The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Archive for the ‘Perniagaan internet’ Category

Soal Jawab Perniagaan Internet

Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda dan saya. :)

Soalan-soalan ini akan saya bahagikan dalam bentuk Q (soalan) serta A (jawapan) bagi membolehkan pemecahan soalan ini dilakukan, seterusnya menjadikan soalan ini lebih senang untuk dihadam. :) Read the rest of this entry »

Strategi 7: Trend Yang Sentiasa Berkembang

Kebanyakan perniagaan yang berada di pasaran hari ini akan datang dan pergi. Perniagaan ini mungkin merupakan perniagaan yang hangat pada tahun ini, kemudiannya kurang hangat pada tahun hadapan. Atau perniagaan tersebut perniagaan yang ada naik dan turunnya pada tahun tersebut. Ia mungkin satu perniagaan yang boleh menyara kehidupan anda, tetapi ia bukan model yang sesuai jika anda seorang yang ingin konsisten dalam model perniagaan terbabit.

Anda lihat sekarang, jika anda ingin mendapat keuntungan yang banyak – anda perlu melibatkan diri dalam trend yang semakin berkembang setiap hari. Produk anda perlulah menjadi produk yang menjadi sebahagian daripada trend yang meletup dan telahpun menghasilkan keuntungan kepada orang lain. Itulah ia model perniagaan yang perlu anda ceburi. Read the rest of this entry »

Strategi 6: Cipta Pendapatan Berulang

money treeBagi mereka yang bekerja makan gaji, jumlah wang yang mereka perolehi adalah bersamaan dengan jumlah waktu mereka berkerja. Mereka bekerja selama satu jam, maka satu jam jugalah nilai upah atau gaji yang mereka terima.

Tetapi, orang-orang kaya di dunia ini berbeza. Jumlah wang yang mereka jana tidak mempunyai kaitan dengan waktu mereka bekerja. Masa tidak menjadi penentu mereka memperoleh kekayaan.

Dalam hal ini, saya bukan mempersoalkan orang yang makan gaji atau tidak, kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang makan gaji. Ia cuma sekadar satu perbandingan antara dua kategori ini. Satu perbezaan yang memang merupakan satu hakikat. Read the rest of this entry »

Strategi 5: Permudahkan Cara Untuk Berjaya

Menjadi kaya tidak perlu disukarkan dengan langkah-langkah yang susah. Seorang usahawan yang telah berjaya pernah mengatakan bahawa “Jika anda tidak dapat mencoretkan pelan anda untuk menjadi kaya di atas sehelai sapu tangan, maka kebarangkalian rancangan anda untuk menjadi kaya itu tidak akan menjadi kenyataan”. Sememangnya dia betul!

Permudahkan perancangan anda. Idea yang besar dan kompleks hampir-hampir mustahil untuk dilaksanakan. Penyelesaiannya, pecahkan idea yang besar ini kepada idea-idea yang kecil, kemudian lakukan perancangan serta gerak kerja ke atas idea-idea yang paling kecil dan paling mudah. Inilah tip dalam melaksanakan sesebuah tugas yang sukar. Read the rest of this entry »

Strategi 4: Keuntungan Yang Banyak

tip menjana keuntungan yang banyakProduk atau servis yang anda berikan perlulah mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Keuntungan merupakan nadi kepada bisnes anda. Semua usahawan akan mengira keuntungan dan minta dijauhkan daripada kerugian.

Jadi, produk yang anda tawarkan perlulah mempunyai sistem yang mendatangkan margin keuntungan yang tinggi kepada anda. Dengan margin keuntungan yang tinggi ini, anda boleh membuat pusingan modal kepada perniagaan anda kelak.

Namun, jangan pula meletakkan harga yang tidak masuk akal. Yang pertama, tidak masuk akal dengan kualiti produk, dan yang kedua tidak masuk akal dengan kemampuan pembeli dalam pasaran berkenaan. Read the rest of this entry »

Strategi 3: Keunikan Yang Tersendiri

keunikan tersendiriArtikel ini merupakan artikel ke-3 dalam siri “7 Strategi Perniagaan Digital” yang telah ditulis oleh saya sebelum ini. Kesemua artikel ini memaparkan secara ringkas bagaimana produk yang anda jual di internet mampu untuk menjadi laris dan berupaya mendatangkan keuntungan yang besar kepada anda.

Produk yang anda jual itu perlulah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan keunikan ini, ia mampu untuk berdiri lebih tinggi daripada produk yang dijual oleh orang lain dan lebih berdaya saing. Jadi, hasilkan produk yang unik. Jika anda ketandusan sumber, saya telahpun memberikan satu laman web yang boleh anda rujuk Read the rest of this entry »

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu