Posts Tagged ‘strategi menjual barang di mudah.my’
Jual Motor Buruk Pun Dapat RM13,000
“Surat Khabar Lama, Old News Paper, Pia Per Lia Me…!!!” Adakah anda biasa dengar, van atau lori jerit-jerit macam tu kat kediaman anda?
Ya, saya biasa dengar. Masa kecil-kecil dulu, selalu jugalah jual surat khabar lama. Kadang-kadang tu tin air pun boleh dihantar ke peraih barang-barang ini. Bahkan sehingga sekarang, masih ada lagi peniaga-peniaga yang memakai teknik sebegitu, cuma yang agak famous di tempat saya adalah jual tilam lama, ambil tilam baru. Selain lori surat khabar lama, ada juga lori beli barang-barang terpakai seperti tilam yang saya sebutkan sebentar tadi.
Jual barang-barang terpakai ni, lagi menguntungkan. Macam-macam dia ambil. Dari basikal buruk, hingga ke kereta buruk. Tapi itu cerita dulu, sebelum saya dengar Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my oleh saudara Raja Kamil atau lebih dikenali dengan RK.
Sekarang ni, ramai orang jual barang-barang terpakai (baca: tak pakai) mereka di Mudah.my, macamana, mudah bukan ? Tak perlu tunggu lori barang-barang lama datang pun anda sudah dapat jual di internet.
Lagi menguntungkan. Bayangkan, sebuah motor yang jika dijual di kedai besi buruk, kita akan dibayar RM50 sahaja, saudara Raja Kamil dapat jualnya pada harga RM13,000 (baca: banyaknya). Ini kisah betul. Bukan main-main atau cobaan dalam cerita P.Ramlee tu. Kalau cobaan pun, mungkin bila tangan sudah pegang not kertas berwara hijau tua tu dalam sekebat.
Mungkin tak besar jika itulah pendapatan yang anda boleh capai dalam sebulan, tetapi bagaimana pula jika RM13,000 itu diperolehi dalam 2 hari sahaja? Bagaimana pula jika setiap selang 2 hari, anda mendapat nilai yang lebih kurang sama dengan RM13,000?
Kalau anda hendak mempelajari bagaimana beliau menghasilkan jualan tersebut, layari Laman Web Ini sekarang juga.

PS : Saya diberitahu, dalam sehari, beliau hanya terima 3 pembelian sahaja. Kalau anda nak tahu betul atau tidak, anda perlu tanya Raja Kamil. Jika bernasib baik, mungkin boleh buka lebih dari 3 jualan. =)





