The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya

Android merupakan OS telefon pintar yang dihasilkan oleh Google. Pada mulanya saya tidak ambil pusing sangat tentang Android ini kerana tidak mendapati ianya satu keperluan bagi perniagaan saya. Pada masa itu juga saya masih belum memiliki telefon bimbit pintar. Jadi gambar-gambar robot hijau mirip R2D2 dalam cerita Star Wars ini tidak begitu menarik minat saya.

Namun setelah memiliki sebuah telefon pintar xperia yang memakai Operating System Android, saya mula mencari kelebihan-kelebihan andorid ini untuk digunakan bersama-sama perniagaan saya. Jadi telefon saya kini telah memiliki dua fungsi, iaitu sebagai kegunaan peribadi dan teknologi yang boleh digunapakai untuk perniagaan saya.

Mungkin pengguna-pengguna telefon pintar lain seperti iphone, samsung galaxy, blackberry, CSL dll mempunyai pandangan tersendiri mengenai fungsi dan keistimewaan telefon mereka. Bahkan, saya juga berpendapat semua telefon pintar ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri terutamanya kegunaan dalam perniagaan.

Berikut merupakan beberapa sebab saya menggunakan android bagi tujuan perniagaan:

1. Fungsi Planner menerusi “Agenda Widget”

Planner ataupun perancang perniagaan merupakan satu alatan penting bagi semua usahawan. Dengan menggunakan aplikasi Agenda Widget yang boleh diperolehi secara percuma menerusi Android market, proses merancang aktiviti kini boleh dilakukan dengan mudah dan teratur.

Apa yang membuatkan saya suka dengan aplikasi ini adalah kerana aplikasi ini juga akan mengingatkan kita tentang planner yang telah dicatat bergantung kepada masa yang kita telah tetapkan sebelum itu.

Banyak juga aplikasi planner lain yang boleh anda jumpa di market android. Ada yang berbayar dan ada yang percuma, Namun untuk perniagaan saya, saya memilih Agenda Widget ini sebagai aplikasi perancang saya kerana ia percuma dan mempunyai ciri-ciri yang setanding dengan planner berbayar lain.

2. Fungsi “Color Note” dalam prosedur pengesahan pembelian

Saya menggunakan SMS untuk memberitahu semua pelanggan saya bahawa tempahan mereka telah berjaya. Untuk itu, saya perlukan sebuah aplikasi yang boleh digunakan untuk menyimpan pemberitahuan itu, seterusnya boleh digunakan pada masa hadapan sekiranya ada pembelian dilakukan.

Saya menggunakan aplikasi Color Note untuk fungsi kedua ini. Dengan color note, saya telah menyimpan mesej untuk semua pelanggan saya, kemudian jika saya ingin menggunakannya, saya boleh copy dan paste ke dalam mesej yang ingin dihantar. Jadi, proses ini dapat menjimatkan masa saya selain memberikan pelanggan servis yang terbaik.

3. Fungsi “GPS Papago” dalam mencari tempat pertemuan bisnes

Sebelum saya mempunyai telefon pintar, saya agak kurang berkeyakinan untuk memandu kereta terutamanya ketika mencari tempat-tempat tertentu di kawasan sesak seperti di Kuala Lumpur. Namun selepas mempunyai telefon pintar android dan menginstall perisian Papago, saya kini telah yakin untuk memandu di tempat-tempat sesak terutamanya bagi tujuan perniagaan saya. Dengan GPS seperti papago ataupun garmin, saya yakin, jaringan perniagaan seseorang ahli perniagaan itu lebih jauh dan lebih mencapah. Saya sendiri sudah merasakan pengalaman sebegini. :)

4. Fungsi “Camera” dalam proses Benchmarking

Proses benchmarking adalah salah satu proses untuk menaik taraf kualiti sesebuah perniagaan. Benchmarking kadangkala digunakan bagi mendapatkan idea-idea baru untuk diterapkan dalam sesebuah perniagaan perniagaan. Jadi, fungsi kamera yang terdapat dalam setiap telefon pintar (dalam konteks saya, Android) adalah bagi merakam imej, suasana atau apa sahaja kejadian yang boleh digunakan untuk menaik taraf keadaan sesebuah perniagaan.

5. Fungsi “Adobe Reader” untuk membaca ebook

Usahawan berjaya adalah usahawan yang tidak boleh lekang dari membaca. Sekiranya mereka tidak membaca, mereka tidak akan tahu perkembangan isu-isu semasa, dan jika mereka tidak tahu perkembangan semasa, mereka tidak mampu untuk mengemudi perniagaan mereka dalam arus perkembangan semasa.

Pembacaan boleh dilakukan dimana-mana, pada bila-bila masa dan menerusi banyak medium. Salah satunya adalah menerusi e-book. E-book merupakan satu alternatif untuk usahawan yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk membawa buku-buku yang berat ke mana sahaja arah tuju mereka.

Dengan aplikasi Adobe Reader dalam Android marketplace, saya berpeluang untuk membaca banyak bahan bacaan yang berunsur perniagaan di dalam telefon pintar saya walaupun pada ketika itu saya tidak berpeluang untuk membawa  buku-buku biasa mengenai perniagaan.

  

Lain-Lain Artikel Menarik:
4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Saya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Soal Jawab Perniagaan Internet
Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Bisnes Internet bukanlah perkara yang boleh dilihat hasilnya dalam satu malam sahaja. Jika anda ingin menjana pendapatan di internet, anda perlukan usaha, teknik, dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. Jadi, saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Aplikasi Terbaru Wordtracker – Sangat Cool
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya juga baru sahaja tahu berkenaan dengan perkakasan terbaru daripada Wordtracker ni. Aplikasi ini pada saya sangat membantu usahawan internet dalam mencari soalan-soalan hangat untuk pasaran niche ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Saya Masih Seorang Pembaca
Bila kawan-kawan bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya hanya tersenyum. Cuti juga aku hari ni. :) Jadi, azam saya adalah untuk fokus pada projek panduan rahsia yang sedang saya majukan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Soal Jawab Perniagaan Internet
Perkara Asas Dalam Perniagaan Internet
Aplikasi Terbaru Wordtracker – Sangat Cool
Saya Masih Seorang Pembaca

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu