Home » Blog » 9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu kaedah yang agak mudah untuk diaplikasikan iaitu trafik yang dijana melalui pelawat yang kembali ke blog anda.
Namun, bagaimanakah caranya? Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda 9 tip menjadikan pelawat yang telah hadir ke blog anda sebelum ini, hadir semula atau jika lebih bernasib baik, memberikan respon kepada tulisan-tulisan yang telah dihasilkan.
#1: Selalu Mengemas Kini Kandungan Blog
Selalu kemas kini laman blog anda dengan artikel-artikel baru dan segar. Namun tidak perlu terlalu kerap. Blog yang tidak dikemas kini akan dikesan oleh enjin-enjin carian sebagai blog yang tidak aktif dan ini akan menyebabkan ranking blog anda jatuh di enjin carian tersebut. Pelawat blog anda juga semestinya mahukan kandungan baru dan penuh dengan informasi.
#2: Letakkan Gambar-Gambar
Sebahagian besar pelawat blog anda mempunyai jiwa serta perasaan(baca: manusia). Menyediakan gambar-gambar sebagai ‘penyambut tetamu’ mungkin sesuai dengan perasaan manusia yang inginkan sedikit hiburan, atau dengan kata lainnya sebagai penyedap mata memandang. Selain daripada gambar, anda juga mungkin boleh meletakkan kata-kata hikmah yang dapat membuatkan pelawat blog terkesan apabila mereka berkunjung ke blog anda.
#3: Jadikan Blog Anda Unik
Pastikan blog anda mempunyai sesuatu yang unik untuk dipersembahkan kepada pelawat yang datang. Keunikan blog anda berbanding blog lain akan menyebabkan pelawat mudah mengingat dan seterusnya melawat kembali blog anda. Boleh jadi, sesuatu yang unik itu adalah laporan percuma, permainan flash, pertandingan atau tools yang membantu pelawat anda.
#4: Gunakan Aplikasi Feedburner
Gunakan aplikasi feedburner atau feedblitz. Feedburner merupakan aplikasi yang dapat mengumpul alamat email pelawat blog yang berminat dengan tulisan-tulisan yang anda hasilkan. Sekiranya anda mempunyai artikel-artikel segar dan berinformasi, jangan lupa untuk menyarankan pembaca blog anda agar melanggan artikel yang telah dihasilkan. Dengan ini, mereka akan menerima kemas kini terbaru daripada anda sama ada melalui email ataupun menerusi perisian feedreader mereka.
#5: Letakkan Link “Book Mark Artikel Ini”
Letakkan link di bawah artikel anda dan nyatakan “Book Mark Artikel Ini”. Sekiranya pelawat gemarkan kandungan blog yang telah mereka baca, mereka mungkin akan menanda artikel anda dan menyebarkannya kepada orang lain. Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Malaysia mempraktikkannya. Akan tetapi ramai blogger/usahawan internet luar Negara yang telah mempraktikkan teknik “save/share”.
#6: Gunakan Link Saranan
Letakkan link “Saran Blog Ini Kepada Rakan Anda” di blog anda. Sekiranya pelawat ingin memberitahu rakan mereka tentang kewujudan blog anda, mereka boleh berbuat sedemikian dengan adanya fungsi ini. Fungsi ini juga boleh dijumpai di laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dan lain-lain. Teknik ini merupakan satu strategi pemasaran yang tidak memerlukan kos, tetapi memerlukan content yang baik.
#7: Kandungan Blog Selari Dengan Tema
Berkenaan dengan kandungan blog, saya berpendapat bahawa anda perlu memastikan kandungan blog bersesuaian dengan nama blog anda. Sekiranya blog anda mempunyai domain seperti resepitradisi.com, fokuskan artikel anda berkenaan jenis-jenis kuih atau resepi kuih. Artikel yang tidak mempunyai persamaan dengan tema blog sewajarnya dielakkan.
