The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Posts Tagged ‘zero ke hero’

Review Lengkap Zero ke Hero

Dalam artikel kali ini, saya telah membuat sedikit ulasan berkenaan dengan produk Zero ke Hero yang dihasilkan oleh usahawan internet muda, saudara Ammar Zahar. Produk ini baru dilancarkan dan saya diberitahu bahawa jualan akan ditutup menjelang 500 unit.

Apapun, di dalam ulasan saya kali ini, saya bersikap terbuka dan mengulas berdasarkan apa yang saya telah pelajari dengan harapan agar ulasan ini dapat membantu memberikan gambaran ringkas berkenaan dengan produk baru ini. Semoga anda mendapat manfaatnya.

Bukan Lagi Teks

Untuk produk Zero to Hero ini, saudara Ammar tidak menggunakan surat jualan berbentuk teks. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa video yang menjadi pilihan berbanding surat jualan biasa. Pada pandangan saya, menggunakan video bagi menggantikan surat jualan berbentuk teks adalah satu pilihan yang bijak dan saudara Ammar mungkin telah mengetahui keberkesanan kaedah ini.

Bukan hanya surat jualan yang menggunakan video sebagai medium komunikasi antara penjual dan pelanggan, sebaliknya saudara Ammar juga mencipta produk Zero ke Hero ini dalam bentuk video.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh isu pelanggan yang akan terlupa tentang kandungan sesuatu produk berbentuk teks. Akan tetapi, sekiranya mereka mendengar dan dalam pada masa yang sama membaca, ilmu-ilmu yang hendak disampaikan itu lebih mudah untuk dihadam dan diingati.

Mencari Modal

Dalam video pertama produk Zero to Hero ini, saudara Ammar menerangkan beberapa langkah untuk mencari modal bagi menjalankan bisnes di internet. Langkah-langkah ini adalah berdasarkan kepada case study diri beliau sendiri. Antara teknik-teknik yang pernah digunakan oleh Ammar adalah dengan menyertai affiliate dan menawarkan servis.

Di akhir video ini, saudara Ammar ada memperincikan lagi cara-cara beliau memasarkan servis beliau iaitu melalui pemasaran online serta offline. Beliau juga ada menerangkan langkah-langkah menjadi agen affiliate yang mampu melakukan jualan dengan berkesan. Pandangan saya adalah, anda perlu menonton part ini jika anda mahu menjadi agen affiliate yang berjaya seperti Ammar.

Branding & Dikenali Ramai Dalam Sekelip Mata

Dalam video ke-2, Ammar menerangkan cara-cara membina jenama bisnes sendiri dan menjadi terkenal dengan pantas. Ya, saya akui, Ammar Zahar sememangnya merupakan antara segelintir individu yang berjaya membina jenama dan menjadi terkenal dalam sekelip mata melalui produk-produk “cari duit di internet” beliau.

Ammar juga ada menerangkan 8 cara untuk membina jenama di internet, dan saya lihat kebanyakan teknik yang beliau gunakan telah digunapakai oleh usahawan-usahawan internet otai dan ternyata ia mendatangkan kesan yang positif.

Tidak dilupakan, Ammar mengetengahkan isu bahawa menemuramah usahawan internet yang telah berjaya merupakan salah satu daripada cara untuk usahawan internet baru membina nama dengan pantas. Persoalannya, bagaimana untuk menemuramah usahawan internet yang telah berjaya? Ammar telah sediakan 4 langkah yang perlu dilakukan oleh anda dalam video ini.

Rangkaian Senjata Rahsia

Networking, ataupun membina rangkaian dengan usahawan-usahawan lain adalah salah satu perkara penting dalam bisnes hari ini, termasuklah bisnes internet. Jadi, Ammar telah menerangkan beberapa teknik rahsia membina networking di dalam video ke-3 produk Zero to Hero ini.

Ammar ada menerangkan dengan panjang lebar dalam video ke-3 ini bagaimana anda boleh membina networking dan berkerjasama dengan usahawan internet berpengalaman. Antaranya, adalah membina networking melalui blog, facebook serta forum.

Secara keseluruhannya, video ke-3 adalah berkaitan dengan cara-cara membina networking di internet dengan memfokuskan blog, facebook dan forum sebagai senjata rahsia membina rangkaian perniagaan di internet.

Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membina networking ini. Akan tetapi, sebagai permulaan, saya kira apa yang Ammar terangkan sudah mencukupi.

