The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Review Rahsia Clickbank

review rahsia clickbank di gajisendiri.comPada tahun 2009 ini, Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk “Rahsia ClickBank” yang menggegarkan dunia IM tanah air, dan anda boleh melihatnya di sini.

Saya menulis ulasan ini untuk memberitahu apa sebenarnya produk ini, dan bagaimana anda akan mendapat manfaat daripada produk Rahsia ClickBank ini.

Rahsia Clickbank ialah produk yang direka khusus untuk rakyat Malaysia dan juga warga nusantara. Anda juga mungkin tahu sehingga pertengahan tahun 2008, Clickbank telah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat Malaysia.

Sesetengah daripada kita menemui teknik jalan belakang untuk mendapatkan akaun ClickBank. Hatta terbitnya sebuah ebook daripada Gobala yang diberi nama “Chapter-M” beberapa tahun lalu yang mengajar anda bagaimana melakukannya.

Sekarang peluang terbuka luas untuk rakyat Malaysia. Clickbank pula telah menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan.

Di dalam Rahsia Clickbank, Gobala dan Zamri bercakap mengenai bagaimana menjana wang daripada trafik yang sedikit tanpa menggunakan sebarang blog.

Berdasarkan penerangan mereka, kebanyakan “super affiliate” yang menghasilkan banyak wang di Clickbank tidak bermula dari bloguntuk mempromosikan produk dan menghasilkan jualan.

Mereka menggunakan strategi berlainan yang membolehkan mereka mendapat komisyen ClickBank semaksimum mungkin. Strategi-strategi yang diceritakan di dalam Rahsia Clickbank adalah:

1.menggunakan landing page
2.pra jualan
3.mencari target trafik.

Strategi lain termasuk bagaimana mencari produk Clickbank yang memberikan pulangan yang lumayan, bagaimana membina senarai email dan juga bagaimana hendak mempromosikan produk berkaitan untuk memaksimakan jualan.

Walaubagaimanapun, itu sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan produk. Bahagian utama dalam Rahsia Clickbank ialah laman web affiliate pasang siap yang boleh digunakan terus walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam sebarang pemasaran internet. Anda boleh melihat contoh laman web tersebut di sini.

Laman web tersebut direka secara profesional dan kandungannya amat berkesan untuk menghasilkan jualan. Ulasan produk yang ditulis dengan baik juga direka khas untuk tujuan jualan. Menurut mereka, apa yang anda perlukan hanyalah memasukkan ID Clickbank anda.

Melihat kepada reka bentuk laman web yang disediakan, saya agak terkejut. Ini kerana reka bentuknya amat bagus dan ulasan produknya dilakukan secara profesional.

Menurut surat jualan Rahsia Clickbank, anda boleh menggunakannya untuk menjana wang walaupun penguasaan Bahasa Inggeris anda sangat teruk – perkara penting yang kita boleh take note di sini!

Saya juga telah melihat beberapa respon di forum dan ianya amat memberangsangkan. Surat jualannya mengatakan harganya mungkin akan naik tidak lama lagi. Jadi mungkin anda perlu dapatkan produk RahsiaClickBank ini secepat mungkin.

Secara keseluruhannya, saya rasa Rahsia Clickbank ialah pakej yang terbaik setakat ini. Saya yakin bahawa anda dapat menggunakannya dengan efektif untuk menjana wang daripada Clickbank – jika anda menggunakan Laman web pasang siap mereka dan mengikut langkah demi langkah yang diberikan. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Review Lengkap Zero ke Hero
Dalam artikel kali ini, saya telah membuat sedikit ulasan berkenaan dengan produk Zero ke Hero yang dihasilkan oleh usahawan internet muda, saudara Ammar Zahar. Produk ini baru dilancarkan dan saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sebelum ni, saya pelik mengapa ramai orang yang dah berkerja suruh saya sambung belajar selagi mampu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tak bestkah alam kerja ni? Mengapa mereka nasihatkan macam ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1
Dalam artikel kali ini, saya terpanggil untuk menulis berkenaan keyword(kata kunci). Mungkin ada di kalangan kita yang sudah mengetahui kepentingan keyword. Namun, ada sesetengah blogger yang masih lagi belum mengetahui ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 2
Dalam siri pertama artikel ini, saya telah mendedahkan beberapa tip permulaan bagaimana menghasilkan keyword yang mampu meletakkan blog anda di laman utama enjin carian. Jadi, dalam siri ke-2 ini, saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Panduan Buat Ebook Serta PPL Lumayan
Saya baru saja membaca sebuah ebook yang bernilai amat tinggi yang bertajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara Jamal. Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Review Lengkap Zero ke Hero
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 2
Panduan Buat Ebook Serta PPL Lumayan

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

One Response to “Review Rahsia Clickbank”

  • Hery:

    saya sudah coba menggunakkan clickbank.. tapi blog saya ber content indonesia jadi sangat sulit untuk mencari pembeli pada blog saya.. mungkin pasar di indonesia masih kurang ya!!….
    sekarang saya sedang membangun blog dengan content english, hmm.. mohon dukungan nya..!!thx…

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu