The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Produk Pertama GajiSendiri ?

Assalamualaikum WBT. Salam hormat kepada rakan-rakan serta pengunjung blog ini. World Cup sudahpun tiba. jadi mana satu pasukan pilihan anda ? :) Saya cenderung ke arah pasukan Brazil. Tapi tak fanatik mana. Walaubagaimanapun, gol pasukan Brazil tempoh hari memang agak cun. :)

Antara sebab saya jarang update blog ini adalah disebabkan saya kini sedang menghasilkan satu produk informasi. Produk ini sedang dalam fasa-fasa akhir yang mana saya sedang lakukan sedikit touch-up dan akan mendirikan website tidak berapa lama lagi.

Produk ini saya hasilkan untuk membantu ibu-bapa serta anak-anak mereka mendapatkan informasi yang tepat tentang satu isu. Saya tidak akan dedahkan isu tersebut buat masa ni.

Produk ini juga merupakan produk yang pertama seumpamanya di Malaysia. Justeru, saya harap dengan kehadiran produk ini. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berupaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekiranya berhadapan dengan masalah tersebut.

Sebenarnya saya cuba untuk lancarkan produk ini lebih awal, namun disebabkan sedang praktikal, saya terpaksa tangguhkan waktu pelancaran. Bukan apa, takut-takut berlaku apa yang pepatah dah sebutkan “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Jadi, saya telah buat keputusan untuk melancarkan produk ini pada akhir bulan 6 atau awal bulan 7. Waktu ini juga saya rasakan sebagai waktu yang tepat untuk melancarkan produk ini.

Saya harap setelah saya lancarkan produk ini, anda yang membaca entri ini sudi untuk menjadi rakan niaga saya. Saya tekad, jika produk pertama saya berada di pasaran, biarlah produk tersebut berjaya membantu pembeli dan juga rakan niaga yang telah banyak membantu saya.

Saya akan update lagi perkembangan terkini tentang produk ini dari semasa ke semasa dan saya harap agar anda sabar menunggunya. :) Tunggu ya…

Sekian, Wassalam. :)  

Lain-Lain Artikel Menarik:
Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com
Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah, tiba sudah waktu yang ditunggu-tunggu. Projek yang sedang saya usahakan beberapa waktu ini akhirnya sudah sedia untuk dilancarkan. Pelancaran waktu telah saya tetapkan iaitu pada 26.7.2010 bersamaan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri
Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Jutawan Pada Usia 20 Tahun
KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3000 Sumber Produk MRR & PLR
Jika anda sering tertanya-tanya, "di mana aku boleh dapatkan produk digital dengan lesen MRR dan PLR di Malaysia ini ? Tak pernah jumpa pun...", saya kira entri kali ini mungkin ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com
Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Jutawan Pada Usia 20 Tahun
3000 Sumber Produk MRR & PLR

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

4 Responses to “Produk Pertama GajiSendiri ?”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu