Posts Tagged ‘Enjin Carian’
Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?
Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit teknik bersama-sama dengan pengunjung Gaji Sendiri tentang bagaimana blog anda boleh diindeks oleh Bing dan apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina link yang berkualiti dan disukai oleh Bing.
Walaupun tidak tersenarai di muka depan Bing, apa yang penting adalah, blog anda telah diindeks… Bak kata orang-orang tua “Kayuh tu perlahan-lahan tidak mengapa, lambat laun kita akan sampai juga”. Sebelum itu, kita perlu kenal dulu apa itu bing.
Apa itu Bing?
Bing(Kumo) merupakan enjin carian yang dimiliki oleh Microsoft dan merupakan satu penjenamaan semula enjin carian Microsoft, Live Search. Antara perubahan paling dramatik yang dilihat pada Bing adalah nama yang ditukar dari Live Search, latarbelakang yang boleh bertukar, dan kemampuan untuk menjadi enjin carian yang bersifat “decision maker”. Ini merupakan antara kelebihan-kelebihan Bing yang diwar-warkan oleh Microsoft.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa dengan melabur 80 juta Dollar Amerika bagi memasarkan Bing, Microsoft seolah-olah ingin mengalahkan Google. Perkara ini tidak benar kerana logiknya, Bing bukanlah satu nama yang dilihat mampu untuk menggugat kredibiliti Google. Akan tetapi, Bing juga bukanlah satu nama yang terlalu buruk untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi manfaat kepada blogger dan webmaster (baca: saya dan anda).
Cara Untuk Submit Url Blog Anda Ke Bing
Anda hanya perlu layari http://www.bing.com/webmaster dan kemudian pilih bahagian “Drive More Traffic”. Kemudian pilih Submit’s Your Site Url dan anda akan diminta untuk memasukkan kod sekuriti bersama-sama dengan url blog anda.
Tip Agar Blog Anda Cepat Diindeks Oleh Bing
Apa yang blog anda perlukan agar ia cepat diindeks oleh Bing? Menurut pakar SEO daripada iCrossing Search David Shapiro, walaupun algorithm antara Google dan Bing berlainan sama sekali, kedua-duanya tetap memerlukan link yang berkualiti, link yang relevan serta kandungan blog yang unik (tidak mengamalkan plagiarism) supaya dapat diindeks dengan cepat.
Sekiranya anda telah mengoptimisasi blog anda di Live Search sebelum ini, anda tidak perlu khuatir kerana fungsi Bing tidaklah berbeza berbanding Live Search. Tambahan pula, enjin carian ini juga masih menggunakan MSNbot sebagai spider yang akan mengindeks blog anda.
Berikut merupakan sedikit tip yang disyorkan oleh Rick DeJarnette dari Bing Webmaster Center sekiranya anda inginkan ranking yang baik di enjin carian Bing.
Perkara-perkara yang ditegah:
- Kehadiran inbound link yang muncul secara banyak dan mendadak.
- Inbound link datang daripada komen-komen yang tidak relevan atau laman yang tiada kaitan.
- Menggunakan hidden link di dalam blog anda.
- Mendapat inbound link daripada penyedia link berbayar(link farm).
- Link anda ditemui di laman web yang mengamalkan spam.
Perkara-perkara yang disarankan:
- Bangunkan laman anda dengan jenama tertentu, dan konsisten dengan jenama tersebut.
- Pastikan blog anda mendapat perhatian daripada blogger, reviewer serta pakar dalam bidang yang anda ceburi.
- Hasilkan artikel yang pendek tetapi berinformasi.
- Hantar artikel berkualiti yang mengandungi link blog anda ke direktori-direktori artikel.
- Sertai perbincangan-perbincangan online di blog atau forum dan letak link ke blog secara profesional.
- Gunakan laman sosial sebagai sumber link ke laman anda.
- Gunakan newsletter sebagai pengumuman artikel atau berita baru di blog anda.
Pada masa yang sama, DeJarnette juga mengingatkan bahawa membina link ke blog sendiri bukanlah satu perkara yang boleh diselesaikan dalam satu malam sahaja. Sebaliknya, ia memerlukan komitmen dan anda perlukan sedikit masa dan kreativiti untuk merealisasikannya.






