Home » Offtopic » Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Petang semalam, abah saya call. Saya ingat ada informasi penting. Rupa-rupanya cuma nak beritahu yang satu kiriman berbentuk buku dah tiba di rumah saya dengan selamat. Tajuk buku tersebut ialah “Walking With the Wise Entrepreneur” hasil tulisan Patric Chan.
Puas saya fikir, siapa la yang hantar buku tu. Kemudian baru tersedar tentang email yang dihantar oleh team support daripada Patric Chan. Buku tersebut diberikan kepada setiap rakan affiliate beliau yang menjadi top ten dalam satu cabaran affiliate beliau.
Saya juga ada tanya abah tentang cek. Ada tak cek disertakan sekali dengan buku tu. Abah kata ada. Alhamdulillah.
Stella D dari team support Patric ada hubungi saya melalui email dan beritahu yang Patric akan hantar buku bernilai RM59.00 dan cek ke alamat yang saya kirimkan. Tup-tup dah sampai dah buku tu. Tak sabar nak balik rumah untuk tengok cek yang diberikan. Cek Hong Kong bank kata abah.

Sebelum ni, saya jarang dapat cek sebab apa-apa komisyen akan dihantar terus melalui online transfer. Boleh kata ini cek yang pertama saya terima semenjak menjadi usahawan internet. Baru-baru ni, komisyen daripada Bro.Jamal pun transfer ke akaun secara online sahaja. Boleh la buat minum-minum petang sikit.
InsyaAllah, hari Jumaat atau sabtu ni saya akan kembali ke rumah di Johor dan saya akan update lagi info berkenaan buku ni. Mana tau boleh buat satu review tentang buku ni. Dah dapat satu lagi koleksi buku untuk tambah ilmu perniagaan. Yosh!
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′





