The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Usahawan Cendawan & Keuntungan Besar

Baru-baru ini, saya terbaca satu keratan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 3 Januari 2009 yang menyiarkan tentang peluang menjana pendapatan lumayan berasaskan pertanian iaitu melalui penanaman cendawan.

Apa yang saya lihat, penanaman cendawan ini merupakan satu perniagaan yang memerlukan kos yang rendah iaitu sebanyak RM200 sahaja. Akan tetapi, usahawan-usahawan cendawan yang bergiat di dalam industri ini mampu menghasilkan pulangan yang lumayan dan berpanjangan.

Sebagai contoh, harga sekilogram cendawan tiram boleh mencecah RM15 di pasaran Malaysia. Manakala satu bongkah cendawan pula dapat menghasilkan RM1.40 secara purata setiap hari. Bayangkan jika anda sebagai usahawan cendawan memiliki 100 bongkah cendawan, maka pendapatan harian anda boleh mencecah sebanyak RM140. Dan selama sebulan, anda mampu menjana RM4,200. Bagaimana, lumayan bukan ?

Mengapa Anda Harus Memilih Menjadi Usahawan Cendawan?

  1. KOS RENDAH – Anda boleh memulakan perniagaan cendawan dengan kos serendah RM200.
  2. KEUNTUNGAN LUMAYAN – Harga sekilogram cendawan tiram ialah RM10-RM15. Dalam sebulan anda dapat menjana RM2000 jika anda mempunyai 50 bongkah cendawan.
  3. PERMINTAAN TINGGI – Anda dapat menjual cendawan dengan mudah kerana permintaannya yang tinggi.
  4. RISIKO RENDAH – Mengusahakan penanaman cendawan tidak berisiko tinggi kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti perosak. Cendawan tumbuh dengan segar setiap hari.

Jika anda merupakan seorang graduan yang masih mencari pekerjaan, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah? Bukankah baik jika anda memulakan perniagaan anda sendiri ? Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian terutamanya dengan menjadi usahawan cendawan ini.
 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Strategi 4: Keuntungan Yang Banyak
Produk atau servis yang anda berikan perlulah mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Keuntungan merupakan nadi kepada bisnes anda. Semua usahawan akan mengira keuntungan dan minta dijauhkan daripada kerugian. Jadi, produk ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Remaja Yang Berjiwa dan Bergaji Besar
Semalam, saya telahpun menghabiskan 10 minggu praktikal yang sangat mendatangkan kesan kepada diri saya. :) Macam-macam perkara dan asam garam dunia pekerjaan telah saya lalui. Tapi mesti "macam burung pipit ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Seperti dalam tajuk di atas, seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini. Umumnya, kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
Ketika saya menulis entri kali ini, saya baru sahaja pulang daripada membeli juadah makan malam. Ketika saya sedang menanti tempahan siap, saya terlihat satu tajuk di sebuah stesen TV swasta ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
6 Perisian Wajib Usahawan Internet
Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai 'nyawa' perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Strategi 4: Keuntungan Yang Banyak
Remaja Yang Berjiwa dan Bergaji Besar
4 Senjata Usahawan Internet
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
6 Perisian Wajib Usahawan Internet

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

2 Responses to “Usahawan Cendawan & Keuntungan Besar”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu