Home » Berita » Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com
Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com
Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah, tiba sudah waktu yang ditunggu-tunggu. Projek yang sedang saya usahakan beberapa waktu ini akhirnya sudah sedia untuk dilancarkan. Pelancaran waktu telah saya tetapkan iaitu pada 26.7.2010 bersamaan dengan hari Isnin, pukul 11 pagi. Produk ini merupakan produk yang tergolong dalam niche kewangan dan khusus untuk golongan mahasiswa. Ibu-bapa juga merupakan golongan sasaran produk ini.
Produk ini menawarkan ruang untuk sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan di internet. Peluang ini saya buka kerana saya mahu lebih ramai terdedah dengan teknik sebenar buat duit di internet. Komisyen yang telah saya setkan pula adalah sebanyak 60%. Agak tinggi juga tu.
Preview untuk produk ini telah saya sediakan dan anda boleh klik di sini untuk melihat preview produk tersebut. Apakah produk tersebut ? Ianya merupakan satu panduan untuk golongan mahasiswa iaitu Kit Biasiswa.
Jika anda berminat untuk menjadi rakan niaga produk ini, anda boleh klik di sini untuk mendaftar sebagai rakan niaga.
Cabaran Affiliate Kit Biasiswa
Cabaran ini bukanlah bererti cabar mencabar, sebaliknya merupakan satu pertandingan yang telah saya sediakan untuk rakan niaga Kit Biasiswa. Cabaran Affiliate Kit Biasiswa akan menawarkan hadiah untuk SEMUA rakan niaga Kit Biasiswa yang layak. Kenapa saya katakan semua ? Kerana rakan niaga bukan bersaing dengan rakan niaga yang lain, tetapi bersaing dengan masa.
Jika rakan niaga Kit Biasiswa berjaya menjana jualan seperti yang tertera di bawah, secara automatik mereka layak memperoleh bonus-bonus yang ditawarkan oleh pihak Kit Biasiswa.
80 jualan dan ke atas = Bonus wang tunai RM500
60 jualan sehingga 79 jualan = Bonus wang tunai RM300
40 jualan sehingga 59 jualan = Bonus wang tunai RM100
Tempoh Masa cabaran Berlangsung
Tempoh masa Cabaran Affiliate Kit Biasiswa berlangsung adalah selama 32 hari, iaitu bermula pada 26.7.2010 pukul 11 pagi dan berakhir pada 26.8.2010 pukul 11 pagi.
Update senarai rakan niaga yang berjaya menghasilkan jualan akan saya umumkan pada dua tarikh yang berbeza iaitu pada 5.8.2010 dan 15.8.2010.
Sebarang penukaran waktu update mungkin berlaku tetapi saya akan pastikan tidak jauh berbeza dengan tarikh asal.
Minimum Komisyen Yang Akan Di Bayar
Jumlah minimum komisyen yang akan dibayar ialah RM36 bersamaan dengan 2 jualan. Tindakan ini diambil semata-mata untuk mencegah penipuan terhadap sistem yang mungkin dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Untuk cabaran ini, pembayaran komisyen akan dilakukan sejurus selepas 26.8.2010.
Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.
3 Responses to “Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






tahniah atas pelancaran ebook ini!
Sama-sama. Alhamdulillah. Sales pun dah mula masuk tadi.
best tgk income ‘otai2′ internet ni.., tingin nk dpt cantOo jugak. Canne nk wt promosi gune laman sosial ek?