#8: Gunakan Kata Kunci Yang Sesuai
Pastikan laman web anda mempunyai kata kunci yang mudah diingati oleh pelawat. Sekiranya mereka terlupa url blog anda, mereka boleh cari semula url blog anda di Google atau Yahoo! menerusi kata kunci yang telah mereka gunakan sebelum ini. Sebagai contoh, kata kunci bagi blog Gaji Sendiri ini adalah ‘Cara Buat Duit Di Internet’ serta ‘Cara Buat Duit Dengan Blog’.
#9: Pastikan Blog Anda Mempunyai Jenama Tersendiri
Bina jenama sendiri untuk laman web atau blog anda. Ini bertujuan agar pelawat tahu bahawa mereka kini berada di laman web anda. Anda disarankan agar konsisten dengan warna, tema ataupun logo blog. Jangan lupa juga untuk meletakkan laman Hubungi Kami‘ di blog anda agar pelawat senang untuk menghubungi anda.
22 Responses to “9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Hello? apa kbr?terima kasih datas info menari ini.saya akan aplikasikan diblog saya http://donnyien.com/
Khabar baik Donny, ambillah apa yang bermanfaat untuk anda ya.
blog anwar yassin rpnye… syabas bro. nice info..
Sama-sama JHafiz. Blog bro mantap juga.
Sy cari2 juga info di blog anda, tp tak terjumpa.
salam,
saya pun tengah kutip-kutip info daripada blog saudara..terima kasih
Sama-sama, semoga ianya bermanfaat.
nasihat sy kpd newbie,
mesti rajin membaca mana2 website yg bkaitan dgn niche blog sekiranya anda hendak sekedudukan dgn para blogger yg ada.Percayalah dahulu rahsia ni disembunyikan tetapi kini para blogger telah membongkar rahsia bagaimana anda boleh buat duit dgn blog.Rugi bagi mereka yg menafikannya.
Info yang sangat berguna untuk newbie seperti saya, cuma step#4 aplikasi feedburner saya masih mempelajari untuk dalam blog saya. Dimana saya boleh dapatkan info feedburner,
Thanks!
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana hendak menggunakan feedburner dengan pergi ke:
http://www.google.com/support/feedburner/bin/topic.py?topic=13046
ngurus blog sama kyk ngurus pacar….DAmn!!
(
Adakah pacar anda juga berblog ? Ngurus blog tidak sesusah meengurus pacar rasanya.
tips yang sangat berguna…
Semoga ianya bermanfaat untuk anda.
thanks 4 d tips…
nk mintak izin utk letak d me blog utk share ngan kawan2 lain, blh ke???
Boleh farra, cuma sila sertakan backlink dalam artikel anda ke blog gaji sendiri ini.
Terima Kasih….barulah saya faham pasal nie,sebelum nie kureng tahu sket..terima kasih ya!!
Sama-sama Hafizi, kalau rasa artikel ini bermanfaat, anda boleh ambil dan pamerkan di blog anda juga.
kalau nak traffik yg ramai camne tu??saya dah cuba macam-macam cara tapi masih kurang menjadi…boleh bagi tips,biar blog saya taffic jem setiap hari….hehe
Nak tips ke ? emmm… tipsnya adalah, buat sesuatu teknik tu tanpa mengharapkan balasan yang segera.
betul gak tu..takkan la nak mendadak kan…betul gak tu….saya cuba menarik traffik ngan cara En Anwar bagi tu….saya memang teruja
(macam saudara dah suntik semangat baru dalam hidup saya)..terima Kasih
salam…syoknye tgk blog yang ramai pelawat…blog saya…hmm…nak kena buka blog lain ni..huhu
Satu tip yang menarik untuk pelopor blog, pelbaggai kaedah boleh kita gunakan utk menarik pelawat. Jika dilakukan dgn teliti tidak mustahil kita boleh menarik sumber lain ke blog sendiri.