Archive for the ‘Offtopic’ Category
Pemilihan Kursus dan Kerjaya Lepasan SPM
Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya. Kini, sudah semestinya ramai di kalangan lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?
Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan, mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.
Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi. Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar Read the rest of this entry »
Saya Masih Seorang Pembaca

Bila kawan-kawan bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya hanya tersenyum. Cuti juga aku hari ni.
Jadi, azam saya adalah untuk fokus pada projek panduan rahsia yang sedang saya majukan sekarang ni, disamping tak menjejaskan keperluan lain yang turut sama penting.
Saya masih membaca. Benar, walaupun sudah bergelar usahawan internet, membaca pada saya masih merupakan satu keperluan. Tabiat ini merupakan satu sumber yang dapat menguatkan kefahaman dan mengurangkan kelompongan pengetahuan. Read the rest of this entry »
RM20 Untuk Ayah
Saya masukkan entri kali ini ke dalam blog GSC sebagai satu renungan kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Walaupun jealous dengan mereka, tapi masa saya belum sampai lagi.
Jadi kepada sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga, atau yang telah berumahtangga, terimalah entri ini seadanya.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah…ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Read the rest of this entry »
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Petang semalam, abah saya call. Saya ingat ada informasi penting. Rupa-rupanya cuma nak beritahu yang satu kiriman berbentuk buku dah tiba di rumah saya dengan selamat. Tajuk buku tersebut ialah “Walking With the Wise Entrepreneur” hasil tulisan Patric Chan.
Puas saya fikir, siapa la yang hantar buku tu. Kemudian baru tersedar tentang email yang dihantar oleh team support daripada Patric Chan. Buku tersebut diberikan kepada setiap rakan affiliate beliau yang menjadi top ten dalam satu cabaran affiliate beliau.
Saya juga ada tanya abah tentang cek. Ada tak cek disertakan sekali dengan buku tu. Abah kata ada. Alhamdulillah. Read the rest of this entry »
Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian
Antara pengalaman yang mungkin orang ramai idam-idamkan adalah muncul di akhbar arus perdana bukan? Saya boleh dikatakan bernasib baik sebab dapat peluang macam ini pada akhir tahun lepas ketika menjadi penganjur satu program berbentuk charity di UIAM Kuantan.
Saya mendapat ilham membuat entri ini ketika sedang mengemaskini gambar-gambar di facebook. Tak tahu kenapa gambar chart dan graf pai boleh wujud dalam profile saya. Adakah facebook hack akaun saya ? Oh! Sebelum tu, reporter yang tengah saya salam tu lelaki, bukan perempuan. Read the rest of this entry »
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, saya difahamkan bahawa Lingua Franca bagi orang-orang barat sekitar sebelum kurun ke-18 adalah Bahasa Perancis.
Bahasa Inggeris hanya tersebar luas selepas Inggeris melakukan perluasan empayar, yang mana Malaysia juga termasuk ke dalam wilayah yang dijajah oleh Inggeris. Ini mengakibatkan pertukaran sedikit demi sedikit Lingua Franca di wilayah-wilayah ini termasuklah Malaysia.
Read the rest of this entry »





