Strategi 2: Nilai Produk Yang Tinggi
Saya akan mulakan langkah kedua ini dengan sedikit analogi. Jika anda diberikan sebuah kereta sebagai pillihan percuma, yang mana satu akan anda pilih ? Adakah anda memilih sebuah kereta sport keluaran Itali yang berkilau-kilau, atau sebuah kereta sedan yang telah berusia 25 tahun ?
Saya pasti anda akan memilih kereta yang mempunyai nilai yang tinggi dan sudah tentu pilihan anda merupakan kereta sport yang canggih dan bukannya kereta lama.
Apa yang anda cipta, beri atau jual kepada pelanggan anda perlu mempunyai nilai yang tinggi. Pelanggan anda juga adalah manusia. Mereka mahukan nilai yang tinggi daripada produk anda. Lebih tinggi nilai yang produk anda berikan kepada mereka, lebih ramai orang yang mahu mendapatkannya. selanjutnya…
Pemilihan Kursus dan Kerjaya Lepasan SPM
Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya. Kini, sudah semestinya ramai di kalangan lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?
Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan, mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.
Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi. Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar selanjutnya…
IK: Cara Jadi Jutawan Internet Dalam 5 Tahun
Salah satu perkara yang buat saya kagum dengan jutawan internet tanah air terkenal ini adalah kerana idea beliau. Saya juga merupakan salah seorang daripada subscriber beliau dan apa yang saya perolehi menerusi email-email beliau merupakan satu ilmu yang sangat berguna.
Pada saya, idea dan kaedah menyelesaikan masalah yang beliau utarakan kadangkala buat saya terdiam sebentar dan akhirnya mengakui akan kebenarannya.
Dalam banyak-banyak artikel/email yang pernah beliau hantar kepada saya, ada satu email yang saya simpan hingga ke hari ni sebagai aset dalam memotivasikan diri saya agar sentiasa konsisten dalam dunia perniagaan internet. Saya akan kongsikan kandungan e-mail tersebut dengan anda selanjutnya…
Strategi 1: Permintaan Yang Tinggi
Langkah nombor satu ini amat penting kerana ia akan menentukan sejauh mana perniagaan online anda boleh pergi jauh. Produk atau servis yang anda jual perlulah mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran yang ingin anda tawan.
Anda perlu selidiki apakah produk atau barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi, kemudian cari jalan untuk pasarkan produk anda kepada mereka.
Semakin banyak permintaan yang ada di pasaran serta semakin mudah cara penyampaian anda kepada bakal pelanggan, semakin banyak pendapatan yang boleh anda perolehi. Jadi anda perlu mengetahui apa yang jutaan manusia inginkan pada waktu ini. selanjutnya…
7 Strategi Perniagaan Digital
Bermula daripada minggu ini sehingga 7 minggu yang akan datang, Gaji Sendiri akan menampilkan 7 Artikel mengenai Strategi Perniagaan Digital. Strategi ini merupakan strategi yang terhasil daripada pemerhatian dan pengamatan saya selama 5 tahun menceburi bidang keusahawanan internet di Malaysia.
7 strategi ini pada asalnya merupakan report percuma yang saya sertakan untuk subscribers saya. Namun saya kira, wajar juga informasi ini didedahkan agar lebih ramai boleh mendapat manfaat daripadanya. selanjutnya…
Steve Jobs Menghidap Kanser Pankreas ?
SAN FRANCISCO – Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.
Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi. selanjutnya…