Niche Berkesan, Perniagaan Terkesan

Dalam video ke-4, Ammar menjelaskan cara-cara mencari niche yang bernilai untuk memulakan bisnes perniagaan internet anda. Beliau terus kepada contoh yang begitu sinonim dengan Internet Marketer Malaysia iaitu Clickbank.

Ammar menerangkan bahawa untuk membuat produk anda sendiri, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan produk apa yang hendak dijual. Sebaliknya, memadai dengan anda meninjau produk-produk yang laris pada masa kini, buat sedikit kajian berkenaan dengan produk tersebut, lakukan penambahbaikan dan jual produk tersebut.

Pada saya, ianya terpulang kepada individu yang ingin menjual produk tersebut. Jika individu tersebut telah mempunyai niche yang bernilai atau mampu untuk mencipta niche produk sendiri, teruskan sahaja. Akan tetapi, jika mereka mahu menjimatkan masa, teknik yang Ammar tunjukkan dalam video ke-4 ini boleh dipraktikkan.

Produk Siap Dalam 24 Jam

Video ke-5 menerangkan tentang bagaimana anda boleh menyiapkan produk anda dalam masa 24 jam atau kurang daripada itu. Untuk bahagian ini, Ammar membentangkan 5 langkah bagaimana sesebuah produk itu dapat disiapkan dalam masa 24 jam sahaja.

Bukan mudah untuk menyiapkan sesebuah produk itu dalam masa 24 jam atau kurang, tetapi jika anda mempraktikkan teknik Ammar dalam video ke-4 tadi, ada kemungkinan anda boleh menyiapkan produk ini dalam masa 24 jam sahaja.

Produk yang disiapkan juga perlu mempunyai nilai yang membolehkan ianya dijual. Jika anda yakin produk yang anda reka dalam masa 24 jam mempunyai nilai jualan, mungkin anda boleh praktikkan teknik Ammar ini. Tak salah jika mencuba, tetapi selalunya produk yang evergreen adalah produk yang dibina dengan teliti dan berhati-hati.

Otai Sinonim Dengan Pra-Pelancaran

Jika anda lihat, ramai usahawan internet yang telah otai ini akan membuat pra-pelancaran sebelum pelancaran sebenar. Jadi, dalam topik ke-6 Zero to Hero ini, Ammar membocorkan bagaimana pra-pelancaran sesuatu produk dapat menghasilkan jualan yang lebih tinggi dan keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding produk yang tidak mempunyai pra-pelancaran.

Ramai orang menyangka proses pra-pelancaran ini merupakan satu aspek yang boleh diabaikan. Tetapi tidak bagi otai-otai internet lain seperti Dr.Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Team Flarebiz ataupun Zulfadli Suddin. Mereka menganggap pra-pelancaran merupakan salah satu aspek terpenting sebelum produk mereka benar-benar dilancarkan.

Secara dasarnya, video ke-6 ini akan membincangkan tentang kepentingan Pra-pelancaran terutamanya bagi usahawan internet yang baru menceburkan diri dalam perniagaan internet.

Klik Tetikus Dapat Duit

Dalam video ke-7, saudara Ammar menunjukkan bagaimana dengan satu klik, anda akan mendapat pendapatan yang lumayan. Saya tidak boleh dedahkan mekanisme yang digunapakai, tetapi video ini pada awalnya menunjukkan kepentingan autoresponder seperti aweber atau getresponse dalam menjayakan konsep ini.

Ammar juga mendedahkan beberapa strategi yang digunakan oleh beliau agar agen-agen yang terlibat dalam menyebarkan produk yang beliau hasilkan bertindak dengan pantas dan cepat. Saya kira strategi yang beliau praktikkan ini wajar diikuti oleh semua.

Newbie Menjadi Hero

Dalam video yang ke-8 ini, Ammar menunjukkan cara bagaimana menjadi seorang yang kelihatan “pakar” walaupun anda masih newbie dalam penghasilan produk di internet. Ammar menggariskan beberapa isu seperti grafik produk anda serta kebolehan anda mengasaskan sesuatu yang baru sebagai simbol “kepakaran” anda.

Kesimpulan Review Zero ke Hero

Kesimpulan daripada review saya berkenaan dengan produk Zero ke Hero daripada saudara Ammar ini adalah produk ini sesuai untuk meningkatkan semangat golongan newbie yang masih ragu-ragu untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan internet hari ini.

Perkara lain yang wajar dititik beratkan adalah penyampaian dalam bentuk video yang saya kira berkesan dan mudah untuk diikuti oleh semua peringkat usahawan. Cuma, teks transkrip yang diberikan oleh Ammar terlalu padat dengan informasi dan mungkin boleh menyebabkan sedikit kekeliruan.

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu