The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Posts Tagged ‘error’

Mengatasi Error Permalink WordPress

Semasa saya ingin menggantikan minisite di gajisendiri.com ini kepada blog, terdapat satu masalah yang saya hadapi dan penyelesaiannya saya ambil pendekatan try and error. Masalah ini adalah berkaitan dengan permalinks dan versi wordpress yang saya gunakan adalah versi 2.7.1.

Sudah agak lama saya tidak buat blog baru selepas blog pertama saya terbina pada awal 2007, jadi perasaan menjadi newbie tu datang kembali. Cuma tidaklah sekekok ketika pertama kali menghadap situasi ini. :)

Sehingga kini saya masih merujuk kepada kitblogger yang dihasilkan oleh saudara SmartZul. Panduan ini pada saya mudah difahami(bahasa tidak terlalu teknikal) dan sangat efektif dalam membantu anda membina blog sendiri, terutamanya untuk newbie. Cuma mungkin saya boleh tambah bagaimana untuk menyelesaikan masalah konfigurasi permalinks dalam post ini kerana kes error permalinks ini tiada dalam kit tersebut.

Mengatasi Masalah Error Permalinks Untuk WordPress 2.7.1

  1. Setelah anda login, langkah pertama adalah anda perlu ke bahagian setting dan pilih bahagian permalinks.
  2. Kemudian, tandakan pada bahagian custom, dan pastikan ruangan yang perlu diisi adalah seperti dibawah. Bentuk permalink ini adalah bentuk yang paling efektif dalam memenangi SEO.
  3. Setelah anda menukar link seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, langkah seterusnya adalah anda perlu simpan konfigurasi anda dengan klik pada butang save changes.
  4. Langkah ke-4 ini amat penting, di mana anda perlu uji keberkesanan bentuk link yang telah anda simpan tadi. Klik pada mana-mana post atau page yang anda hasilkan. Jika tiada masalah, tahniah dan jika error masih berlaku, anda perlu ke langkah seterusnya.
  5. Jika masalah error masih berlaku, anda perlu scroll ke bahagian bawah konfigurasi permalinks tadi dan anda akan nampak kod seperti di bawah ini. Salin semua kod yang ada disitu.
  6. Selepas itu anda perlu login ke dalam server anda melalui software FTP. Saya gunakan perisian FileZilla dan anda juga boleh menggunakan perisian FTP selain FileZilla.
  7. Di dalam folder public_html, anda perlu cari satu file yang bernama .htaccess. Download file ini dan anda boleh buka dengan menggunakan perisian PSPad.
  8. Setelah anda buka file .htaccess ini, delete semua link yang ada di dalamnya dan gantikan dengan kod yang anda dapat di bahagian ke 5 tadi.
  9. Save konfigurasi yang telah anda buat terhadap file tadi dan upload kembali ke dalam folder public_html.
  10. Selepas itu, cuba klik pada tajuk post anda atau muka surat yang ada di blog anda. Seharusnya masalah tadi dapat diselesaikan. InsyaALLAH.
Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu