Home » Perniagaan internet » 3 Konsep Asas Setiap Perniagaan
3 Konsep Asas Setiap Perniagaan
Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan dan pelawat blog gajisendiri.com. Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri anda ? Saya harap lebaran kali ini disambut dengan perasaan girang dan penuh dengan kesyukuran.
Baiklah, dalam post kali ni saya ingin berkongsi 3 konsep asas dalam setiap perniagaan dengan anda. Konsep-konsep ini adalah perkara yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Apatah lagi jika perniagaan tersebut merupakan perniagaan yang berjaya, anda akan dapati yang 3 konsep ini pasti diamalkan dalam perniagaan tersebut.
Konsep ini juga boleh diaplikasikan dalam setiap perniagaan, lebih-lebih lagi dalam bisnes internet yang anda jalankan. Konsep ini juga dikenali sebagai konsep 3P dalam perniagaan, dan perkara ini akan diterangkan dibawah.
#1: Masalah (Problems)
Hampir setiap perniagaan adalah berdasarkan kepada masalah. Masalah di sini bukanlah bererti masalah yang besar ataupun masalah yang tidak boleh diselesaikan. Masalah yang dimaksudkan adalah masalah seharian yang boleh diselesaikan dengan cara menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Sebagai contoh, wabak H1N1 merupakan satu masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Jadi, segelintir pihak melihat keadaan ini sebagai satu peluang perniagaan yang tidak boleh dilepaskan. Jadi, mereka menyediakan topeng muka sebagai jalan penyelesaian kepada wabak influenza H1N1 ini.
#2: Manusia (People)
Manusia juga merupakan satu komponen kepada perniagaan dan ianya merupakan antara teras yang penting dalam menjadikan perniagaan anda, satu bisnes yang berjaya.
Walaupun anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan haiwan peliharaan, anda tetap berurusan dengan tuan punya haiwan peliharaan tersebut dan contoh ini jelas menunjukkan bahawa manusia(People) ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap perniagaan.
#3: Produk (Product)
Produk atau output yang anda niagakan merupakan komponen ketiga yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Produk boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut perniagaan yang dijalankan seperti produk fizikal, digital, perkhidmatan dan lain-lain.
Sebagai contoh, kitblogger ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan mereka yang berminat untuk membina dan mempunyai blog dot com sendiri. kitblogger ini merupakan produk yang bermutu tinggi dan tetap menjadi produk yang mendapat permintaan yang tinggi.
Produk(product) merupakan jalan penyelesaian kepada masalah(problem) yang dihadapi oleh manusia(people). Jika ada produk yang dihasilkan untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia, bermakna ketiga-tiga konsep asas perniagaan ini telahpun diwujudkan di dalam perniagaan tersebut.
4 Responses to “3 Konsep Asas Setiap Perniagaan”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Kalau forex macamana….bleh tolong http://forexvipersystem.blogspot.com
Kalau forex, ia lebih bersifat pelaburan.
boleh bg tips pengurusan wang modal & keuntungan dlm perniagaan ini. bgmn nk pusing modal & nk guna utk tambah produk2 yg lain. Tq.
Ok, nanti saya cuba berikan tips tersebut.