Archive for the ‘Berita’ Category
jadual seminar emas julai ini…
salam ‘alaikum…
sesiapa yang berminat ingin mengetahui tentang emas dan kelebihannya bolehlah menyertai seminar public gold di seluruh malaysia.sekiranya ada yang kurang faham boleh merujuk kepada kami di http://emaspadu02.blogspot.com/
mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari kami… (“,)
Hukum Pelaburan ASB
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

salinan dari Jabatan Mufti Selangor
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita. Read the rest of this entry »
Mahasiswa Jana RM211,955 Dengan Video
GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.
Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.
Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan. Read the rest of this entry »
Steve Jobs Menghidap Kanser Pankreas ?
SAN FRANCISCO – Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.
Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi. Read the rest of this entry »
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
Ketika saya menulis entri kali ini, saya baru sahaja pulang daripada membeli juadah makan malam. Ketika saya sedang menanti tempahan siap, saya terlihat satu tajuk di sebuah stesen TV swasta negara. Selalunya saya tidak layan sangat stesen TV ini, namun kali ini perhatian saya tertumpu pada agenda yang diperkatakan. Ianya mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu yang tidak minat bisnes. Namun bagi usahawan-usahawan atau mereka yang ingin menjadi usahawan selepas ini, MyCoID merupakan satu kemudahan baru yang bakal dirasai oleh usahawan-usahawan tempatan.
Secara ringkasnya, Nombor Identiti Korporat Malaysia atau MyCoID merujuk kepada nombor Read the rest of this entry »
Awas! Anda Mungkin Telah Diperdaya Mereka
Penipuan boleh berlaku di mana-mana. Kalau orang kata bisnes internet ini merupakan satu penipuan, adakah bermakna perniagaan di alam realiti bebas daripada sebarang bentuk penipuan ? Awas, anda mungkin telah berkali-kali termakan perangkap harga yang telah dipasang oleh mereka.
Jualan murah, harga runtuh atau tawaran potongan harga 50% hingga 80% di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi ? Read the rest of this entry »










