The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1

teknik-seo-untuk-blog-wordpressDalam artikel kali ini, saya terpanggil untuk menulis berkenaan keyword(kata kunci). Mungkin ada di kalangan kita yang sudah mengetahui kepentingan keyword. Namun, ada sesetengah blogger yang masih lagi belum mengetahui kepentingan keyword terhadap blog yang mereka miliki.

Justeru, harapan saya ketika artikel ini ditulis dan dipaparkan di blog GSC adalah, sahabat serta pelawat dapat mengetahui serta mengaplikasikan penggunaan keyword yang betul di laman web masing-masing.

Mengapa kita perlukan keyword ?

Dalam erti kata mudah, setiap blog atau laman web memerlukan pengunjung. Pengunjung blog adalah trafik, dan trafik menyumbang kepada pendapatan blogger tersebut. Jadi, pengunjung merupakan antara aset terpenting bagi sesebuah blog. Tanpa pengunjung, blog boleh mati.

Saya ingin bertanya kembali, sekiranya anda mempunyai peluang untuk membawa pengunjung ke blog anda ? Cara manakah yang anda suka ? Adakah anda mahukan pengunjung yang datang dari blog lain ? Dari forum ? Dari facebook ? Atau pengunjung yang datang dari enjin carian seperti Google dan Yahoo ?

Jika anda mahukan pengunjung yang kebanyakannya datang daripada enjin carian maka penggunaan keyword yang sesuai amat penting. Ini kerana pengunjung yang mencari sesuatu di internet akan menaip soalan atau frasa yang mempunyai kata kunci di dalamnya.

Jika anda bijak menggunakan keyword@kata kunci di dalam artikel anda, maka blog anda berkemungkinan besar akan tersenarai di muka utama keputusan enjin carian!

Perlukah Jampi Dalam Menghasilkan Keyword Yang Mantap ?

Oh, tiada jampi atau serapah serta kepeercayaan karut lain yang digunakan. Yang penting anda memerlukan teknik yang betul dalam menghasilkan keyword yang sesuai dengan blog anda. Cuba fikirkan semula tema blog anda ? Kuih ? Kek ? Golf ? Motosikal ? Apa pun tajuk dan tema blog anda, anda perlu menyelaraskan apa yang anda hasilkan di blog dengan selera bakal pengunjung blog anda.

Saya tidak pasti apa yang dilakukan oleh otai-otai internet lain untuk mendapatkan keyword yang bagus bagi blog mereka, akan tetapi saya mempunyai rahsia tersendiri, dan rahsia ini akan saya bocorkan dalam artikel ini secara PERCUMA. Ya, percuma sahaja.

Pertama, saya akan membayangkan apa yang selalu ditaip oleh penguna internet apabila mereka menaip sesuatu di enjin carian. Sebagai contoh, sebelum saya menulis artikel 4 Cara Buat Duit Dengan Facebook, saya memikirkan, adakah penguna interent benar-benar boleh buat duit dengan facebook ?

Jadi, keyword yang muncul di fikiran saya ketika itu adalah pengguna internet akan menaip di Google atau Yahoo frasa “cara buat duit dengan facebook”. Setelah membuat sedikit analisis, saya memperoleh kepastian bahawa keyword “cara buat duit dengan facebook” itu tadi memang dicari oleh pengguna internet.

Kedua, apabila saya yakin keyword ini akan ditaip di Google atau di enjin carian lain, saya mula menggunakan keyword “cara buat duit dengan facebook” ini di dalam artikel saya. Bukan hanya satu atau dua kali kata kunci ini saya gunakan, tetapi saya gunakan kata kunci ini berkali-kali.

Berkenaan jumlah kata kunci yang sesuai digunakan di dalam sesebuah artikel, saya akan nyatakan dalam siri yang akan datang. Saya sarankan agar anda subscribe blog GSC ini agar setiap artikel yang dihasilkan akan terus dihantar ke email anda(tanpa pencabulan hak asasi email anda). 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 2
Dalam siri pertama artikel ini, saya telah mendedahkan beberapa tip permulaan bagaimana menghasilkan keyword yang mampu meletakkan blog anda di laman utama enjin carian. Jadi, dalam siri ke-2 ini, saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sebelum ni, saya pelik mengapa ramai orang yang dah berkerja suruh saya sambung belajar selagi mampu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tak bestkah alam kerja ni? Mengapa mereka nasihatkan macam ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?
Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit teknik bersama-sama dengan pengunjung Gaji Sendiri tentang bagaimana blog anda boleh diindeks oleh Bing dan apakah perkara-perkara yang ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Review Rahsia Clickbank
Pada tahun 2009 ini, Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk "Rahsia ClickBank" yang menggegarkan dunia IM tanah air, dan anda boleh melihatnya di sini. Saya menulis ulasan ini untuk ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 2
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Review Rahsia Clickbank

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

23 Responses to “Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu