Salam Aidiladha Kepada Pembaca GSC
Assalamualaikmum WBT dan salam aidiladha kepada semua rakan-rakan pembaca serta pelanggan weblog usahawan dan perniagaan GajiSendiri.Com. Diharapkan dengan kedatangan Hari Raya Qurban ini, kita dapat sama-sama menikmatinya dan mengambil hikmah daripada peristiwa yang berlaku bersempena dengan sambutan perayaan untuk umat Islam ini.
Rakan-rakan saya yang berasal daripada Kelantan dan Terengganu mengatakan bahawa sambutan Hari Raya Qurban di sana lebih meriah berbanding Hari Raya Aidiladha. Jadi, harapan saya agar sambutan ini lebih disuburkan kerana Rasulullah sememangnya menjadikan dua hari ini, Aidilfitri dan Aidiladha sebagai hari perayaan dalam Islam.
Semoga Hari Raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas rezeki yang dilimpahkanNya kepada kita. Maka dengan rezeki yang melimpah ruah ini, maka ‘sembelih’lah kecintaan kita pada dunia dan seisinya. selanjutnya…
MyCoID Permudah Urusan Usahawan
Ketika saya menulis entri kali ini, saya baru sahaja pulang daripada membeli juadah makan malam. Ketika saya sedang menanti tempahan siap, saya terlihat satu tajuk di sebuah stesen TV swasta negara. Selalunya saya tidak layan sangat stesen TV ini, namun kali ini perhatian saya tertumpu pada agenda yang diperkatakan. Ianya mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu yang tidak minat bisnes. Namun bagi usahawan-usahawan atau mereka yang ingin menjadi usahawan selepas ini, MyCoID merupakan satu kemudahan baru yang bakal dirasai oleh usahawan-usahawan tempatan.
Secara ringkasnya, Nombor Identiti Korporat Malaysia atau MyCoID merujuk kepada nombor selanjutnya…
3000 Sumber Produk MRR & PLR
Jika anda sering tertanya-tanya, “di mana aku boleh dapatkan produk digital dengan lesen MRR dan PLR di Malaysia ini ? Tak pernah jumpa pun…”, saya kira entri kali ini mungkin boleh jawab persoalan yang sedang anda ajukan sekarang.
Jika anda mahukan produk yang mempunyai lesen jual semula seperti Master Resale Right(MRR) atau Private Label Right(PLR), saya akan dedahkan satu sumber yang belum pernah wujud sebelum ini. Mungkin juga ketika anda baca entri ini, anda tak tahu pun kewujudan sumber ini.
Produk MRR dan PLR sememangnya disukai ramai orang. Kenapa ? Sebab mereka boleh lakukan macam-macam perkara dengan dua jenis produk ini. Antaranya, sebagai bahan rujukan menghasilkan produk baru, atau sebagai bonus tambahan yang boleh diberikan secara percuma ketika mereka menjual produk sendiri. Ada juga yang menjadikan produk MRR dan PLR sebagai koleksi sahaja buat memenuhkan hard disk mereka.
selanjutnya…
8 Cara Buat Duit Dengan Twitter
Assalamualaikum WBT.
Apa khabar semua ? Saya harap anda dalam keadaan sihat wal afiat. Kampung halaman saya di Muar ketika entri ini ditulis jerebu teruk katanya. Saya harap mereka di sana tidak apa-apa. Kalau masa jerebu ni, jangan keluar rumah selalu, kerana ia tak berapa sesuai untuk sistem pernafasan kita. Banyak bahan-bahan kimia yang kita tak perasan berada di udara dan situasi agak berbahaya, terutamanya anak kecil.
Baiklah, Kita akan terus straight to the point. Seperti yang anda lihat pada tajuk entri ini, terdapat 8 cara untuk kita buat duit dengan twitter. Cara-cara ini adalah seperti berikut: selanjutnya…
Teknik Video Affiliate Dibongkarkan
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita semua telah menyambut Aidilfitri 12 hari yang lalu. Jadi saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan batin kepada semua rakan-rakan serta pengunjung weblog GS ini.
Berbalik kepada tajuk entri ini, pada asalnya saya ingin membuat entri ini sebelum raya. Sebagai ‘angpau’ untuk sahabat-sahabat semua, tetapi sebelum raya saya agak sibuk sedikit dengan peperiksaan dan persiapan di rumah. Jadi tak menang tangan untuk menulis di blog ini. Alhamdulillah, jualan Kit Biasiswa juga berlaku ketika musim raya.
selanjutnya…
Awas! Anda Mungkin Telah Diperdaya Mereka
Penipuan boleh berlaku di mana-mana. Kalau orang kata bisnes internet ini merupakan satu penipuan, adakah bermakna perniagaan di alam realiti bebas daripada sebarang bentuk penipuan ? Awas, anda mungkin telah berkali-kali termakan perangkap harga yang telah dipasang oleh mereka.
Jualan murah, harga runtuh atau tawaran potongan harga 50% hingga 80% di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi ? selanjutnya…





