The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

10 Faktor Anda Gagal Dalam Temuduga

10-sebab-calon-gagal-mendapat-kerjaAlam pelajaran sudahpun tamat dan kini menyusul pula alam pekerjaan. Sedikit demi sedikit, perjalanan hidup anda mula berubah dan menjadi semakin panjang. Petandanya adalah anda dan ramai graduan lain akan memulakan satu perlumbaan mencari kerjaya idaman.

Namun, dalam setiap persaingan, pasti ada golongan yang menang dan golongan yang kalah. Begitu juga halnya dalam perlumbaan mencari pekerjaan. Siapa yang mempunyai kelayakan yang cukup di mata majikan, dialah yang menang. Itu satu lumrah. Tidak boleh dikesampingkan.

Justeru, entri kali ini akan memaparkan 10 faktor mengapa anda boleh gagal dalam perlumbaan mencari kerja yang anda idam-idamkan. Entri ini saya dedikasikan khas kepada sahabat-sahabat saya yang akan tamat ijazah pertama mereka pada pertengahan tahun ini. :)

1. Tiada Keyakinan Diri

Disebabkan kurang pengalaman atau kurang maklumat mengenai hal-hal semasa. Oleh itu, calon dinasihatkan agar banyakkan pergaulan untuk menambah pengetahuan dan keyakinan apabila berinteraksi. Calon juga perlu memperbanyak membaca bahan-bahan ilmiah atau menonton dokumentari-dokumentari bagi menambah pengetahuan semasa mereka.

Untuk menambah keyakinan diri, calon juga dinasihatkan agar membaca tip-tip untuk lulus dalam temuduga, tidak kira untuk lulus temuduga kerja kerajaan ataupun temuduga di syarikat swasta.

2. Tiada persediaan

Tidak membuat persediaan secara fizikal dan mental untuk menghadapi dunia pekerjaan ketika belajar dan selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi.

3. Gagal Menguasai Komunikasi

Masalah ini biasa dihadapi oleh calon dari luar bandar, biasanya ketika melibatkan penggunaan medium komunikasi dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris. Oleh itu, buka minda dan lapangkan pemikiran untuk menguasai bahasa inggeris. Artikel 6 Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris telah saya tulis untuk membantu anda menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah.

4. Terikat Dengan Kelulusan

Ada di kalangan graduan atau pencari kerja yang tidak mahu bekerja selain daripada pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan yang dimiliki. Jadi peluang untuk mendapat kerja menjadi semakin sempit.

5. Kurang Kenalan

Semakin ramai kenalan semakin besarlah peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Salah seorang daripada kenalan anda mungkin merupakan pekerja di sebuah organisasi. Jadi mereka mungkin tahu bila syarikat atau tempat kerja mereka mahu mengambil kakitangan baru. Jadi mereka pasti menghubungi anda mengenai peluang tersebut.

6. Kurang Bergaul(bersosial)

Kurang kecenderungan untuk bergaul dengan masyarakat luar sebaliknya menghadkan pergaulan kepada rakan seperjuangan atau ahli keluarga sahaja. Ini menyebabkan maklumat dan pengetahuan yang dimiliki agak terbatas. Ingat, pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya komunikasi sama ada secara formal atau sebaliknya.

7. Kurang Penampilan

Tidak membiasakan penampilan diri yang kemas, segak anggun, menarik dan bergaya setiap hari. Ini menyebabkan anda kurang selesa dan kekok berkeadaan sebegitu ketika menghadiri temuduga.

8. Memilih Kerja

Ada di kalangan pencari kerja terlalu mengecilkan ruang dengan mencari jawatan yang diidamkan sahaja dan tidak mahu mencuba pekerjaan lain untuk mengumpul pengalaman.

9. Tidak Peka Perkembangan Semasa

Tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekitar anda sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi menyebabkan anda tidak ada maklumat semasa yang terkini. Bayangkan jika penemuduga bertanya soalan seperti ini, “Siapa menteri kemajuan luar bandar dan industri asas tani ?” Jika anda jawab Muhyiddin Yassin. Habislah…

10. Kelulusan Tidak Sesuai

Kejadian ini berlaku disebabkan kursus yang dipilih ketika menuntut di institusi pengajian tinggi tidak sesuai dengan permintaan pasaran kerja.


p/s: Jangan lupa untuk kongsikan informasi berguna ini dengan rakan-rakan anda di facebook. Klik pada butang biru “F share” di atas untuk berkongsi dengan mereka. Mungkin ada yang akan berkerja tak lama lagi.

Anwar Yassin
 

Lain-Lain Artikel Menarik:
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Mengenali Risiko Dalam Perniagaan
Usahawan yang berpandangan jauh akan mengambil risiko berkira. Usahawan sewajarnya mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal dimajukan. Apakah itu risiko dalam perniagaan? Risiko merupakan kemungkinan untuk mengalami kerugian disebabkan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Bisnes Internet bukanlah perkara yang boleh dilihat hasilnya dalam satu malam sahaja. Jika anda ingin menjana pendapatan di internet, anda perlukan usaha, teknik, dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. Jadi, saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Saya rasa mungkin ada di kalangan kita yang sedang memerah idea membuat produk-produk baru untuk dijual di internet. Apabila bercakap tentang idea ini, saya dapat rasakan betapa susahnya untuk kita ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda
Assalamualaikum WBT. Apa khabar pembaca dan pelawat GSC sekalian? Saya harap kita semua memulakan hari pertama pada minggu ini dengan set minda yang positif dan berkeyakinan tinggi. Budak-budak sekolah pun ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Mengenali Risiko Dalam Perniagaan
Perkara Asas Dalam Perniagaan Internet
3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

2 Responses to “10 Faktor Anda Gagal Dalam Temuduga”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu