Archive for the ‘Blog’ Category
Cara Mudah Buat Blog WordPress
Bagaimana cara untuk kita buat blog wordpress sendiri ? Susah ke ? Inilah contoh persoalan yang kerap bermain di fikiran usahawan atau blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. Mungkin teknik bina blog wordpress ini nampak susah pada awalnya. Tapi jika kita sudah tahu, buat blog wordpress (self-hosted) ini akan jadi mudah seperti mudahnya anda buat mee maggi goreng. Dalam masa 5 minit sahaja sudah siap dibina. Tak percaya ?
Saya sebenarnya telah hasilkan satu video tutorial untuk rakan-rakan yang mahu bina blog wordpress self-hosted. Tekniknya mudah, dan anda hanya perlu ambil masa 5 minit sahaja untuk bina blog wordpress anda sendiri. Read the rest of this entry »
7 Cara Buat Duit Dengan Blog
Dalam artikel terdahulu, saya telah mendedahkan 5 cara buat duit dengan blog. Namun, dua lagi idea menerjah ke minda saya beberapa hari yang lepas berkenaan dengan cara-cara buat duit dengan blog. Jadi entri ini merupakan entri penambahbaikan bagi entri asal di blog ini.
Bagi yang pernah terbaca artikel asal berkenaan cara buat duit dengan blog, anda mungkin telah mengetahui 5 cara buat duit dengan blog yang telah saya catatkan. Namun, bagi pelawat yang baru tiba di blog ini, anda boleh membaca artikel asal tersebut untuk mendapat gambaran awal. Read the rest of this entry »
9 Cara Melajukan Blog Anda
Saya pasti ramai blogger yang menginginkan pengunjung datang ke blog mereka. Namun, pengunjung pasti akan berasa hampa sekiranya blog kita sukar untuk dipaparkan. Apa sebabnya ? Bagaimana cara melajukan blog kita agar pengunjung yang hadir suka untuk datang kembali ?
Artikel ini akan mendedahkan 9 cara bagaimana anda boleh menambah kelajuan paparan blog anda. Tip-tip yang saya gunakan dalam artikel ini boleh diaplikasikan di blogspot atau wordpress. Tip-tip ini juga boleh diaplikasikan mengikut selera anda. Ada cadangan penambahbaikan ? Anda boleh nyatakan di ruangan komen.
Read the rest of this entry »
Theme WordPress Pertama Dilancarkan!
Salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah, setelah sekian lama ‘berangan-angan’, akhirnya theme wordpress pertama keluaran Gaji Sendiri dihasilkan. Jika anda ingin download dan menguji theme ini, anda boleh lakukannya sekarang.
Theme ini saya reka khusus untuk blogger yang inginkan ciri-ciri simplistik pada blog mereka, namun tidak sekali-kali memperlekehkan kepentingan SEO. Pada asalnya, saya cuba mencari theme yang memenuhi cita rasa saya, namun setelah beberapa kali pencarian ini menemui jalan buntu, akhirnya saya nekad untuk menghasilkan theme sendiri. Oh!
Read the rest of this entry »
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu kaedah yang agak mudah untuk diaplikasikan iaitu trafik yang dijana melalui pelawat yang kembali ke blog anda.
Namun, bagaimanakah caranya? Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda 9 tip menjadikan pelawat yang telah hadir ke blog anda sebelum ini, hadir semula atau jika lebih bernasib baik, memberikan respon kepada tulisan-tulisan yang telah dihasilkan.
Read the rest of this entry »





