Home » Affiliate » Soal Jawab Perniagaan Internet
Soal Jawab Perniagaan Internet
Minggu lepas saya ditanya beberapa soalan mengenai perniagaan internet khususnya program affiliate. InsyaALLAH dalam artikel kali ini, saya akan menjawab serba sedikit soalan yang ditanya dengan harapan perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda dan saya.
Soalan-soalan ini akan saya bahagikan dalam bentuk Q (soalan) serta A (jawapan) bagi membolehkan pemecahan soalan ini dilakukan, seterusnya menjadikan soalan ini lebih senang untuk dihadam.
Berikut merupakan soalan serta jawapan daripada saya ;
Q: Boleh tak jelaskan serba sedikit tentang perniagaan online ?
A: Perniagaan online atau nama lainnya perniagaan internet adalah perniagaan biasa (baca: bukan luar biasa) yang dijalankan dengan menggunakan medium internet. Sebagai contoh, anda mempunyai perniagaan menjual kerepek pedas, jika anda menggunakan internet sebagai medium pemasaran, penerimaan tempahan serta pemprosesan pembayaran, anda dikira sudahpun menjalankan perniagaan internet.
Kita lihat di sini, menjual kerepek adalah perniagaan biasa, bukan abnormal ataupun luar biasa, tetapi bila ia digabungkan dengan internet sebagai medium pemasaran, tempahan serta transaksi, maka ia sudah menjadi perniagaan internet.
Q: Boleh ke perniagaan melalui pelan affiliate ni ?
A: Yes, memang boleh. Affiliate adalah terma yang selalu digunakan sekiranya perniagaan itu mempunyai rakan niaga di internet. Jika anda kurang faham, istilah affiliate ini boleh digambarkan sebagai seorang jurujual bagi sesebuah perniagaan, namun untuk perniagaan online. Jika perniagaan tersebut di alam nyata, kita panggil jurujual(salesman), tapi jika jurujual itu di alam maya, mereka akan digelar sebagai affiliater.
Konsep program affiliate ini adalah mudah. Anda daftar untuk jadi affiliate bagi sesebuah perniagaan, dapatkan id, kemudian pasarkan link yang mempunyai id anda. Anda boleh lihat contoh pendaftaran program affiliate di sini. Saya juga telah mendirikan program affiliate untuk produk masterpiece saya iaitu KitBiasiswa. Anda juga boleh menyertai program affiliate Kit Biasiswa ini. Skroll mouse anda ke bahagian bawah sekali website Kit Biasiswa dan klik pada link affiliate yang diberi.
Q: Apakah fungsi ID (identification) dalam sesebuah perniagaan yang menjalankan affiliate ?
A: Bagi sesebuah perniagaan yang menjalankan program affiliate, ID merupakan satu perkara penting yang tidak boleh dilupakan sama sekali. Setiap affiliater yang mempromosi produk affiliate di internet akan memperoleh satu identiti khas khusus untuk dirinya. Identiti ini selalunya terletak di akhir setiap link yang dipromosikan. ID ini jugalah yang memberikan maklumat kepada pemilik perniagaan mengenai jualan yang telah dilakukan oleh affiliater program beliau.
Bentuk id untuk affiliater yang mempromosikan produk berbeza antara satu sama lain dan ia adalah unik untuk seorang individu sahaja. ID affiliate juga berbeza bentuknya sekiranya kita menggunakan software yang berbeza. Ada id yang berbentuk nombor, dan ada juga id yang menggunakan perkataan atau nama affiliater tersebut.
Q: Bagaimana cara yang berkesan untuk memasarkan produk ?
A: Emmm. Soalan ini merupakan soalan yang luas konteksnya. Secara amnya, terdapat banyak cara yang berkesan untuk memasarkan produk. Produk-produk ini boleh dipasarkan di televisyen, radio, internet, surat khabar dan sebagainya. Selain itu, facebook dan twitter juga sudah menjadi medium pemasaran produk yang efektif mutakhir ini. Semua medium ini berkesan sekiranya teknik pemasaran yang dilakukan kena pada caranya.
Jadi, apakah cara yang berkesan untuk memasarkan produk ye ? Begini, cara yang berkesan untuk memasarkan produk adalah dengan menjalankan pemasaran berdasarkan target-target tertentu. Sebagai contoh, jika anda menjual tudung di internet, target anda adalah wanita muda ataupun pertengahan. Lelaki mungkin boleh membeli tudung tetapi jumlahnya adalah sangat sedikit. Jadi target terbesar penjual tudung di internet adalah wanita.
Q: Bagaimana transaksi pembayaran secara online berlaku ?
A: Transaksi pembayaran secara online berlaku seperti berikut. Pertama, jika anda melayari sesebuah laman web dan berkenan benor dengan produk yang dijual oleh si penjual, maka selalunya di Malaysia ini, penjual menyediakan borang lengkap mengenai tempahan yang ingin anda buat. Dalam borang tempahan tersebut mengandungi ruang untuk anda tulis nama, alamat rumah, nombor telefon, kod produk yang ingin ditempah serta ruang untuk bukti transaksi yang telah dilakukan.
Langkah kedua ialah melakukan pembayaran berdasarkan harga produk. Jika kos penghantaran dikenakan, anda mungkin perlu membayar lebih sedikit berbanding harga asal. Tapi tak semua peniaga online akan kenakan kos penghantaran kepada pembeli. Jika ada yang kenakan kos penghantaran, mungkin produk tersebut bersaiz besar atau si penjual ini tidak tahu ilmu psikologi pelanggan.
Sebelum membayar, pastikan anda mengenalpasti nombor akaun yang diberikan oleh peniaga kepada anda. Nombor akaun ini selalunya terdapat di borang tempahan.
Baik, selepas anda melakukan pembayaran ke dalam akaun mereka. Jangan dibuang resit yang anda perolehi. Inilah yang akan anda gunakan nanti sebagai bukti pemindahan wang. Simpan dan jangan sesekali buang resit bank anda. Ingat pesanan penting ni.
Selepas itu, isi borang yang disediakan dengan lengkap. Pastikan anda memasukkan nombor rujukan, tarikh dan masa yang terdapat dalam resit anda ke dalam bukti pembelian. Jangan tersilap isi ya. Susah pula penjual nak jejaki pembayaran anda. Perkara ini dah terjadi kepada diri saya sebagai penjual, jadi perkara yang mudah akan bertukar menjadi sukar.
Diharapkan soalan beserta jawapan ini dapat membantu sahabat-sahabat pembaca sekalian. Mudah-mudahan ilmu kita bertambah dengan perbincangan seterusnya. Jangan lupa untuk berikan komen dan jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda ye.
Semoga berjumpa lagi. Wassalam.
3 Responses to “Soal Jawab Perniagaan Internet”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′







bg sesiapa yg ingin melabur di unit amanah sila hubungi saya.
m….saya sangat bersetuju dan berpuas hati dengan jawapan yang di berikan…kat sini adie ada pertanyaan sikit…m…bagaimana pula dengan produk yang tak tahan lama?bolehkah ianya melalui laman maya ne untuk menjalankan bisness? dan jika boleh…mohon penjelasan bagaimana caranya? kerjasama adalah amat di harapkan…
Skop berkenaan perniagaan internet sememangnya luas, potensi marketnya juga luas.