The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Posts Tagged ‘Zamri Nanyan’

5 Kualiti Untuk Menjadi Super Affiliate

Menjadi seorang penumpang di dalam sebuah kapal yang akan belayar ke tempat yang paling jauh tidak akan terlintas di dalam pemikiran seseorang yang ingin menentukan nasibnya sendiri. Bahkan mereka yang mempunyai keinginan besar ini, pasti akan bercita-cita untuk menjadi ‘kapten’ di dalam kapal tersebut dalam menentukan hala tuju kehidupannya. “Hidup aku, maka akulah yang menentukannya”.

Mungkin disebabkan pemikiran positif dan besar ini, seperti apa yang dikatakan oleh Donald Trump, “Think Big!” menyebabkan semakin ramai orang menceburi program cari duit di internet yang semakin popular mutakhir ini, terutamanya -Pemasaran Affiliate-.

Perkara seumpama ini mungkin terjadi disebabkan oleh nature affiliate marketing ini sendiri, tidak akan ada si boss yang akan mengarahkan sang pekerja, atau sang pekerja menanti sehingga akhir bulan untuk menerima gajinya. Tiada istilah tersebut dalam affiliate marketing.

Dalam affiliate marketing ini, tiada juga istilah deadline bagi pekerja, terutamanya bagi mereka yang mempunyai majikan yang garang. Atau timbunan kerja yang melambak-lambak sehingga kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat, di bawa pula pulang ke rumah sehinggakan kadang-kadang diconteng oleh anak-anak yang baru mengenal pen dan pensel.

Dalam affiliate marketing ini, sesorang itu hanya perlu mempunyai beberapa kriteria yang perlu dihadam sebaiknya sebelum menjelajahi bidang pemasaran yang amat luas skopnya ini. Jadi, apakah keperluan untuk berjaya dalam affiliate marketing ini ? Apa persiapan yang perlu ada dalam diri seorang affiliate marketer untuk sukses dan mencapai apa yang diimpikan oleh beliau ?

Banyak persaingan yang perlu dihadapi dalam dunia affiliate marketing ini, dan seseorang yang mahukan kejayaan perlu menjadikan dirinya lebih tinggi daripada orang lain dalam pelbagai aspek. Untuk mencapai matlamat ini, mereka perlu mempunyai perkakasan dan bekalan yang cukup untuk menolak diri mereka terkehadapan berbanding orang lain.

Saya Mahu Belajar

Kualiti yang paling utama bagi individu yang ingin mencuba nasib di dalam affiliate marketing ini adalah keinginan yang kuat dalam diri untuk belajar dan diajar. Melintasi sesuatu daaerah akan menyebabkan dirinya terdedah kepada bahaya, jika tiada kelengkapan atau perkakasan yang selengkapnya.

Belajar bukan hanya terhad kepada pelajaran untuk berjaya, tetapi juga belajar bagaimana kegagalan itu boleh berlaku dan bagaimana untuk bangkit daripada kegagalan tersebut, menerimanya dan mengolah agar ia tidak berlaku lagi. Itulah yang dimaksudkan dengan bersedia untuk belajar.

Oh Masa Oh Tenaga

Kualiti kedua yang perlu diambil kisah adalah kesanggupan untuk menyumbangkan masa dan tenaga walaupun hasil yang dilihat pertama kalinya tidak memberangsangkan. Walaupun graf pendapatan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif menjelang bulan-bulan pertama percubaan dilakukan, adalah amat penting untuk seseorang yang menceburi bidang pemasaran affiliate teguh berdiri dan bersemangat waja.

Kualiti kedua inilah yang membezakan seseorang yang benar-benar serius untuk menjadi kapten kapal sendiri berbanding orang yang hanya berangan-angan menjadi kapten kapal. Kalau tidak dapat tidak mengapa, sekadar angan-angan sahaja!

Saya Bakal Super Affiliate

Aspek ketiga yang perlu dibentuk di dalam diri seseorang yang ingin menceburi bidang affiliate marketing ini adalah percaya kepada kemampuan diri. Sekiranya individu tersebut ingin menguasai dunia pemasaran affiliate ini, sifat percaya kepada kemampuan diri amat penting dan perlu dipupuk sedari beliau menjejakkan kaki ke dalam affiliate marketing.

Dalam pada masa yang sama, sifat percaya pada kemampuan diri juga perlu diselaraskan dengan keupayaan untuk memotivasikan diri. Tidak kisah samaada motivasi semasa senang atau motivasi semasa sedang dalam kepayahan. Jika dua kualiti ini telah dapat anda kuasai, ada kini telah mempunyai kualiti yang tertanam dalam setiap super affiliate yang telah berjaya seperti Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Mawardee, Team Aspirasi Siber dan lain-lain yang telah berjaya.

Saya Malas, Ada Ubat ?

Untuk menjadi seorang affiliate marketer yang hebat, anda perlu kenali diri anda, kuasai sifat malas anda dan menjadi lebih berdisiplin ! Kualiti ini merupakan kualiti keempat yang perlu dimiliki oleh setiap affiliate merketer. Super affiliate bukanlah seorang yang pemalas walaupun dikatakan goyang kaki sahaja sudah dapat duit. Mereka bukan begitu. Walaupun kaki bergoyang, tangan mereka tetap bergerak mencari peluang-peluang yang telah sedia ada serta mengintai peluang-peluang yang bakal tiba.

Jika seseorang mampu untuk mendisiplinkan dirinya sendiri serta mengerah keringatnya sepanjang hari, tidak mustahil beliau akan dapat menggapai apa yang dia cita-citakan pada asalnya. Pepatah bangsa arab ada mengatakan “Seseorang yang menanam, maka beliaulah yang akan menuainya”. Betulkah begitu ? Ya. Ia memang betul, kecuali jika ada orang atau sistem yang menuaikan untuk anda.

Optimis Ke Puncak

Kualiti terakhir yang perlu ada dalam diri setiap affiliate marketer adalah bersikap optimis. Optimis boleh jadi diluahkan dalam bentuk perlakuan, boleh jadi juga luahan dalam bentuk usaha dalam senyap-senyap dan kemudiannya meledak dengan kejayaan. Lain manusia, lain caranya mereka menunjukkan sifat optimis tersebut.

Sifat negatif atau terpengaruh dengan cakap-cakap kosong adalah batu penghalang bagi seorang affiliate yang mempunyai potensi untuk berjaya. Sewajarnya, tidak perlu ada seorang pun yang mempengaruhi dirinya untuk menyertai affiliate marketing kerana, sekiranya beliau telah berada di dalam kapal beliau sendiri, beliaulah kapten kapal tersebut, bukannya orang lain yang menjadi kapten di sebalik tabir.

Kesimpulan

Ramuan untuk berjaya di dalam affiliate marketing begitu banyak serta datang daripada sumber yang pelbagai, akan tetapi perkara yang paling penting untuk dititikberatkan setiap affiliate marketer adalah hatinya sendiri. Diri sendiri mempunyai kapasiti untuk melakukan sesuatu dan diri sendirilah yang mempunyai keinginan untuk merencanakan dan menjayakan sesuatu agar impian menjadi super affiliate menjadi kenyataan.

Pemasaran affiliate atau affiliate marketing adalah lebih kepada usaha meletakkan nasib diri dalam tangan sendiri, bukannya di tangan orang lain. Sikap dan kualiti diri yang betul dan seimbang merupakan kunci yang dapat menjadikan seorang ‘kapten kapal’ mengemudi bahteranya ke arah yang menguntungkan diri dan penumpang-penumpangnya.

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu