The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Tips Buat Pengusaha Makanan…Baca Ini

teknik ampuh seorang usahawan“Nuar, jom ke warung Makcik Timah (bukan nama sebenar)” ajak seorang rakan yang tak mahu makan tengahari seorang diri. Tengahari tu agak panas dan siapa yang agak waras takkan mahu berjemur lama.

“Jauh la, makan kat dalam kampus ok dah kot…” keluh saya. Namun disebabkan kerana kawan yang sorang ni tak berenti mengajak dan tempat yang di tuju tu special sikit. Saya pun tak sampai hati nak tolak pelawaannya( tapi sebenarnya tak nak miss ke warung Makcik Timah).

Warung Makcik Timah merupakan tempat yang popular di kalangan student tempat saya. Balik dari kuliah, warung inilah tempat kami makan tengahari. Bukan tak jauh, agak jauh juga dari kampus. Tapi semata-mata nak makan, pejam sebelah mata sahaja. :)

“Nuar, kau rasa kenapa warung Makcik Timah ni maju macam ni ? Orang ramai je datang”, tanya kawan saya.

“Kejap, aku fikir” saya reply kepada beliau kembali. Perlahan-lahan, saya tengok keadaan persekitaran.

“Aku rasa aku tahu sebabnya…” saya beritahu kawan saya kembali.

Saya dapat mengenal pasti teknik ampuh yang makcik Timah gunakan ni, bukan kerana saya berbincang dengan beliau atau menemu ramah beliau, tapi kerana saya meneliti dari sudut pandangan seorang pelanggan.

Di bawah merupakan 4 teknik yang beliau gunakan, dan saya harap sedikit pendedahan ini boleh digunakan oleh anda bagi memajukan bisnes anda. Ini merupakan pandangan seorang customer. Customer is always right! :)

1.‘Becok’ Melayan Pelanggan

Berbanding gerai makanan yang satu lagi, Makcik Timah and the geng agak ramah dalam melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai beliau. Kalau ada ibu yang membawa anak kecil, akan disapanya anak kecil tu sekali. Kalau ada student ‘terpilih’ yang datang, akan disebut namanya. Ini merupakan faktor yang memungkinkan ramai pelanggan hadir ke gerai beliau.

2. Produk Killer Yang Mantap

Produk killer gerai Makcik Timah adalah daya tarikan yang agak eksotik. Produk killer beliau adalah ayam goreng yang besar dan sedap. Juga ikan patin masak tempoyak yang mengiurkan.hehe. Dua juadah ni memang wajib ada setiap hari dan dengan produk killer ni, bisnes Makcik Timah meletup-letup di kalangan student dan tak terkecuali, orang awam di tempat beliau.

3. Harga Yang Berpatutan

“Ok, makcik bagi RM 3.50 je lah…” kata Makcik Timah. Untuk selunggun nasi, sayur dan ayam goreng + produk percuma beliau, harga yang ditawarkan agak ‘tak patut’. Ye lah, tak patut sebab sangat murah. Sebab tu kami tak ralat sangat kalau terpaksa keluar dari kampus untuk ke gerai Makcik Timah. Apa produk percuma beliau ? Produk percuma tu akan saya terangkan dalam point di bawah.
makcik bagi

4. Produk Percuma Yang Tak Pernah Miss

Produk percuma ini juga antara faktor penyumbang kepada kepopularitian bisnes Makcik Timah. Beliau akan tegar memberi air minuman percuma kepada semua pelanggan. Ya, free sahaja dan setiap hari, jenis air akan bertukar. Kalau hari ini air tembikai, esok pula air oren. Lepas air oren, air soya pula. Anda berani aplikasikan konsep ini dalam bisnes anda ? Kalau nak maju, saya sarankan anda aplikasikan teknik ini. :)

5. Jemputlah datang kenduri

Kalau Makcik Timah buat kenduri, memang beliau akan jemput semua orang. Tak kira student atau jiran tetangga. Pada saya, bila sudah dijemput untuk kenduri, pelanggan akan rasa terikat dengan Makcik Timah. Bukan terikat secara fizikal ya, tetapi secara psikologi. Kalau terikat secara fizikal sahaja, Once terurai ikatan tersebut, maka bebaslah pelanggan. Tapi bila dah terikat secara psikologi, teknik apa lagi yang boleh digunakan untuk menguraikannya ?

p/s: Saya cadang nak ke gerai Makcik Timah lagi… Nak ikut tak ? (^_^) 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Tips Paypal – Duit Masuk Ketika Tidur
Salam sejahtera, apa yang ingin saya sampaikan pada anda hari ini adalah berkaitan dengan satu fungsi hebat di Paypal. Anda mungkin pernah dengar orang berkata bahawa mereka menjana duit ketika tidur ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Video Tips Pemasaran Dari Eben Pagan
Terdahulu, saya ada menjanjikan sekuel kepada video pertama yang saya tunjukkan di weblog Gaji Sendiri. Video tips pemasaran dari Eben Pagan ini saya kira mempunyai makna dan pengajaran yang boleh ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Panduan Buat Ebook Serta PPL Lumayan
Saya baru saja membaca sebuah ebook yang bernilai amat tinggi yang bertajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara Jamal. Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Google News SEO Tips – Ranking in News Search
I thought that one of the more interesting topics addressed at Search Engine Strategies San Jose a while back was that of SEO and the publishing industry. This is an ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Facebook Mania: Buat RM10K di Facebook
Rakan saya, Ammar Zahar baru sahaja mendedahkan rahsia bagaimana beliau buat RM10,000 di facebook baru-baru ini. Apa yang pasti, beliau bukanlah menggunakan teknik scam seperti teknik login facebook dapat RM100 ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Tips Paypal – Duit Masuk Ketika Tidur
Video Tips Pemasaran Dari Eben Pagan
Panduan Buat Ebook Serta PPL Lumayan
Google News SEO Tips – Ranking in News
Facebook Mania: Buat RM10K di Facebook

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

2 Responses to “Tips Buat Pengusaha Makanan…Baca Ini”

  • qudwahhumaira:

    menarik sungguh kisah Makcik Timah..

    selepas membaca entri di atas, yang membaca akan mula nak kenal siapakah gerangan makcik Timah ni..

    tips ana nak tambah boleh?(^_^)
    1.berniaga niat ikhlas kerana ALLAH bukan sebab nak untung semata-mata..sebab tu makcik timah nya makanan laris..

    • Anwar Yassin:

      Makcik timah (bukan nama sebenar) tu adalah peniaga makanan berjaya. :) Tip tu sepatutnya diletakkan di bahagian tip pertama. Terima kasih ya. :)

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu