Home » Berita » Top 5 Plugin WordPress Wajib Dimiliki
Top 5 Plugin WordPress Wajib Dimiliki
Mungkin ada dikalangan anda yang mahukan blog anda mempunyai ciri-ciri terkini dan mampu bersaing dengan blog lain dalam niche anda, cumanya anda tidak tahu apa aksesori-aksesori tambahan yang amat diperlukan untuk menjadikan blog anda itu kompetetif di mata pesaing anda.
Jadi, tulisan saya kali ini akan mengetengahkan top 5 plugin untuk wordpress yang wajib dimiliki oleh blogger di Malaysia, terutamanya mereka yang ingin menjuarai persaingan di antara blog dalam niche masing-masing.
Plugin #1: Easy Contact
Plugin ini merupakan plugin yang akan bertindak menghasilkan form(borang) dan menjadi penghubung antara tuan punya blog dengan pelawat, peminat atau pelanggan. Dengan adanya plugin ini, anda dapat menerima maklum balas tentang blog, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Dengan ini, pelawat blog anda mempunyai kemudahan untuk menghubungi anda dan jika anda mempunyai perniagaan, sudah tentu proses follow up dapat dijalankan dengan mudah.
Plugin ini juga akan mengurangkan spam yang anda perolehi, dengan meletakkan satu siri soalan anti-spam. Justeru itu, jumlah email spam yang anda akan perolehi akan berkurangan. Ini merupakan satu penambahbaikan yang boleh dikatakan agak cemerlang.
Plugin #2: Google Sitemap Generator
Plugin ini merupakan salah satu plugin yang paling saya sukai. Ini kerana, ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat pada plugin lain. Secara dasarnya, plugin ini akan bertindak mencipta Google sitemaps compliant XML-Sitemap untuk blog wordpress anda.
Jika anda menggunakan plugin ini, setiap kali anda membuat post baru atau anda membuat perubahan pada blog anda, sitemap yang ada di blog anda akan dikemaskini. Dalam masa yang sama, satu pemberitahuan akan dihantar kepada kesemua enjin carian besar seperti ASK.com, Google, MSN Search dan Yahoo!
Tugas anda kini menjadi semakin mudah dan proses crawl oleh enjin carian akan menjadi lebih cepat daripada sebelum anda menggunakan plugin ini. Saya juga menggunakan plugin ini di blog saya yang lain iaitu creamstudents.com.
Kelebihan lain plugin ini adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk ke laman web ping seperti pingoat.com dan pingomatic.com kerana sejurus selepas website anda dikemaskini, pemberitahuan akan dilakukan secara automatik oleh plugin ini.
Plugin #3: WP Spam Free
Saya tidak dapat bayangkan jika blog saya sentiasa dihujani oleh komen-komen SPAM dari mereka yang tidak beretika ini. Jadi semestinya terdapat jalan penyelesaian terhadap isu ini dan semestinya kita mempunyai satu plugin yang bertindak sebagai penapis spam(spam filter).
Antara plugin yang boleh anda gunakan adalah plugin WP-Spam free ini. Ia merupakan plugin anti-spam yang boleh dipercayai dan mempunyai keberkesanan yang tinggi. Antara contoh-contoh lain adalah akismet dan Dr. Dave’s Spam Karma. Dengan adanya plugin ini, anda dapat mengurangkan komen spam secara drastik, sekiranya anda dihujani oleh komen-komen spam sebelum ini.
Plugin #4: Add To Any
Plugin ini akan membantu pelawat atau pembaca blog anda berkongsi, menyimpan, bookmark dan menghantar email berkenaan dengan post terbaru anda melalui servis-servis seperti Delicious, Digg, Facebook, Twitter dan lebih 100 servis-servis lain termasuklah daripada laman web sosial seperti myspace.
Kehadiran plugin ini dapat diketahui apabila wujudnya butang share/save yang boleh anda lihat di akhir artikel ini. Keistimewaan plugin ini pula adalah ia kini mesra dan menjimatkan ruang.
Ia juga akan meletakkan servis yang paling kerap digunakan oleh pelawat blog anda di kedudukan yang teratas. Sebagai contoh, jika pelawat blog anda ingin menyimpan atau menghantar artikel anda, dan dalam masa yang sama beliau kerap menggunakan twitter, jadi twitter akan berada di kedudukan teratas dalam menu tersebut.
Plugin #5: Page Peel
Plugin Page Peel ini akan menghasilkan satu iklan peel atau peel ads di bahagian bucu atas kanan blog anda. Plugin peel ads ini saya kira menjadi satu kemestian bagi blog anda, terutamanya mereka yang berkecimpung dalam bisnes internet.
Saya ada hasilkan contoh peel ads ini dan anda boleh lihat bagaimana iklan ini berfungsi di bahagian bucu atas kanan blog gajisendiri ini.
Iklan seperti ini diguna pakai oleh John Chow di blognya dan beliau kekal menggunakan peel ads ini. Ini menunjukkan betapa otai blog ini mendapat pulangan yang tinggi hasil daripada menggunakan sistem ads ini. Jika blogger yang mendapat USD$ 40,000 sebulan ini sukakan peel ads ini, anda pula bagaimana ?
Sebelum itu, jika anda berminat untuk memasang plugin ini, tetapi tidak mempunyai masa dan idea untuk membuat design-design yang mampu menarik perhatian pembeli, saudara Mazlie Nadzri ada membuat servis pemasangan ads ini. Beliau adalah seorang pereka grafik dan hasil kerjanya pasti akan melonjakkan pendapatan anda. Anda boleh lawat laman web beliau di sini.
9 Responses to “Top 5 Plugin WordPress Wajib Dimiliki”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






oh byk lagi rupnyer plugin yg xdiisi.. rsae nyer sy ade page peel je.. yg len xtau lak penting.. maceh ye bro
Tapi top 5 ni tak strict ya. mungkin pada saudara ada di antara plugin ini yang berguna dan mungkin juga ada yang kurang berguna.
[...] Jadi, tulisan saya kali ini akan mengetengahkan 5 cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan blog. Sebelum itu, pastikan blog anda telah dioptimisasikan dengan menambah beberapa plugin yang sesuai. [...]
penulis…boleh tak ajarkan saya bagaimana install @ nak masukkan plugin dlm blog kita…?
@syam…
maksud saudara blog wordpress ya ?
Kalau ikut apa yang saya lakukan. Saya akan download plugin tersebut. Kemudian saya akan transfer plugin ke dalam server melalui software FTP dan pindahkan ke dalam folder plugin.
Kemudian, saya akan login ke dalam blog dan akan activate daripada control panel yang ada di dalam ruang setting blog.
woaa..
betul2.hehe.. sya pun bru nk stat bloging ni.hehe..
saudara pnya blog cntik la.cmna nk edit themes ni jd cmni?
nk kna ekjas sndri code kt theme editor tu ke?
yg ebay tu plak cmna?
hehe..
@casacd…
Blog sya ni biasa2 sj. Ramai lagi yang mempunyai blog yang cantik dan kemas. Theme yang saya pakai ni theme magazine style. Boleh try cari kat internet. Kalau nak edit, kena tahu HTML sket2. kita boleh edit kat file yang diberikan. kalau yang advance punya, boleh edit kat CSS template.
Yang ebay tu, guna peel ads. Berminat ke ?
satu info yg cukup baik kpd newbie
Dah lama cari bende niy. Ingatkan kt Blog Alan dah cukup plugins tapi ternyata belum mencukupi lagi. Thx for the info.