The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian

surat-khabarAntara pengalaman yang mungkin orang ramai idam-idamkan adalah muncul di akhbar arus perdana bukan? Saya boleh dikatakan bernasib baik sebab dapat peluang macam ini pada akhir tahun lepas ketika menjadi penganjur satu program berbentuk charity di UIAM Kuantan.

Saya mendapat ilham membuat entri ini ketika sedang mengemaskini gambar-gambar di facebook. Tak tahu kenapa gambar chart dan graf pai boleh wujud dalam profile saya. Adakah facebook hack akaun saya ? Oh! Sebelum tu, reporter yang tengah saya salam tu lelaki, bukan perempuan.

Yang berdiri di sebelah kiri sambil tersenyum dan pakai baju melayu tu merupakan penolong pengarah 1, sahabat saya yang banyak berjasa untuk program ini. Semua ahli jawatankuasa program pun banyak berjasa sebenarnya.

anwar-utusan
Saya tidak sangka sebenarnya gambar ketika proses penyerahan dana berlangsung akan diambil oleh editor surat khabar tersebut, dan sebenarnya tidak pernah bermimpi untuk mendapat tempat di dalam akhbar.

Pada hari penutup program, penolong pengarah 2 sebenarnya yang ditemuramah, tapi tup-tup bila masuk dalam surat khabar, sumber temuramah tu adalah dari saya. Pening juga orang akhbar ni, tapi nak buat macam mana, dah terkeluar. :)

Kami selaku ahli jawatankuasa juga telah sepakat untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar dana yang dikeluarkan untuk mangsa bencana di Padang, Indonesia. Tapi bila keluar di akhbar, mereka dedahkan juga. Surat khabar ni memang tak boleh percaya untuk jaga rahsia betul. :)

Sebenarnya pada malam tu saya tidak mahu duduk di tempat VIP. Saya dah assign penolong pengarah satu untuk gantikan tempat saya. Tapi bila kawan tu dah duduk kat depan, dia asyik hantar mesej suruh teman. Tak sampai hati pula nak tinggalkan dia sorang-sorang kat depan tu. :(

Menjadi pengarah program juga membuatkan saya tidak menang tangan untuk terus aktif di dalam IM ketika itu, jadi saya pilih untuk fokus dahulu dengan amanah yang diberikan kepada saya selama satu tahun, kemudian selepas tamat tempoh, baru saya kembali aktif dengan IM. Yosh!

 

Lain-Lain Artikel Menarik:
cara buat duit di internet
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet) Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Steve Jobs Menghidap Kanser Pankreas ?
SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam. Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Jual Motor Buruk Pun Dapat RM13,000
"Surat Khabar Lama, Old News Paper, Pia Per Lia Me...!!!" Adakah anda biasa dengar, van atau lori jerit-jerit macam tu kat kediaman anda? Ya, saya biasa dengar. Masa kecil-kecil dulu, selalu ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Petang semalam, abah saya call. Saya ingat ada informasi penting. Rupa-rupanya cuma nak beritahu yang satu kiriman berbentuk buku dah tiba di rumah saya dengan selamat. Tajuk buku tersebut ialah ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?
Steve Jobs Menghidap Kanser Pankreas ?
Jual Motor Buruk Pun Dapat RM13,000
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

7 Responses to “Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu