Posts Tagged ‘cara buat duit di internet’
Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)
Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”
Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan saya rasa mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai persoalan yang sama. Tentang bagaimana hendak bermula dan kemudiannya menjana pendapatan di internet.
Tahukah anda bahawa saya menjana pendapatan internet yang pertama dengan menyertai affiliate? Ketika itu, saya memasarkan produk keluaran Cikgu Azleen (rakan JV saya) tentang tuisyen Bahasa Inggeris Online.
Mula-mula, saya sekadar suka-suka letakkan link beliau di blog saya, kemudian saya rasa perlunya capaian yang baik untuk produk ini lalu saya hasilkan sendiri banner dan buat satu artikel berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa inggeris.
Satu hari, semasa saya periksa akaun email,saya dapati terdapat satu email daripada maybank. Dengan semangat ingin tahu, saya buka email tersebut dan mendapati Cikgu Azleen telah mendepositkan RM84 ke dalam akaun Maybank saya hasil daripada usaha mempromosikan tuisyen online beliau. Adakah anda tahu perasaan saya ketika itu ? Memang sangat seronok.
Jadi, apa kaitan cerita ini dengan isu di atas ? Saya sebenarnya ingin menunjukkan bahawa antara jalan mudah menjana pendapatan di internet ini adalah dengan menyertai affiliate. Mungkin anda kurang bersetuju, tapi inilah cara yang saya anggap paling mudah dan paling cepat. Dan ia meninggalkan kenangan yang manis buat saya dalam bidang ini.

Dua Jenis Jalan Dalam Pemasaran Affiliate
Pada saya, untuk menjana pendapatan di internet,hanya ada dua jalan yang wujud, iaitu jalan cepat dan jalan lambat. Jalan cepat dan lambat ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan ke atas satu sama lain.
Jika anda memilih jalan lambat, anda dapat mengumpul pengalaman demi pengalaman. Memang banyak yang dapat anda kumpulkan sendiri. Ramai yang telah berjaya. Namun kekurangannya adalah anda terpaksa menggunakan ‘try and error’ untuk mendapat pengalaman tersebut. Jika tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dengan tiada jualan yang terhasil. Ramai juga yang mempunyai nasib sebegini.
Berkenaan dengan jalan cepat pula, anda akan mendapat ilmu dengan cepat dan mampu untuk menjana pendapatan dengan pantas. Ini bergantung kepada teknik dan strategi yang ditunjukkan. Maksudnya, anda akan mendapat tunjuk ajar secara direct daripada mereka yang telah berjaya dalam menjana pendapatan di internet ini.
Namun anda tersilap memilih mentor, anda tidak akan dibimbing dengan sempurna, kerana minat mereka bukan kepada ilmu yang diberikan, tetapi wang ringgit anda. Justeru, dalam memilih mentor yang akan mengajar anda, pilihlah dengan cermat dan usah terburu-buru dalam proses pemilihan yang anda jalankan.
Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri
Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam karier saya sebagai internet marketer dan semoga blog yang berkonsepkan cari duit di internet ini dapat saya gunakan lagi pada masa hadapan sebagai satu wacana perkongsian idea, pengalaman serta tip-tip keusahawanan internet yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.
Terima kasih juga kepada NetKL network di atas servis yang cekap dan amat memuaskan hati. Dalam tahun pertama bersama-sama dengan netKL, Alhamdulillah. Saya belum pernah lagi berdepan dengan kesukaran berurusan dengan mereka. Sokongan dan bantuan kepada pelanggan juga cepat dan mengikut pengalaman saya selama setahun ini, NetKL menguruskan segala transaksi yang dilakukan tidak sampai 10 minit. Walaupun pernah ada sedikit ketirisan ketika mereka hendak menaik taraf sistem, mereka cepat belajar dari kesilapan dan tidak membiarkan perkara yang sama berulang kembali.
Hari ini saya akan pulang ke kampung di Johor setelah beberapa hari bekerja di Kuantan sebagai IM. Universiti tempat saya menadah ilmu pula kini sedang bercuti dan jika tiada aral melintang, saya akan kembali bertugas sebagai seorang pelajar sepenuh masa dalam jurusan bioperubatan bermula 7 Disember ini bagi menyambung pengajian untuk semester ke 6. Walaupun subjeknya kurang sedikit, tetapi subjek-subjek ini telah menjadi lebih spesifik dan seorang pelajar itu perlu meneroka jauh lebih dalam untuk menguasainya. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Informasi selanjutnya berkenaan dengan diri saya boleh anda temui di sini. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa saya sebenarnya merupakan seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar di universiti saya dengan memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua 1. Mungkin ini boleh dijadikan hujah mengapa Gaji Sendiri kurang aktif sebelum ini. Menjadi seorang pelajar, internet marketer serta pemimpin pelajar dalam satu jangka waktu yang sama mencabar saya dari sudut pengurusan waktu dan pemikiran. Namun pengalaman ini tetap berguna kerana saya telah banyak belajar mengutamakan hak dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan, juga dapat mengetahui sejauh mana kapasiti diri saya .
Sampai di sini dahulu coretan saya pada pagi ini, dan saya harap dengan blog Gaji Sendiri, saya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih berfaedah pada masa hadapan. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pelawat dan subscriber saya yang beragama Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam membina iman dan jati diri yang mapan. Walaupun keinginan untuk mengetahui cara buat duit di internet berkobar-kobar dalam diri kita, sewajarnya kita meniti sesuatu jalan itu dengan berhati-hati dan lebih berwaspada. Kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Wassalam,
5 Kualiti Untuk Menjadi Super Affiliate
Menjadi seorang penumpang di dalam sebuah kapal yang akan belayar ke tempat yang paling jauh tidak akan terlintas di dalam pemikiran seseorang yang ingin menentukan nasibnya sendiri. Bahkan mereka yang mempunyai keinginan besar ini, pasti akan bercita-cita untuk menjadi ‘kapten’ di dalam kapal tersebut dalam menentukan hala tuju kehidupannya. “Hidup aku, maka akulah yang menentukannya”.
Mungkin disebabkan pemikiran positif dan besar ini, seperti apa yang dikatakan oleh Donald Trump, “Think Big!” menyebabkan semakin ramai orang menceburi program cari duit di internet yang semakin popular mutakhir ini, terutamanya -Pemasaran Affiliate-.
Perkara seumpama ini mungkin terjadi disebabkan oleh nature affiliate marketing ini sendiri, tidak akan ada si boss yang akan mengarahkan sang pekerja, atau sang pekerja menanti sehingga akhir bulan untuk menerima gajinya. Tiada istilah tersebut dalam affiliate marketing.
Dalam affiliate marketing ini, tiada juga istilah deadline bagi pekerja, terutamanya bagi mereka yang mempunyai majikan yang garang. Atau timbunan kerja yang melambak-lambak sehingga kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat, di bawa pula pulang ke rumah sehinggakan kadang-kadang diconteng oleh anak-anak yang baru mengenal pen dan pensel.
Dalam affiliate marketing ini, sesorang itu hanya perlu mempunyai beberapa kriteria yang perlu dihadam sebaiknya sebelum menjelajahi bidang pemasaran yang amat luas skopnya ini. Jadi, apakah keperluan untuk berjaya dalam affiliate marketing ini ? Apa persiapan yang perlu ada dalam diri seorang affiliate marketer untuk sukses dan mencapai apa yang diimpikan oleh beliau ?
Banyak persaingan yang perlu dihadapi dalam dunia affiliate marketing ini, dan seseorang yang mahukan kejayaan perlu menjadikan dirinya lebih tinggi daripada orang lain dalam pelbagai aspek. Untuk mencapai matlamat ini, mereka perlu mempunyai perkakasan dan bekalan yang cukup untuk menolak diri mereka terkehadapan berbanding orang lain.
Saya Mahu Belajar
Kualiti yang paling utama bagi individu yang ingin mencuba nasib di dalam affiliate marketing ini adalah keinginan yang kuat dalam diri untuk belajar dan diajar. Melintasi sesuatu daaerah akan menyebabkan dirinya terdedah kepada bahaya, jika tiada kelengkapan atau perkakasan yang selengkapnya.
Belajar bukan hanya terhad kepada pelajaran untuk berjaya, tetapi juga belajar bagaimana kegagalan itu boleh berlaku dan bagaimana untuk bangkit daripada kegagalan tersebut, menerimanya dan mengolah agar ia tidak berlaku lagi. Itulah yang dimaksudkan dengan bersedia untuk belajar.
Oh Masa Oh Tenaga
Kualiti kedua yang perlu diambil kisah adalah kesanggupan untuk menyumbangkan masa dan tenaga walaupun hasil yang dilihat pertama kalinya tidak memberangsangkan. Walaupun graf pendapatan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif menjelang bulan-bulan pertama percubaan dilakukan, adalah amat penting untuk seseorang yang menceburi bidang pemasaran affiliate teguh berdiri dan bersemangat waja.
Kualiti kedua inilah yang membezakan seseorang yang benar-benar serius untuk menjadi kapten kapal sendiri berbanding orang yang hanya berangan-angan menjadi kapten kapal. Kalau tidak dapat tidak mengapa, sekadar angan-angan sahaja!

Saya Bakal Super Affiliate
Aspek ketiga yang perlu dibentuk di dalam diri seseorang yang ingin menceburi bidang affiliate marketing ini adalah percaya kepada kemampuan diri. Sekiranya individu tersebut ingin menguasai dunia pemasaran affiliate ini, sifat percaya kepada kemampuan diri amat penting dan perlu dipupuk sedari beliau menjejakkan kaki ke dalam affiliate marketing.
Dalam pada masa yang sama, sifat percaya pada kemampuan diri juga perlu diselaraskan dengan keupayaan untuk memotivasikan diri. Tidak kisah samaada motivasi semasa senang atau motivasi semasa sedang dalam kepayahan. Jika dua kualiti ini telah dapat anda kuasai, ada kini telah mempunyai kualiti yang tertanam dalam setiap super affiliate yang telah berjaya seperti Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Mawardee, Team Aspirasi Siber dan lain-lain yang telah berjaya.
Saya Malas, Ada Ubat ?
Untuk menjadi seorang affiliate marketer yang hebat, anda perlu kenali diri anda, kuasai sifat malas anda dan menjadi lebih berdisiplin ! Kualiti ini merupakan kualiti keempat yang perlu dimiliki oleh setiap affiliate merketer. Super affiliate bukanlah seorang yang pemalas walaupun dikatakan goyang kaki sahaja sudah dapat duit. Mereka bukan begitu. Walaupun kaki bergoyang, tangan mereka tetap bergerak mencari peluang-peluang yang telah sedia ada serta mengintai peluang-peluang yang bakal tiba.
Jika seseorang mampu untuk mendisiplinkan dirinya sendiri serta mengerah keringatnya sepanjang hari, tidak mustahil beliau akan dapat menggapai apa yang dia cita-citakan pada asalnya. Pepatah bangsa arab ada mengatakan “Seseorang yang menanam, maka beliaulah yang akan menuainya”. Betulkah begitu ? Ya. Ia memang betul, kecuali jika ada orang atau sistem yang menuaikan untuk anda.
Optimis Ke Puncak
Kualiti terakhir yang perlu ada dalam diri setiap affiliate marketer adalah bersikap optimis. Optimis boleh jadi diluahkan dalam bentuk perlakuan, boleh jadi juga luahan dalam bentuk usaha dalam senyap-senyap dan kemudiannya meledak dengan kejayaan. Lain manusia, lain caranya mereka menunjukkan sifat optimis tersebut.
Sifat negatif atau terpengaruh dengan cakap-cakap kosong adalah batu penghalang bagi seorang affiliate yang mempunyai potensi untuk berjaya. Sewajarnya, tidak perlu ada seorang pun yang mempengaruhi dirinya untuk menyertai affiliate marketing kerana, sekiranya beliau telah berada di dalam kapal beliau sendiri, beliaulah kapten kapal tersebut, bukannya orang lain yang menjadi kapten di sebalik tabir.
Kesimpulan
Ramuan untuk berjaya di dalam affiliate marketing begitu banyak serta datang daripada sumber yang pelbagai, akan tetapi perkara yang paling penting untuk dititikberatkan setiap affiliate marketer adalah hatinya sendiri. Diri sendiri mempunyai kapasiti untuk melakukan sesuatu dan diri sendirilah yang mempunyai keinginan untuk merencanakan dan menjayakan sesuatu agar impian menjadi super affiliate menjadi kenyataan.
Pemasaran affiliate atau affiliate marketing adalah lebih kepada usaha meletakkan nasib diri dalam tangan sendiri, bukannya di tangan orang lain. Sikap dan kualiti diri yang betul dan seimbang merupakan kunci yang dapat menjadikan seorang ‘kapten kapal’ mengemudi bahteranya ke arah yang menguntungkan diri dan penumpang-penumpangnya.
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita hasilkan idea baru, terutamanya bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan di internet.
Jadi, saya telah terfikir 3 idea yang mungkin boleh anda aplikasikan dan mulakan bisnes anda sendiri dalam waktu terdekat ini. Kepada yang berminat dengan ketiga-tiga idea ini, anda boleh gunakan atau modified sedikit supaya anda juga berpeluang untuk buat duit di internet seperti mana usahawan-usahawan internet yang lain.
#1: A simple guide to learn Malay
Idea ni timbul pada tahun 2007, di mana saya lihat belum ramai Internet Marketer yang ingin menulis ebook atau panduan mudah belajar Bahasa Melayu. Golongan target boleh jadi pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia. Kebanyakan daripada pelancong-pelancong asing ini tidak tahu berbahasa Melayu.
Ada kenalan saya yang mengatakan bahawa mentee beliau telah berjaya menjana pendapatan dengan menjual sebuah panduan yang dihasilkan oleh beliau sendiri berkenaan dengan belajar bahasa melayu ini.
Itu belum lagi jika sistem jualan produk ini diuruskan sepenuhnya oleh clickbank ataupun paydotcom. Ketika itu, mungkin boleh dikatakan yang anda jana wang sambil goyang kaki.
Bagi idea pertama ini, saya cadangkan agar anda hasilkan e-book ataupun video bagi menyampaikan latihan serta tutorial ringkas kepada pelanggan-pelanggan anda.
#2: Ambil Peluang Dari Fifa World Cup
Fifa World Cup 2010 tak lama lagi ni. Jadi, mungkin anda boleh hasilkan produk yang berkaitan dengan world cup 2010 ni. Idea ni timbul pada tahun 2008. Produk-produk berkaitan boleh jadi poster, fakta berkenaan dengan Afrika Selatan dan lain-lain. Orang ramai mesti sedang tercari-cari informasi tentang Fifa World Cup ni. Bahang demamnya pula akan lebih terasa bila dah nak dekat world cup nanti.
Jika anda berkeinginan untuk melakukan perniagaan secara offline, mungkin anda boleh menjual jersi-jersi pasukan yang akan beraksi di final piala dunia 2010 kepada rakan-rakan anda.
#3: Animasi Ben10 Alien Force
Saya bukanlah peminat ben10, tapi saya tahu ramai yang minat Ben10 di luar sana. Sebabnya saya dah buat sedikit kajian tentang Ben10 di blog ini. Hasilnya agak menyengat dan memberangsangkan. Trafik datang mencurah-curah terutamanya .
Idea ni datangnya daripada Ewen Chia(super affiliate #1 Singapura) pada asalnya. Ewen membuat satu blog untuk 2 orang anak lelakinya Coel dan (sorang lagi saya lupa). Blog ini sekadar suka-suka saja, tetapi trafik yang datang begitu banyak sehinggakan ada daripada pelawat yang ingin membeli barang berdasarkan kepada gambar yang mereka paparkan di blog tu. Padahal gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata.
Mungkin anda boleh buat ebook berkenaan dengan karekter-karekter dalam ben10, anda boleh cipta wallpaper ben10 atau anda boleh dapatkan barangan ben10 kemudiannya jual di laman web seperti mudah.my, ebay ataupun di lelong.






