The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

8 Tip Pelaburan Hartanah

pelaburan hartanahSaya memang meminati perkara yang berkaitan dengan hartanah. Pada saya, jika kena pada teknik dan cara-caranya, bisnes dan pelaburan hartanah memang lumayan dan boleh mendatangkan banyak keuntungan. Saya juga ada seorang rakan yang obses dengan hartanah. Bila mana kami bertemu, kami akan kerap berbicara tentang isu hartanah, dan beliau memang sedikit terkedepan dalam isu ini.

Perbezaan antara seseorang yang bergiat dalam bisnes atau pelaburan hartanah dengan seseorang yang bergiat dalam bisnes penjualan kereta mewah memang jauh. Mungkin bagi anda yang sudah tahu apa yang saya maksudkan, anda boleh tersenyum mengiyakan. Kepada yang masih belum tahu perbezaan ketara di antara dua jenis model perniagaan ini, ia sebenarnya terletak pada nilai. Nilai sekarang dan nilai pada masa akan datang. selanjutnya…

Cara Mudah Buat Blog WordPress

Bagaimana cara untuk kita buat blog wordpress sendiri ? Susah ke ? Inilah contoh persoalan yang kerap bermain di fikiran usahawan atau blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. Mungkin teknik bina blog wordpress ini nampak susah pada awalnya. Tapi jika kita sudah tahu, buat blog wordpress (self-hosted) ini akan jadi mudah seperti mudahnya anda buat mee maggi goreng. Dalam masa 5 minit sahaja sudah siap dibina. Tak percaya ?

Saya sebenarnya telah hasilkan satu video tutorial untuk rakan-rakan yang mahu bina blog wordpress self-hosted. Tekniknya mudah, dan anda hanya perlu ambil masa 5 minit sahaja untuk bina blog wordpress anda sendiri. selanjutnya…

Mahasiswa Jana RM211,955 Dengan Video

GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.

Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan. selanjutnya…

Strategi 7: Trend Yang Sentiasa Berkembang

Kebanyakan perniagaan yang berada di pasaran hari ini akan datang dan pergi. Perniagaan ini mungkin merupakan perniagaan yang hangat pada tahun ini, kemudiannya kurang hangat pada tahun hadapan. Atau perniagaan tersebut perniagaan yang ada naik dan turunnya pada tahun tersebut. Ia mungkin satu perniagaan yang boleh menyara kehidupan anda, tetapi ia bukan model yang sesuai jika anda seorang yang ingin konsisten dalam model perniagaan terbabit.

Anda lihat sekarang, jika anda ingin mendapat keuntungan yang banyak – anda perlu melibatkan diri dalam trend yang semakin berkembang setiap hari. Produk anda perlulah menjadi produk yang menjadi sebahagian daripada trend yang meletup dan telahpun menghasilkan keuntungan kepada orang lain. Itulah ia model perniagaan yang perlu anda ceburi. selanjutnya…

Strategi 6: Cipta Pendapatan Berulang

money treeBagi mereka yang bekerja makan gaji, jumlah wang yang mereka perolehi adalah bersamaan dengan jumlah waktu mereka berkerja. Mereka bekerja selama satu jam, maka satu jam jugalah nilai upah atau gaji yang mereka terima.

Tetapi, orang-orang kaya di dunia ini berbeza. Jumlah wang yang mereka jana tidak mempunyai kaitan dengan waktu mereka bekerja. Masa tidak menjadi penentu mereka memperoleh kekayaan.

Dalam hal ini, saya bukan mempersoalkan orang yang makan gaji atau tidak, kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang makan gaji. Ia cuma sekadar satu perbandingan antara dua kategori ini. Satu perbezaan yang memang merupakan satu hakikat. selanjutnya…

Strategi 5: Permudahkan Cara Untuk Berjaya

Menjadi kaya tidak perlu disukarkan dengan langkah-langkah yang susah. Seorang usahawan yang telah berjaya pernah mengatakan bahawa “Jika anda tidak dapat mencoretkan pelan anda untuk menjadi kaya di atas sehelai sapu tangan, maka kebarangkalian rancangan anda untuk menjadi kaya itu tidak akan menjadi kenyataan”. Sememangnya dia betul!

Permudahkan perancangan anda. Idea yang besar dan kompleks hampir-hampir mustahil untuk dilaksanakan. Penyelesaiannya, pecahkan idea yang besar ini kepada idea-idea yang kecil, kemudian lakukan perancangan serta gerak kerja ke atas idea-idea yang paling kecil dan paling mudah. Inilah tip dalam melaksanakan sesebuah tugas yang sukar. selanjutnya…

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu