The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Theme WordPress Pertama Dilancarkan!

ringcast-themeSalam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah, setelah sekian lama ‘berangan-angan’, akhirnya theme wordpress pertama keluaran Gaji Sendiri dihasilkan. Jika anda ingin download dan menguji theme ini, anda boleh lakukannya sekarang. :)

Theme ini saya reka khusus untuk blogger yang inginkan ciri-ciri simplistik pada blog mereka, namun tidak sekali-kali memperlekehkan kepentingan SEO. Pada asalnya, saya cuba mencari theme yang memenuhi cita rasa saya, namun setelah beberapa kali pencarian ini menemui jalan buntu, akhirnya saya nekad untuk menghasilkan theme sendiri. Oh!

Ringcast Theme

Theme ini saya namakan sebagai Ringcast Theme. Khusus untuk blogger yang menggunakan platform wordpress. Kepada pengguna blogspot, saya mohon maaf kerana setakat ini, pembikinan theme ini dalam versi blogspot masih dalam proses. Cuma tidak tahu lagi bila akan siap. :)

Deskripsi:

  • Simplistic
  • Minimalistic
  • Widget Ready
  • Fixed Width
  • Right Sidebar
  • Two Columns
  • Valid XHTML

Plugin Cadangan:

  • All in One SEO Pack
  • Antispam Bee
  • Contact Form 7
  • Google Site Map Generator
  • Yoast Breadcrumbs

Demo/Download:

Sebelum anda mendownload theme ini, hanya satu yang saya mohon. Iaitu agar anda mengekalkan link ke theme ini di bahagian footer theme. Mengapa ? Kerana, semakin ramai blogger yang menggunakan theme ini, akan semakin terasa kemeriahannya.(^_^) Sila tinggalkan komen/pendapat di bawah sekiranya anda memerlukan sebarang support daripada saya.

>>Download Di Sini<<

Bagaimana Ingin Menambah Gambar Thumbnail ?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu masukkan imej sebelum huruf paling awal dalam artikel anda dan kemudian buat sedikit setting. Saiz untuk thumbnail adalah 150×150 pixel.

Bagaimana Ingin Menukar Logo?

Anda perlu membuat sedikit pengubahsuaian pada file header.php. Cari kod <h1 id=”name-text” class=”art-Logo-name”> di dalam file header.php, anda akan jumpa bahagian link title di bawahnya. Di situ anda boleh gantikan dengan kod imej. Anda perlukan sedikit ilmu HTML untuk melakukan proses ini. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Cara Mudah Buat Blog WordPress
Bagaimana cara untuk kita buat blog wordpress sendiri ? Susah ke ? Inilah contoh persoalan yang kerap bermain di fikiran usahawan atau blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Mengatasi Error Permalink WordPress
Semasa saya ingin menggantikan minisite di gajisendiri.com ini kepada blog, terdapat satu masalah yang saya hadapi dan penyelesaiannya saya ambil pendekatan try and error. Masalah ini adalah berkaitan dengan permalinks ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Mungkin ada dikalangan anda yang mahukan blog anda mempunyai ciri-ciri terkini dan mampu bersaing dengan blog lain dalam niche anda, cumanya anda tidak tahu apa aksesori-aksesori tambahan yang amat diperlukan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Sumber Logo Percuma
Entri kali ini akan mendedahkan satu sumber untuk anda dapatkan logo-logo yang eksklusif dan terbaik untuk anda gunakan di dalam bisnes anda. Logo-logo ini boleh anda miliki secara percuma. Mungkin ada ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
9 Cara Melajukan Blog Anda
Saya pasti ramai blogger yang menginginkan pengunjung datang ke blog mereka. Namun, pengunjung pasti akan berasa hampa sekiranya blog kita sukar untuk dipaparkan. Apa sebabnya ? Bagaimana cara melajukan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Cara Mudah Buat Blog WordPress
Mengatasi Error Permalink WordPress
Top 5 Plugin WordPress Wajib Dimiliki
Sumber Logo Percuma
9 Cara Melajukan Blog Anda

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

20 Responses to “Theme WordPress Pertama Dilancarkan!”

  • bukan ke dah lama dah macam ni?
    mmg baru ek

    • Anwar Yassin:

      Theme ini baru dilancarkan untuk kegunaan public. :) Sebelum ini memang saya dah hasilkan untuk kegunaan sendiri.

  • x de full screen shot ke?

    • Anwar Yassin:

      Full screenshotnya adalah seperti yang Bro. Rozani lihat di blog ini :) Cuma total widthnya adalah 1000px, berbanding di gajisendiri yang hanya 900px.

      Untuk theme ringcast yang dilancarkan kepada umum, sidebarnya boleh diisi dengan iklan 125×125 px tanpa bersusah payah menggodeh file php. Saya dah try dan semuanya ok.

      Setakat ini saya masih belum sempat untuk mendirikan demo site. Kalau berkesempatan nanti saya buat. :)

  • nampak simple.. kemas.. dan hijau… hehhehe.. aku masih lagi guna free wp… huhuhu

    • Anwar Yassin:

      Macam pernah nampak warna hijau ni, tapi di mana ya.hehe. Takpe, nanti kalau ada rezeki lebih, Bro.Hajib boleh berpindah kepada blog berbayar punya. :)

  • qudwahhumaira:

    smart. tapi maaflah.saya memang susah nak faham sebab pakai blogspot pun x faham. berjam2 depan laptop menemui jalan yang hampir semuanya buntu.

  • Hmmm… menanti theme2 lain. msmoga lebih byk pilihan? brp hari nk siapkan satu theme ni? nk wat theme pakai ape eh?

    • Anwar Yassin:

      tengok keadaan juga. Nak configure agak memakan masa. Terutamanya supaya ruangan iklan tu boleh diletakkan dengan iklan 125×125. Antara tools yang digunakan adalah XAMPP…

  • Tadi saya tersilap tinggalkan comment di post yang tak berkaitan..hehehehe maaf la yer. Saya dah guna theme ni dah BRO Anwar, cuma saya tukar sikit2 ler….

    Apa2 saya nak tanya boleh tanya disini ya Bro?

    radzuanradzi
    http://www.radzuanebiz.com

    • Anwar Yassin:

      Terima kasih sebab sudi guna theme ni. Sy dah tgk dah blog bro. Memang dah customize dah theme tu.hehe. Cuma iklan tu, bro memang try nak susun macam tu ke ?

  • Salam, Bro Anwar…hehehe tentang iklan tuh..saya dah susun satu baris ada 2 column…dah…nak tanya cara nak masukkan opt in form saya kat sidebar..boleh guna plugin atau widget apa ya?

  • Salam, hehehe..tu saya tengah testing la Bro Anwar…nak tanya pasal :

    1.plugin contact form 7 tu….try godek godek tapi tak jadik la…
    2.yup autoresponder…saya nak bagi ebook free cam Bro anwar buat kat blog gajisendiri tu…

    Didahulukan dengan ucapan terimakasih

  • A’salam Tuan

    Terima kasih sbb bg cuba theme ni.
    Pengkongsian adalah sesuatu yg bagus.

    • Anwar Yassin:

      Sama-sama Ladfe Amir. :)

      Saudara boleh juga customize theme tersebut mengikut cita rasa saudara. Saudara boleh tambah logo bagi menggantikan header, atau menukar warna background.

  • saya rasa saya tersilap godek agaknya tadi…hehehehe..taxper cuba san cuba lagi…

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu