Archive for the ‘Berita’ Category
Remaja Yang Berjiwa dan Bergaji Besar
Semalam, saya telahpun menghabiskan 10 minggu praktikal yang sangat mendatangkan kesan kepada diri saya.
Macam-macam perkara dan asam garam dunia pekerjaan telah saya lalui. Tapi mesti “macam burung pipit dan merak” kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dah bekerja selama setengah abad. Tabik spring saya pada mereka. Cukup sabar dan kental demi mencari sesuap nasi untuk santapan seisi keluarga.
Sebut tentang alam pekerjaan ini, saya juga telah menziarah sekumpulan remaja yang berjiwa besar dalam perniagaan internet. Mereka boleh dikatakan sebagai jaguh dalam dunia IM dan taukey mereka hanyalah seorang remaja yang baru nak mencecah umur puluh.
Memang berbisa mereka ni. Read the rest of this entry »
Produk Pertama GajiSendiri ?
Assalamualaikum WBT. Salam hormat kepada rakan-rakan serta pengunjung blog ini. World Cup sudahpun tiba. jadi mana satu pasukan pilihan anda ?
Saya cenderung ke arah pasukan Brazil. Tapi tak fanatik mana. Walaubagaimanapun, gol pasukan Brazil tempoh hari memang agak cun.
Antara sebab saya jarang update blog ini adalah disebabkan saya kini sedang menghasilkan satu produk informasi. Produk ini sedang dalam fasa-fasa akhir yang mana saya sedang lakukan sedikit touch-up dan akan mendirikan website tidak berapa lama lagi. Read the rest of this entry »
Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads
Facebook dilaporkan akan menggunakan Paypal sebagai salah satu daripada sistem pembayaran yang akan digunakan bagi menyewa ruangan Facebook Ads mereka.
Dua syarikat gergasi maya dunia ini, Facebook dan Paypal, telah bersepakat untuk mewujudkan kerjasama dua hala serta hubungan strategik bagi membolehkan pengiklan di seluruh dunia mendapatkan kredit facebook ads menerusi pembayaran yang dibuat dengan Paypal.
Read the rest of this entry »
Paypal Wishlist Boleh Buat Duit ?
Salam sejahtera buat rakan-rakan IM serta pelawat-pelawat yang mengunjungi blog GSC. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam rahmatNYA.
Pernahkah anda dengar tentang Paypal wishlist yang pernah disebut-sebut dahulu? Ya, berkenaan dengan Paypal Wishlist yang dikatakan boleh menyebabkan pengguna facebook buat duit di facebook.
Read the rest of this entry »
Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)
Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”
Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan saya rasa mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai persoalan yang sama. Tentang bagaimana hendak bermula dan kemudiannya menjana pendapatan di internet.
Tahukah anda bahawa saya menjana pendapatan internet yang pertama dengan menyertai affiliate? Ketika itu, saya memasarkan produk keluaran Cikgu Azleen (rakan JV saya) tentang tuisyen Bahasa Inggeris Online.
Mula-mula, saya sekadar suka-suka letakkan link beliau di blog saya, kemudian saya rasa perlunya capaian yang baik untuk produk ini lalu saya hasilkan sendiri banner dan buat satu artikel berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa inggeris.
Satu hari, semasa saya periksa akaun email,saya dapati terdapat satu email daripada maybank. Dengan semangat ingin tahu, saya buka email tersebut dan mendapati Cikgu Azleen telah mendepositkan RM84 ke dalam akaun Maybank saya hasil daripada usaha mempromosikan tuisyen online beliau. Adakah anda tahu perasaan saya ketika itu ? Memang sangat seronok.
Jadi, apa kaitan cerita ini dengan isu di atas ? Saya sebenarnya ingin menunjukkan bahawa antara jalan mudah menjana pendapatan di internet ini adalah dengan menyertai affiliate. Mungkin anda kurang bersetuju, tapi inilah cara yang saya anggap paling mudah dan paling cepat. Dan ia meninggalkan kenangan yang manis buat saya dalam bidang ini.

Dua Jenis Jalan Dalam Pemasaran Affiliate
Pada saya, untuk menjana pendapatan di internet,hanya ada dua jalan yang wujud, iaitu jalan cepat dan jalan lambat. Jalan cepat dan lambat ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan ke atas satu sama lain.
Jika anda memilih jalan lambat, anda dapat mengumpul pengalaman demi pengalaman. Memang banyak yang dapat anda kumpulkan sendiri. Ramai yang telah berjaya. Namun kekurangannya adalah anda terpaksa menggunakan ‘try and error’ untuk mendapat pengalaman tersebut. Jika tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dengan tiada jualan yang terhasil. Ramai juga yang mempunyai nasib sebegini.
Berkenaan dengan jalan cepat pula, anda akan mendapat ilmu dengan cepat dan mampu untuk menjana pendapatan dengan pantas. Ini bergantung kepada teknik dan strategi yang ditunjukkan. Maksudnya, anda akan mendapat tunjuk ajar secara direct daripada mereka yang telah berjaya dalam menjana pendapatan di internet ini.
Namun anda tersilap memilih mentor, anda tidak akan dibimbing dengan sempurna, kerana minat mereka bukan kepada ilmu yang diberikan, tetapi wang ringgit anda. Justeru, dalam memilih mentor yang akan mengajar anda, pilihlah dengan cermat dan usah terburu-buru dalam proses pemilihan yang anda jalankan.
Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri
Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam karier saya sebagai internet marketer dan semoga blog yang berkonsepkan cari duit di internet ini dapat saya gunakan lagi pada masa hadapan sebagai satu wacana perkongsian idea, pengalaman serta tip-tip keusahawanan internet yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.
Terima kasih juga kepada NetKL network di atas servis yang cekap dan amat memuaskan hati. Dalam tahun pertama bersama-sama dengan netKL, Alhamdulillah. Saya belum pernah lagi berdepan dengan kesukaran berurusan dengan mereka. Sokongan dan bantuan kepada pelanggan juga cepat dan mengikut pengalaman saya selama setahun ini, NetKL menguruskan segala transaksi yang dilakukan tidak sampai 10 minit. Walaupun pernah ada sedikit ketirisan ketika mereka hendak menaik taraf sistem, mereka cepat belajar dari kesilapan dan tidak membiarkan perkara yang sama berulang kembali.
Hari ini saya akan pulang ke kampung di Johor setelah beberapa hari bekerja di Kuantan sebagai IM. Universiti tempat saya menadah ilmu pula kini sedang bercuti dan jika tiada aral melintang, saya akan kembali bertugas sebagai seorang pelajar sepenuh masa dalam jurusan bioperubatan bermula 7 Disember ini bagi menyambung pengajian untuk semester ke 6. Walaupun subjeknya kurang sedikit, tetapi subjek-subjek ini telah menjadi lebih spesifik dan seorang pelajar itu perlu meneroka jauh lebih dalam untuk menguasainya. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Informasi selanjutnya berkenaan dengan diri saya boleh anda temui di sini. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa saya sebenarnya merupakan seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar di universiti saya dengan memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua 1. Mungkin ini boleh dijadikan hujah mengapa Gaji Sendiri kurang aktif sebelum ini. Menjadi seorang pelajar, internet marketer serta pemimpin pelajar dalam satu jangka waktu yang sama mencabar saya dari sudut pengurusan waktu dan pemikiran. Namun pengalaman ini tetap berguna kerana saya telah banyak belajar mengutamakan hak dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan, juga dapat mengetahui sejauh mana kapasiti diri saya .
Sampai di sini dahulu coretan saya pada pagi ini, dan saya harap dengan blog Gaji Sendiri, saya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih berfaedah pada masa hadapan. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pelawat dan subscriber saya yang beragama Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam membina iman dan jati diri yang mapan. Walaupun keinginan untuk mengetahui cara buat duit di internet berkobar-kobar dalam diri kita, sewajarnya kita meniti sesuatu jalan itu dengan berhati-hati dan lebih berwaspada. Kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Wassalam,






