Posts Tagged ‘harga petrol’
Harga Petrol dan Gula Naik Lagi
Assalamualaikum WBT, sedang saya sibuk menyiapkan produk digital keluaran Gaji Sendiri Dot Com, tiba-tiba terdengar pula desas desus yang mengatakan bahawa harga Petrol akan naik tak lama lagi. Saya ingatkan ianya hanya satu sangkaan, namun akhirnya ia betul-betul berlaku.
Namun apa yang menariknya, kita tak dengarpun akhbar-akhbar arus perdana mengumumkan petrol dan gula mengalami kenaikan harga. Apa yang diumumkan adalah sekadar istilah “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Mengapa mereka tidak menggunakan istilah “harga barang naik” lagi ? Mungkin kerana kerajaan telah mengambil iktibar bahawa jika mereka menggunakan istilah barang naik, rakyat akan berpaling daripada kerajaan. Ini satu kemungkinan. Tidak kurang juga mereka ingin menyedapkan hati rakyat Malaysia. Oh! Read the rest of this entry »





