu. Kita letak di ruang widget. Bahagian sidebar tu.
tanhiah kepada Owens.. kena bimbing remaja kita supaya lebih kreatif dari remaja barat.. apa2pun, terima kasih kepada saudara Anwar dengan post yang membangkitkan semangat ini..blog awk hebatla bro.=)
Sama-sama Cascd. Saya setuju dengan saranan awak tu. Sewajarnya kita ambil apa yang baikdan tinggalkan apa yang buruk daripada barat. Kegigihan mereka boleh kita banggakan. dan kita sendiri perlu berusaha untuk menyaingi mereka dalam apa jua bidang. Biar pun sekarang nampak tak terlawan, tapi persaingan sangat2 diperlukan.
Kisah ni benar2 menaikkan semangat utk terus berusaha.
Dia boleh, kita juga boleh.
I believe in myself , he was 16th and he came a billionare , it is not to late for us to make money from the net. I want be like him too. I design my own website.
wah hebat2…
pendapat saya lah kan.. sebab ape die boleh jadi mcm nie..
sebab die boleh berbahasa inggeris.
bila kita boleh bercakap n menulis dlm bhasa inggeris..
market kita adalah besar, sebabnya setiap perniagaan perlukan
hubungan komunikasi yg bagus.. dan english adalah bahasa dunia
klu bhasa mlysia jual produk dlm negara boleh lah kot..
klu org malaysia boleh kuasai bhasa inggeris dgn bagus, comfirm boleh pergi jauh..
bagus artikel ni…bagi semangat cam sy…sy banyak kali tergendala nak jd blogger yang suka menulis.
tolong komen ape patut sy wat kat blog sy ni..sy belum ade kemampuan nak blogs berbayar.
http://perfectomurice.blogspot.com