The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Cara Buat & Design Poster Dengan Photoshop

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sumer. Ini merupakan tutorial ke-2 bagi siri herophotoshop. Hari ni saya nak kongsikan dengan korang sume cara nak buat poster yang simple untuk pasarkan produk/servis yang korang offer. Mungkin ramai yang pelik n tertanya2 knapa saya tak tunjuk tutorial tentang pengenalan untuk setiap alatan(tools) dalam Photoshop ni.

Sebenarnya, berdasarkan pengalaman saya…cara tutorial begitu susah dan tidak praktikal kerana walaupun 1000 alatan(tools) yang korang tau dalam PS ni pon, belum tentu korang leh hasilkan grafik2 yang menarik. Kerana apa?? Kerana bila korang kenal satu2 tool tu pon korang still xtau bila nak guna n xtau macamana nak praktikkannya tanpa ada sample artwork yang perlu dibuat..percayalah.. OK..sebab tu lah untuk tutorial kali ini saya nak tunjuk bagaimana cara untuk wat poster yang paling senang selanjutnya…

Herophotoshop 01: Cara Buat Dokumen Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak korang dengar mengenai software Adobe Photoshop (ringkasnya disebut PS je)? Tahu tak apa gunanya..?? Software ni sebenarnya untuk mengubah suai gambar, mereka bentuk grafik dan macam-macam lagi yang boleh kita buat. Ramai yang merungut susah bila ditanya tentang software ni sebabnya tak tahu nak guna dan tak mahu belajar menggunakan software ni..dan yang paling utama sekali tak ada orang a.k.a cikgu yang sanggup mengajar bagaimana cara nak menggunakan PS ni.

Sebagai entri pertama kali ni saya nak tunjukkan korang cara menggunakan sofware ni step-by-step dan kalau boleh biarlah korang leh jadi lebih hebat dan mahir daripada saya suatu hari nanti. selanjutnya…

Strategi 4: Keuntungan Yang Banyak

tip menjana keuntungan yang banyakProduk atau servis yang anda berikan perlulah mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Keuntungan merupakan nadi kepada bisnes anda. Semua usahawan akan mengira keuntungan dan minta dijauhkan daripada kerugian.

Jadi, produk yang anda tawarkan perlulah mempunyai sistem yang mendatangkan margin keuntungan yang tinggi kepada anda. Dengan margin keuntungan yang tinggi ini, anda boleh membuat pusingan modal kepada perniagaan anda kelak.

Namun, jangan pula meletakkan harga yang tidak masuk akal. Yang pertama, tidak masuk akal dengan kualiti produk, dan yang kedua tidak masuk akal dengan kemampuan pembeli dalam pasaran berkenaan. selanjutnya…

Definisi Ringkas: Apa Itu Autoresponder ?

autoresponder5 tahun dahulu ketika saya mula-mula mendengar perkataan “autoresponder” ini, berkerut dahi saya ingin memahamkan apakah maksud “autoresponder” ini. Maklumlah, dibesarkan di kampung halaman yang tidak menggunakan bahasa bombastik english ini, “Autoresponder” merupakan satu istilah yang amat asing bagi saya. Adakah ia satu peralatan yang penting untuk blogger atau usahawan internet ? Adakah autoresponder ini seperti robot ? Adakah autoresponder ini sejenis software ?

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya waktu itu. Persoalan itu makin membingungkan apabila ramai usahawan internet yang lebih senior seperti saudara Zamri Nanyan, Mawardee serta SmartZul sibuk memperkatakan tentang autoresponder ini. Ah, apa dia makhluk asing bernama autoresponder ini ? selanjutnya…

Strategi 3: Keunikan Yang Tersendiri

keunikan tersendiriArtikel ini merupakan artikel ke-3 dalam siri “7 Strategi Perniagaan Digital” yang telah ditulis oleh saya sebelum ini. Kesemua artikel ini memaparkan secara ringkas bagaimana produk yang anda jual di internet mampu untuk menjadi laris dan berupaya mendatangkan keuntungan yang besar kepada anda.

Produk yang anda jual itu perlulah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan keunikan ini, ia mampu untuk berdiri lebih tinggi daripada produk yang dijual oleh orang lain dan lebih berdaya saing. Jadi, hasilkan produk yang unik. Jika anda ketandusan sumber, saya telahpun memberikan satu laman web yang boleh anda rujuk selanjutnya…

Dari Getresponse Kepada …

Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk saya menulis lagi. Kali ni saya tulis entri ni hanya untuk berkongsi tentang autoresponder, spesifiknya kepada autoresponder Getresponse.

Sebelum ini saya gunakan cik Getresponse. Seingat saya sejak 2008 lagi. Dan kali terakhir saya jenguk ke list subscriber, subscriber saya telah jejak ke angka 10,400++. Bukan bilangannya yang jadi kerisauan saya kini. Kerisauan saya adalah pada charge yang dikenakan oleh Getresponse kini.

Satu ketika dahulu, Getresponse hanya charge USD $17.95 untuk akaun permulaan(Bronze) sehingga akaun pelanggan mencapai 10,000 subscribers. Pada ketika itu juga, amaun yang dikenakan untuk menaik taraf akaun getresponse ke pakej silver dan gold juga tidak banyak bezanya. selanjutnya…

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu