The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Perkara Asas Dalam Perniagaan Internet

Bisnes Internet bukanlah perkara yang boleh dilihat hasilnya dalam satu malam sahaja. Jika anda ingin menjana pendapatan di internet, anda perlukan usaha, teknik, dan keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, saya rasa ianya adalah tanggungjawab saya untuk berkongsi sedikit tips dan informasi terbaru kepada anda berkenaan dengan bidang keusahawanan internet ini.

Ramai di antara mereka yang ingin menjana pendapatan di internet berkata mereka sudah diberitahu tentang berbagai petua dan tips untuk bermula, tapi sehingga sekarang mereka masih tidak mengetahui PERKARA ASAS yang amat diperlukan untuk bergelar usahawan internet.

Berikut adalah beberapa pendapat saya tentang PERKARA ASAS ini, dan saya harapkan ianya dapat membantu anda. Ini merupakan pendapat saya sebagai seorang yang sudah bergelar usahawan internet. Jika anda rasa pendapat saya ini tidak sesuai dengan anda, mungkin anda boleh mencuba teknik lain yang lebih sesuai. :-)

Perkara asas yang pertama adalah, anda perlukan PASARAN anda yang tersendiri untuk memulakan perniagaan. Jika anda tidak mempunyai satu pasaran yang tetap, ianya diibaratkan anda membuka perniagaan di bandar yang kosong. Mungkin ada sedikit pelanggan, tapi ianya tidak berbaloi untuk anda dan perniagaan anda.

Kedua, anda perlukan PRODUK untuk dijual. Sama ada anda mencipta produk sendiri(fizikal atau digital) atau anda menjual produk orang lain(affiliate program), ianya terpulang kepada diri anda. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Ketiga, anda perlukan DOMAIN NAME anda sendiri. Seboleh-bolehnya, saya sarankan anda gunakan domain name “.com” sebagai domain anda. Ini bagi memperlihatkan betapa anda merupakan seorang yang profesional dalam menjalankan perniagaan anda sendiri. Anda boleh sahaja guna nama anda sebagai domain name, atau jika anda punyai kreativiti yang tinggi berkenaan dengan perniagaan anda, gunakan nama yang anda rasa ada potensi untuk dikomersialkan.

Keempat, anda perlukan WEBSITE. Boleh dikatakan, apa-apa juga bisnes hari ini ada websitenya. Tidak terkecuali diri anda yang ingin memulakan bisnes internet. Lebih-lebih
lagi jika anda sememangnya usahawan internet, sewajarnya anda mempunyai website sendiri.

Kelima, anda perlukan AUTORESPONDER. Ini bagi membolehkan anda menyimpan senarai email pelanggan anda. Anda boleh menjalankan fungsi follow-up dengan mempunyai autoresponder dan percayalah, autoresponder adalah sumber kewangan anda untuk suatu jangka waktu yang panjang. Saya sarankan anda menggunakan khidmat GetResponse kerana ianya murah, boleh dipercayai dan mempunyai komponen-komponen yang sofistikated.

Keenam, anda mungkin perlukan BLOG berbeza untuk khidmat yang berbeza. Jika anda melancarkan produk baru, anda perlukan blog baru agar setiap informasi berkenaan dengan produk itu sama ada pembayaran affiliate, bantuan, nasihat serta diskusi dapat dilaksanakan dengan teratur. PAnduan yang saya gunakan untuk membina blog saya sendiri adalah kit blogger daripada saudara Zulfadli.

Ketujuh, anda memerlukan SISTEM PENGURUSAN PEMBAYARAN. Seboleh-bolehnya autopilot, ini bagi memudahkan urusan jual beli dilakukan tanpa sebarang implikasi negatif. Jika anda menjual produk dalam bahasa inggeris, saya sarankan Clickbank sebagai hub jualan anda. Clickbank juga akan mengurus pembayaran affiliate bagi pihak anda. Cumanya untuk pasaran Malaysia, sistem seperti ini masih belum popular.

Saya harap tips-tips ini dapat membantu anda serba sedikit. Dan anda perlu ingat bahawa “usaha itu tangga
kejayaan”. Mungkin kita sudah lali dengar pepatah ini. Akan tetapi adakah kita benar-benar telah mempraktikkannya, atau kita hanya berharap pada kejayaan tanpa usaha ? Mari kita renung persoalan ini bersama-sama. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
3 Konsep Asas Setiap Perniagaan
Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan dan pelawat blog gajisendiri.com. Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri anda ? Saya harap lebaran kali ini disambut dengan perasaan girang dan penuh dengan kesyukuran. Baiklah, dalam post kali ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
IK: Cara Jadi Jutawan Internet Dalam 5 Tahun
Salah satu perkara yang buat saya kagum dengan jutawan internet tanah air terkenal ini adalah kerana idea beliau. Saya juga merupakan salah seorang daripada subscriber beliau dan apa yang saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Mengenali Risiko Dalam Perniagaan
Usahawan yang berpandangan jauh akan mengambil risiko berkira. Usahawan sewajarnya mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal dimajukan. Apakah itu risiko dalam perniagaan? Risiko merupakan kemungkinan untuk mengalami kerugian disebabkan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Sejak akhir-akhir ini, ramai rakyat Malaysia telah mula menyedari potensi perniagaan internet terutamanya sejak dunia menghadapi krisis kegawatan ekonomi. Kesannya semakin ramai yang mula menjual di internet setiap hari. Akan tetapi ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Soal Jawab Perniagaan Internet
Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Konsep Asas Setiap Perniagaan
IK: Cara Jadi Jutawan Internet Dalam 5 Tahun
Mengenali Risiko Dalam Perniagaan
3 Syarat Wajib Perniagaan Internet
Soal Jawab Perniagaan Internet

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu