The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Saya Masih Seorang Pembaca

read lion

Bila kawan-kawan bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya hanya tersenyum. Cuti juga aku hari ni. :) Jadi, azam saya adalah untuk fokus pada projek panduan rahsia yang sedang saya majukan sekarang ni, disamping tak menjejaskan keperluan lain yang turut sama penting. :)

Saya masih membaca. Benar, walaupun sudah bergelar usahawan internet, membaca pada saya masih merupakan satu keperluan. Tabiat ini merupakan satu sumber yang dapat menguatkan kefahaman dan mengurangkan kelompongan pengetahuan.

Pada pandangan saya, sekiranya kita menjadi seorang usahawan internet, kita perlu sentiasa keep up to date dengan ilmu-ilmu baru yang muncul sejajar dengan perkembangan internet itu sendiri. Jadi, membaca artikel baru, buku-buku baru atau bahan ilmiah lain menjadi satu kewajipan bagi usahawan internet.

Sebelum saya praktikal, sempat juga saya beli satu buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing yang dihasilkan oleh saudara Fuad Latip, seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM.

Fuad Latip yang saya pernah dengar sebelum ni adalah seorang usahawan internet yang low profile dan beraksi di bawah tanah(saya rujuk kata-kata beliau). Walaupun begitu, diam-diam ubi berisi. Nah, satu buku berkualiti ditulis oleh beliau.

Saya baca buku beliau, bukan sebab saya tidak mengetahui ilmu yang berada di dalamnya. Saya baca buku beliau sebab saya nak refresh kembali ilmu-ilmu berkaitan teknik pemasaran internet yang telah saya pelajari sebelum ini dan tambah ilmu yang masih belum ada. Sebab itulah saya masih lagi membaca.

Membaca hasil tulisan usahawan internet juga dapat mengurangkan kesilapan yang kita lakukan. Rakan saya saudara Radzuan ada menghasilkan satu artikel berkaitan 10 kesilapan dalam perniagaan internet yang sering dilakukan oleh newbie. Semua point-point yang beliau tulis pada saya boleh dijadikan rujukan penting sebelum newbie memulakan perniagaan internet.

 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Android merupakan OS telefon pintar yang dihasilkan oleh Google. Pada mulanya saya tidak ambil pusing sangat tentang Android ini kerana tidak mendapati ianya satu keperluan bagi perniagaan saya. Pada masa ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Komisyen Santai Seorang IM Amatur
Assalamualaikum sahabat-sahabat GSC. Apa khabar ? Alhamdulillah, masih berpeluang saya untuk mencoretkan sesuatu berkenaan dengan pemasaran internet di sini. Pemasaran internet merupakan salah satu dari 'passion' saya. Untuk melaksanakannya kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Salam Aidiladha Kepada Pembaca GSC
Assalamualaikmum WBT dan salam aidiladha kepada semua rakan-rakan pembaca serta pelanggan weblog usahawan dan perniagaan GajiSendiri.Com. Diharapkan dengan kedatangan Hari Raya Qurban ini, kita dapat sama-sama menikmatinya dan mengambil hikmah ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Petang semalam, abah saya call. Saya ingat ada informasi penting. Rupa-rupanya cuma nak beritahu yang satu kiriman berbentuk buku dah tiba di rumah saya dengan selamat. Tajuk buku tersebut ialah ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Anda Masih Belum Mempunyai Biasiswa ?
Bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, satu persoalan akan timbul ketika mana mereka sedang sibuk membuat persiapan. "Siapakah yang akan menaja aku nanti di Universiti ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
Komisyen Santai Seorang IM Amatur
Salam Aidiladha Kepada Pembaca GSC
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Anda Masih Belum Mempunyai Biasiswa ?

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

One Response to “Saya Masih Seorang Pembaca”

  • Salam Bro Anwar,
    Saya amat setuju tu – MEMBACA amatlah penting dalam menambahkan ilmu kita, pengetahuan kita – tak kiralah dalam apa jua bidang yang kita ceburi. MEMBACA dan MEMPRAKTIKKANNYA merupakan dua gabungan yang lebih mantap.

    Buku 15 Teknik Efektif masih menjadi rujukan saya sehingga sekarang.

    Salam Dan Terimakasih Bro Anwar – saya masih hutang anda belanja minum…nanti2 senang kita jumpa ya.

    radzuanradzi

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu