The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?

Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit teknik bersama-sama dengan pengunjung Gaji Sendiri tentang bagaimana blog anda boleh diindeks oleh Bing dan apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina link yang berkualiti dan disukai oleh Bing.

Walaupun tidak tersenarai di muka depan Bing, apa yang penting adalah, blog anda telah diindeks… Bak kata orang-orang tua “Kayuh tu perlahan-lahan tidak mengapa, lambat laun kita akan sampai juga”. Sebelum itu, kita perlu kenal dulu apa itu bing.

Apa itu Bing?

Bing(Kumo) merupakan enjin carian yang dimiliki oleh Microsoft dan merupakan satu penjenamaan semula enjin carian Microsoft, Live Search. Antara perubahan paling dramatik yang dilihat pada Bing adalah nama yang ditukar dari Live Search, latarbelakang yang boleh bertukar, dan kemampuan untuk menjadi enjin carian yang bersifat “decision maker”. Ini merupakan antara kelebihan-kelebihan Bing yang diwar-warkan oleh Microsoft.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dengan melabur 80 juta Dollar Amerika bagi memasarkan Bing, Microsoft seolah-olah ingin mengalahkan Google. Perkara ini tidak benar kerana logiknya, Bing bukanlah satu nama yang dilihat mampu untuk menggugat kredibiliti Google. Akan tetapi, Bing juga bukanlah satu nama yang terlalu buruk untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi manfaat kepada blogger dan webmaster (baca: saya dan anda).

Cara Untuk Submit Url Blog Anda Ke Bing

Anda hanya perlu layari http://www.bing.com/webmaster dan kemudian pilih bahagian “Drive More Traffic”. Kemudian pilih Submit’s Your Site Url dan anda akan diminta untuk memasukkan kod sekuriti bersama-sama dengan url blog anda.

good SEO at bing

Tip Agar Blog Anda Cepat Diindeks Oleh Bing

Apa yang blog anda perlukan agar ia cepat diindeks oleh Bing? Menurut pakar SEO daripada iCrossing Search David Shapiro, walaupun algorithm antara Google dan Bing berlainan sama sekali, kedua-duanya tetap memerlukan link yang berkualiti, link yang relevan serta kandungan blog yang unik (tidak mengamalkan plagiarism) supaya dapat diindeks dengan cepat.

Sekiranya anda telah mengoptimisasi blog anda di Live Search sebelum ini, anda tidak perlu khuatir kerana fungsi Bing tidaklah berbeza berbanding Live Search. Tambahan pula, enjin carian ini juga masih menggunakan MSNbot sebagai spider yang akan mengindeks blog anda.

Berikut merupakan sedikit tip yang disyorkan oleh Rick DeJarnette dari Bing Webmaster Center sekiranya anda inginkan ranking yang baik di enjin carian Bing.

Perkara-perkara yang ditegah:

  1. Kehadiran inbound link yang muncul secara banyak dan mendadak.
  2. Inbound link datang daripada komen-komen yang tidak relevan atau laman yang tiada kaitan.
  3. Menggunakan hidden link di dalam blog anda.
  4. Mendapat inbound link daripada penyedia link berbayar(link farm).
  5. Link anda ditemui di laman web yang mengamalkan spam.

Perkara-perkara yang disarankan:

  1. Bangunkan laman anda dengan jenama tertentu, dan konsisten dengan jenama tersebut.
  2. Pastikan blog anda mendapat perhatian daripada blogger, reviewer serta pakar dalam bidang yang anda ceburi.
  3. Hasilkan artikel yang pendek tetapi berinformasi.
  4. Hantar artikel berkualiti yang mengandungi link blog anda ke direktori-direktori artikel.
  5. Sertai perbincangan-perbincangan online di blog atau forum dan letak link ke blog secara profesional.
  6. Gunakan laman sosial sebagai sumber link ke laman anda.
  7. Gunakan newsletter sebagai pengumuman artikel atau berita baru di blog anda.

Pada masa yang sama, DeJarnette juga mengingatkan bahawa membina link ke blog sendiri bukanlah satu perkara yang boleh diselesaikan dalam satu malam sahaja. Sebaliknya, ia memerlukan komitmen dan anda perlukan sedikit masa dan kreativiti untuk merealisasikannya.

apa itu bing ?

 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Don’t Lose Yahoo Traffic By Not Optimizing for Bing
As you're probably aware, the plan for the deal between Microsoft and Yahoo that dominated many of the headlines this summer, is for Bing to take over Yahoo search, in ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Get More Traffic from Bing’s Image Search
In a previous article, we discussed why and how to rank in image searches. The article was based on discussion from the recent Search Engine Strategies conference in San Jose. ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
9 Cara Melajukan Blog Anda
Saya pasti ramai blogger yang menginginkan pengunjung datang ke blog mereka. Namun, pengunjung pasti akan berasa hampa sekiranya blog kita sukar untuk dipaparkan. Apa sebabnya ? Bagaimana cara melajukan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Trafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Google Testing Breadcrumb Display in SERPs
Google appears to be testing breadcrumbs in some search results, at least in some areas. If you are unfamiliar with the term breadcrumbs, it refers to the hierarchical display commonly ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Don’t Lose Yahoo Traffic By Not Optimizing for
Get More Traffic from Bing’s Image Search
9 Cara Melajukan Blog Anda
9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda
Google Testing Breadcrumb Display in SERPs

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

10 Responses to “Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?”

  • aleh:

    Bing ni makin popular gak jer..
    tp saya punya blog xdi indexs lagi la..kat bing..
    thanks sebab kongsi maklumat ni..

    • Anwar Yassin:

      Sama-sama Shalihudin, takpe, usahakan perlahan-lahan ya. Lagipun ia memang agak memakan masa.

  • Hi anuar,apa kbr?lama x singgah..ermm sy pun x tahu apa tu bing sbl ni..tq bro..nanti saya pun nak bing juga nih..

  • sy pd mulanya mhadapi masalah tu..apa yg sy lakukn sy baca apa yg bkaitan dgn bing…akhirnya sy dpt jawapan kpd masalah sy…
    dn kini website sy tlh diindex oleh bing….
    dahulu bing belum wujud lg so skrg dah ade dah
    :-D

    • Anwar Yassin:

      Tahniah MrNiz, jika tidak keberatan, mungkin saudara boleh kongsikan teknik yang saudara guna pula untuk menjana trafik daripada Bing. :)

  • salam. terima kasih atas informasi ini.. baru nak indeks kat bing.. :-D

  • amry:

    salam. info yang baik tuk newbie mcam saya..banyak lagi kena belajar…da Bing tapi tak tau la jadi ker tak…

    • Anwar Yassin:

      Kena bersabar sikit Amry. Guna teknik organik ni memang agak memakan masa. Tapi bila dah establish, insyaALLAH. mudah je nanti. :) Keep it up bro!

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu