The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

RM20 Untuk Ayah

Saya masukkan entri kali ini ke dalam blog GSC sebagai satu renungan kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Walaupun jealous dengan mereka, tapi masa saya belum sampai lagi. :) Jadi kepada sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga, atau yang telah berumahtangga, terimalah entri ini seadanya.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah…Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik…tidur! Dah pukul berapa nih…!!”

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping kertas not berwarna merah. Kanak- kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyaklah ayah!”Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ….

“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

p/s: Terima kasih kepada rakan saya yang telah forwardkan isi kandungan email ni kepada saya. Moga anda peroleh rahmat Allah SWT. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Saya kini telah memiliki 4 dirham setelah bersetuju untuk membeli dengan harga RM25 daripada sahabat saya bulan lepas. Ketika itu 1 dirham bersamaan dengan RM25 sahaja. Jadi, apabila wang di ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
5 keperluan menjadi pakar affiliate
Menjadi seorang penumpang di dalam sebuah kapal yang akan belayar ke tempat yang paling jauh tidak akan terlintas di dalam pemikiran seseorang yang ingin menentukan nasibnya sendiri. Bahkan mereka yang ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslim
Artikel yang bertajuk 7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslim ini saya karang spesifiknya sebagai satu nasihat kepada diri saya sendiri, juga amnya kepada usahawan-usahawan lain. Tidak kira sama ada ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads
Facebook dilaporkan akan menggunakan Paypal sebagai salah satu daripada sistem pembayaran yang akan digunakan bagi menyewa ruangan Facebook Ads mereka. Dua syarikat gergasi maya dunia ini, Facebook dan Paypal, telah ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′
5 Kualiti Untuk Menjadi Super Affiliate
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslim
Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

15 Responses to “RM20 Untuk Ayah”

  • Amim:

    walaupun kisah ni nmpk mcm ‘simple’, tapi, sedih jugak bile saya bace.
    tibe2 sebak je.. :(

  • Begitulah kasih anak2 kepada ibu bapa..

  • Salam,
    Yang baik jadikan teladan…yang tak baik jadikan sempadan…

  • wah ternyata di sini ada blog yang sangat bagus… kunjungan baliknya dung

    • Anwar Yassin:

      Terima kasih Wiyono. Blog ini tidak seberapa. Saya pun masih dalam proses penambah baikan. :)

  • amry:

    ah…sedihnya baca artikel tu anwar…simple tapi mempunyai maksud yang mendalam….masa dan wang adalah sesuatu yang berbeza….tapi mempunyai kepentingan yang sama…Good Article for sharing n motivate

  • IS:

    Salam. Betul2 touching kisah ni. Sy dah pernah baca kisah ni tp masih sebak bila baca skali lgi. Sebabnye sy mcm si ayah tu la dan sy ada anak umur 7+. Lbih kurang sama situasinye. Sy kerja siang malam utk dapat duit lebih tp tak jugak masyuk. Gaji memang dah tinggal ciput je. Bnyk potong sebab buat biz conventional dulu xmenjadi. Loan kena serivce tiap2 bulan. Anak stay ngan mama dia(cerai nye hal)everytime rindu kat anak2. Kalu lah diusia ni sy bleh rilek xperlu nak pikir soal duit, bleh la selalu spend time ngan anak2.
    Pd saudara2 kt luar sana yang boleh bantu sy utk menceburi biz internet ni tolog la sy. Tolog rekemen biz apa yang boleh dilakukan, and bagaimana caranya.
    Sy penah join dlu stu biz internt tp bila bab nak marketkan di internt sy x tau.
    Tolog tunjuk kan sy ‘joran pancing’ biar sy yang ngail. Sy bukn mintak ikan, tpi joran dan cra gna joran dgn efisyen spya sy bleh jugak dpt ikan, mcm saudara2 yg dah berjaya diluar sna.
    Emailkan saya di isalways40@yahoo.com.
    Harap sgt2. Trima kasih…

    • Anwar Yassin:

      Bila baca komen saudara IS, saya tersentuh dengan kisah saudara. Maaf ya sebab lambat reply. Pada saya, semua bisnes perlukan ilmu. Sebelum melangkah masuk ke dalam bisnes tersebut, ilmu strategi jualan, ilmu pemasaran, ilmu pembayaran gaji, ilmu pengurusan stok dan lain2 ilmu sangat penting. Terutamanya produk fizikal.

      Azizi Ali dalam bukunya “Jutawan dari Planet Jupiter” ada menyebutkan bahawa, teknik menjadi kaya adalah dengan berbelanja mengikut kapasiti. pada mulanya saya tak percaya, tapi bila lihat analogi yang diberikan, saya mula berfikir kembali. Analoginya seperti berikut.

      Seorang pegawai mendapat gaji sekitar RM10,000 sebulan, tetapi berbelanja RM11,000 sebulan. Manakala seorang guru mendapat gaji RM2500 sebulan, tetapi berbelanja RM1000 sebulan dan gaji selebihnya disimpan. Siapa akan kaya dahulu ?

      Persoalannya, gaji yang besar tak menjamin kebahagian dan kekayaan, tapi bila kita aplikasikan berjimat cermat dan membahagikan masa yang ada untuk semua perkara yang ada disekitar kita, insya Allah kita boleh berjaya.

      • ummi:

        salam.saya pun mempunyai masalah yang sama.saya seorang surirumah,baru kehilangan suami tersayang.suami saya telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 31/03/2010.saya mempunyai seorang cahaya mata berusia 1 thn 1/2.saya perlu mencari rezeki untuk membesarkan anak.perlu semangat yang kuat.

  • Salam Bro ANwar dan semua jurukomen….sejak kebelakangan ni saya sibuk sikit dengan kerja di pejabat, Bro Anwar pun lama tak dengar berita – sibuk gak ler tu agaknya…Buat Is, yang penting janganlah pandang ke belakang, kita kena move forward, banyak dan besar mana pun silap kita…banyak dan besar lagi rahmat Allah…tu kita kena ingat.

    radzuan
    radzuanebiz.com

    • Anwar Yassin:

      Memang agak sibuk kebelakangan ni. :) Bila balik kerja je, badan penat2. :) Baru saya tahu kesusahan nak menyara keluarga ni.

  • amry:

    ha’a.. Lama tak dengar berita. Bro Anwr sibuk praktikal kot… :) Student lagi ker?

  • Salam Bro Anwar, hehe..letih ya, penat ya…itulah dia perasaan yang dah biasa bagi mereka2 yang sudah bekerja. Penat memang penat tapi pengalaman merupakan guru terbaik buat sesorang. Dah tengok message saya dalam contact form ke?

    Nanti kalau tak sibuk, update la..ok…

    radzuan
    http://www.radzuanebiz.com

  • Salam.Sedih dengor kisah ni..tiba2 bergenang air mata dekat2 part beli masa.Sanggup anak tu kumpul duit semata-mata nak bersama ayahnya.So kepada ibubapa kat luar sana luangkanlah masa untuk keluarga anda..semoga hidup selamat sejahtera..

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu