The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?

(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)

Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”

Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan saya rasa mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai persoalan yang sama. Tentang bagaimana hendak bermula dan kemudiannya menjana pendapatan di internet.

ecover

Tahukah anda bahawa saya menjana pendapatan internet yang pertama dengan menyertai affiliate? Ketika itu, saya memasarkan produk keluaran Cikgu Azleen (rakan JV saya) tentang tuisyen Bahasa Inggeris Online.

Mula-mula, saya sekadar suka-suka letakkan link beliau di blog saya, kemudian saya rasa perlunya capaian yang baik untuk produk ini lalu saya hasilkan sendiri banner dan buat satu artikel berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa inggeris.

Satu hari, semasa saya periksa akaun email,saya dapati terdapat satu email daripada maybank. Dengan semangat ingin tahu, saya buka email tersebut dan mendapati Cikgu Azleen telah mendepositkan RM84 ke dalam akaun Maybank saya hasil daripada usaha mempromosikan tuisyen online beliau. Adakah anda tahu perasaan saya ketika itu ? Memang sangat seronok.

Jadi, apa kaitan cerita ini dengan isu di atas ? Saya sebenarnya ingin menunjukkan bahawa antara jalan mudah menjana pendapatan di internet ini adalah dengan menyertai affiliate. Mungkin anda kurang bersetuju, tapi inilah cara yang saya anggap paling mudah dan paling cepat. Dan ia meninggalkan kenangan yang manis buat saya dalam bidang ini.

bukti pendapatan internet

Dua Jenis Jalan Dalam Pemasaran Affiliate

Pada saya, untuk menjana pendapatan di internet,hanya ada dua jalan yang wujud, iaitu jalan cepat dan jalan lambat. Jalan cepat dan lambat ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan ke atas satu sama lain.

Jika anda memilih jalan lambat, anda dapat mengumpul pengalaman demi pengalaman. Memang banyak yang dapat anda kumpulkan sendiri. Ramai yang telah berjaya. Namun kekurangannya adalah anda terpaksa menggunakan ‘try and error’ untuk mendapat pengalaman tersebut. Jika tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dengan tiada jualan yang terhasil. Ramai juga yang mempunyai nasib sebegini.

Berkenaan dengan jalan cepat pula, anda akan mendapat ilmu dengan cepat dan mampu untuk menjana pendapatan dengan pantas. Ini bergantung kepada teknik dan strategi yang ditunjukkan. Maksudnya, anda akan mendapat tunjuk ajar secara direct daripada mereka yang telah berjaya dalam menjana pendapatan di internet ini.

Namun anda tersilap memilih mentor, anda tidak akan dibimbing dengan sempurna, kerana minat mereka bukan kepada ilmu yang diberikan, tetapi wang ringgit anda. Justeru, dalam memilih mentor yang akan mengajar anda, pilihlah dengan cermat dan usah terburu-buru dalam proses pemilihan yang anda jalankan. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Ramai di kalangan kita telah mempunyai blog dot com sendiri. Indikasi ini jelas menunjukkan bahawa telah ramai yang mahu menjana pendapatan melalui blog. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kaedah ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian
Antara pengalaman yang mungkin orang ramai idam-idamkan adalah muncul di akhbar arus perdana bukan? Saya boleh dikatakan bernasib baik sebab dapat peluang macam ini pada akhir tahun lepas ketika menjadi ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Paypal Wishlist Boleh Buat Duit ?
Salam sejahtera buat rakan-rakan IM serta pelawat-pelawat yang mengunjungi blog GSC. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam rahmatNYA. Pernahkah anda dengar tentang Paypal wishlist yang pernah disebut-sebut ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Produk Buat Duit Raya Dari Ammar
Dalam artikel ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mereview report yang telah dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar bertajuk 10 Cara Buat Duit Raya. Maklumlah, raya dah nak dekat. Jadi, kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
5 Cara Buat Duit Dengan Blog
Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Paypal Wishlist Boleh Buat Duit ?
Produk Buat Duit Raya Dari Ammar

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

12 Responses to “Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?”

  • Memang diakui affiliate merupakan antara cara
    mudah untuk buat duit online.

    Tak perlu pening2 pikir nak buat produk,
    nak melayan kerenah customer & macam2 lagi.

    Thanks.Nice article… ;-)

  • yup, saya setuju..persoalan diatas berlaku juga kepada saya dan saya yakin ramai lagi mereka yang diluar tercari-cari bagaimana hendak bermula. Bagi pendapat saya,sesiapa yang ingin melakukan business ini perlulah kuat semangat dan berani mencuba. Saya yakin bulan pertama dan kedua buat business internet pasti ramai yang mengeluh sebab tak dapat income :( (..bersabarlah :-)

    Program affiliate mmg diakui sesuai utk mereka yg baru dlm business ini. ;-)

    • Anwar Yassin:

      Memang kena banyak bersabar. Sebab proram affiliate atau program jana wang di internet ni sedikit memerlukan masa. Mereka yang beminat perlukan usaha untuk belajar juga.

  • Betul Anwar..dalam perniagaan internet kita tidak boleh terburu-buru.Kita perlu usaha dan banyakkan bersabar dan carilah mentor yg boleh membimbing kita berjaya sepertinya.Pengalaman telah banyak mengajar saya dalam mencari mentor yang betul-betul boleh membimbing saya sehingga berjaya.Pada kali pertama mencari mentor,adalah rakan karib saya sendiri.Namun setelah setiap kali ingin mendalami ilmu perniagaan internet,saya diminta laburkan duit kepadanya sebelum ilmu dicurahkan.Itulah pengalaman pertama yang takkan saya lupakan dari sahabat karib sendiri.Kini saya telah berjumpa dengan mentor yang tidak kurang hebatnya,yang betul2 boleh membimbing saya.. :)

  • Salam, yup saya memang tak nafikan dalam apapun bidang lebih2 lagi perniagaan internet ni, kita tidak boleh terburu-buru…orang melayu ni biasalah nak cepat kaya jer…masuk ebiz nak dapat sebulan 10k, 20k…walaupun itu semua tak mustahil tapi kita hendaklah bertatih dulu, memula target dulu rm1k sebulan….fokuskan teknik..pandaikan buat blog ker, minisite ker…bukan senang nak senang dik oiiii…buatlah camner pun, tak tidur malam, labur duit beli ebook sana sini…tapi TEKNIK nya SALAH – Tak Menjadi Bro!!!!

    Tapi bila dah start buat tu, bila tak dapat target, janganlah mengalah pulak…target rm1k sebulan dapat rm500- alhamdulillah ( jangan lupa bersyukur – JIKA KAMU BERSYUKUR AKU AKAN TAMBAHKAN )…

    RADZUANRADZI
    http://www.radzuanebiz.com

  • mat:

    betul2 .. kena ada kesabaran untuk berjaya
    brani komen sbb baru dapat rm300 dalam masa 7 hari guna teknik simple dalam satu ebook panduan tentang affiliate yang agak hangat gak dipasaran internet kat malaysia ni.. huhuhu

    • Anwar Yassin:

      Alhamdulillah, tahniah buat Mat, semoga lebih berjaya pada masa hadapan. :)

    • Fakhrul razi:

      Selamat petang mat…nak tanyer?ebook ape yang mat ceritakan itu?kalu boleh berikan linknya.bleh saya beli nanti.hehehe..terima kasih..

  • sue:

    Assalamualaikum.En, saya sebenarnya dh lama cari2 maklumat yg dpt bantu saya dalam bisnes internet terutamanya affiliate ni.Saya berminat sanat.Tapi saya tak tahu apakah dia dan bagaimana bole jana pendapatan melalui sistem ni.Tolong lah bantu saya.Bagi sedikit ilmu ygen. ada kepada saya. semuga Allah membalas segala jasa2 encik.Sekian, Wassalam.terima kasih banyak2 di atas perhatina dan tindakan tuan.TQ

  • raja:

    Bro, aku dah banyak beli e-book ni..dah hampir 100 ebook aku beli…tapi satu pun tak menjana duit untuk aku..Aku tak tau apa masalahnya…aku rasa dalam e-book ada benda yang tergantung..Atau aku yang tak paham. Aku dah banyak kali try..paling banyak pun aku dapat rm1000..tu pun aku buat spam..Please help me..mana la tau silap aku kat mana2..

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu