Home » Tips » 4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Saya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya harap pelawat blog Gaji Sendiri ini mempunyai azam yang hebat-hebat belaka serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk merealisasikan azam tahun baru anda.
Artikel saya kali ini masih lagi bertunjangkan kepada facebook. Namun bukanlah menerangkan apa itu facebook atau fungsi facebook, tetapi lebih kepada bagaimana anda boleh buat duit dengan facebook.
Terdapat beberapa cara untuk anda buat duit dengan facebook. Saya telah coretkan serba sedikit senarai ringkas 4 cara untuk anda buat duit dengan facebook untuk tahun baru 2010 ini.
Cara #1: Pengiklanan di Facebook
Cara buat duit dengan facebook yang pertama ialah dengan memasarkan produk anda atau produk usahawan lain di ruangan iklan facebook. Penerangan lanjut berkenaan dengan teknik pertama buat duit dengan facebook ini boleh diperolehi dalam ebook percuma yang saya sertakan di bawah. Panduan ini secara terasnya menerangkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hanya menyertai program affiliate di internet, kemudian memasarkan produk tersebut di facebook.
Cara #2: Memajukan Aplikasi Di Facebook
Bagi cara yang kedua pula, anda boleh buat duit dengan facebook melalui pembinaan aplikasi. Ia mungkin merupakan satu sumber pendapatan secara tidak langsung. Caranya ialah melalui kontrak yang diikat dengan pihak ketiga.
Pada saya, mungkin cara ini belum lagi popular dikalangan rakyat Malaysia. Namun, untuk beberapa tahun yang akan datang, tidak mustahil akan lahir developers yang akan memajukan aplikasi untuk rakyat Malaysia pula.
Cara #3: Menjual Produk Sendiri
Anda boleh menjual produk yang telah anda hasilkan, di facebook. Produk yang anda jual boleh jadi produk digital atau produk fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menjual buku-buku terpakai kepada rakan anda di facebook. Aplikasi yang boleh digunakan bagi menjalankan proses jual beli buku-buku terpakai ini adalah CampusBooks.
Cara #4: Micro-Payment
Anda boleh menjual sebarang servis anda di facebook kemudiannya menerima wang dengan menggunakan aplikasi micropayment seperti Paypal. Servis yang saya maksudkan di sini adalah aplikasi yang telah anda bina untuk dimuatkan di facebook.
Aplikasi yang boleh anda jual bergantung kepada fungsi, saiz dan prospek yang akan menggunakannya. Sebagai contoh, aplikasi yang menawarkan ebook premium yang memerlukan pendaftaran keahlian sebanyak RM 2 sebulan.

Secara tuntasnya, kebanyakan daripada cara buat duit dengan facebook di atas belum lagi popular di kalangan usahawan internet tempatan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan sedikit kajian dan menjadi antara mereka yang terawal meneroka arena ini di Malaysia, berkemungkinan besar anda mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dengan facebook. Semoga berjaya!
52 Responses to “4 Cara Buat Duit Dengan Facebook”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Bagus blog entry saudara, semoga dapat memajukan dan membudayakan sifat ushawan melayu islam khasnya
kudos!
Terima kasih saudara Jebat. Semoga anda juga mendapat manfaat daripada entry ini.
betul tu, kandungan artikel mmg bagus. Trens sekarang ni, ramai yg terlalu mudah percaya login facebook dapat duit tanpa ketahui gimik iklan. Akhirnya ramai yg sertai pelbagai prgram seperti ini dan akhirnya langsung tak dapat hasil.
ingat lagi tak tajuk ‘Login Facebook Dapat RM100′??sebenarnya semuanya tu mengarut..saya dah terkena…kalau nak duit,login mana-manapun dapat duit,yg penting usaha….jangan terpedaya & berhati-hatilah kerana anda perlu bayar RM100 setiap bulan (mungkin itu maksudnya Infinity kot?…En. Anwar/sesiapa ada komen pasal nie??
Saya belum pernah dengar, cuma memang sejak akhir2 ni ramai yang search utk buat duit dengan facebook ni. Memang perlu berhati-hati ni. Setakat ni, ni shj cara yang saya rasa paling munasabah.
p/s: kalau betul boleh login je dapat duit, memang la sy pun akan join juga.
Ya betul…!! semua ni mengarut. Pemalas. Nak cepat dapat duit!! Tipu org!! Aku berdoa supaya orang sebegini masuk neraka Jahanam!! See u in HELL!!!
memang betul saya sokong tu…..
macam peniaga internet spt En. Anwar saya dah tak kisah pasal mmg terbukti keberjayaannya (boleh guna ke..hehehe……) pasal nama dah popular…yang sakit ati skit pasal orang yang kaut untung atas angin,guna ayat ‘cair’ sikit,dah termakan pujuk….Buatla Mailing List,lagi mudah dapat pelanggan..betul tak En. Anwar??
sori,teremosi sikit bab duit ni…
cuba tgk kamus ada tak maksud keberjayaan tu.hehe. Pada saya, jauh lagi perjalanan untuk kata yang saya ni dah berjaya. Sy cuma berusaha, Allah tentukan rezekinya. Ni pun, ad projek yang belum dpt digerakkan sepenuhnya. Target boleh lancar dalam bulan 5-6 ni. Tp kena banyak berusahalah (nasihat kpd diri sendiri).
betul ke semua ni dapat duit?ke saja2 kita masuk untuk keuntungan diorang je..kalau betul…bukti yang sebenarnya macamana?
memang benar kita boleh jana keuntungan melalui facebook. Antaranya penjualan produk anda atau produk usahawan lain di facebook. Kalau skim “Login Dapat RM100 Tu Tak Perlu Percaya”…
saya sangat takut bila nak cuba join …
betul ka cara kita buat duit dalam facebook cepat kaya…
Saya tak berani untuk komen lebih-lebih. Sebab saya tidak menghala ke arah itu. Apa yang saya tahu, facebook boleh dijadikan medium buat duit dengan cara kita pasarkan produk yang kita hendak jual di facebook.
Nasihat saya, sebelum join sesebuah model perniagaan, lakukan sedikit kajian dan rujukan. Analoginya, persiapkan diri dengan ilmu berenang sebelum terjun ke dalam air.
actuali …mcm arrr
Salam,
Buat duit di internet memang terbukti kebenarannya, banyak yang dah boleh dikatakan berjaya, tapi ada jugak yang gunakan pendekatan ‘HYPE’…lebih kurang cam ada unsur-unsur missleading disitu…jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan promosi2 yang agak melampau nih..kalau tak faham atau ragu2 boleh bertanya pada yang pandai atau lebih arif…
banyak cara nak buat duit diinternet, nak tahu boleh download laporan Bro Anwar tu…
semoga sukses selalu
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
Setuju setuju…dah lamer saya menjelajah ke blog2 yang ssedia ada kat internet ni.Jawapan yang saya biasa dapat buat duit banyak,cepat dan boleh kaya raya tapi hakikatnya hanya kata kata manis jer…kalau tak ,tak laku..jangan marah yer itulah kebenarann.ya
Sebab itulah saya tak berminat untuk membuat produk yang berada dalam lingkungan niche “buat duit di internet”. Sebenarnya lebih baik jika kita lari dari niche ini. Pada saya, banyak lagi ruang untuk kita mulakan perniagaan di internet, tak semestinya terlibat dalam niche “buat duit di internet”
Itu pun saya setuju.Apa yang saya lihat banyak perkembangan tidak sihat berlaku berleluasa dalam pemasaran.Walaupun itu dinamakan marketing strategi,Bayangkan perasaan kita sebagai pembeli jika kita beli produk yang tidak berkualiti sedangkan IM akan ketawa sambil mengeluarkan duit dari bank… FIKIR fikirkan..(rahsia 1000 pertama dgn affiliate)Ebook tu saya dah baca…terima kasih..banyak info menarik…
Salam,
Saya nampak kat Malaysia nih masih banyak yang ambil pendekatan ‘niche’ buat duit di internet..boleh katakan terlalu banyak dah digunakan, kadang2 website tuh tahan 3-4 bulan jer..bila dah banyak yang join pastu tukar nama ke website lain. Ebiz nih banyak cabang dia, banyak jugak cabaran dia. Saya ada idea untuk perkembangan ebiz di malaysia ( dah rujuk pada smartzul beberapa ketika dulu)cuma saya rasa benda tu memerlukan mpodal yang banyak jugak dan JV dengan mereka yang pakar dan arif.
wassalam
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
saya ada join satu online biz,tentu saudara tahu mengenai website yang saya sertakan ini.semuanya nampak mudah tapi hakikatnya ia memerlukan usaha yang bersungguh2 dan pengorbanan masa yang kritikal.apa pandangan saudara? Boleh terangkan serba sedikit cara yang saudara gunakan untuk menjana kejayaan di internet.saya masih tercari-cari online biz yang sesuai.
Salam,
Bukan senang nak senang – tiada jalan pintas menuju kejayaan. Saya ada listkan 10 kesilapan dalam perniagaan ebiz ni melalui pengalaman saya…boleh lihat di http://www.radzuanebiz.com
Nanti saya postkan entri apa tools yang perlu ada pada untuk menjadi seorang internet marketer – Bro Anwar boleh komen nanti ya…
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
adakah saya terlambat utk join buat duit nie?saya betui2 tak tau cara macam ner nk cari duit guna facebook
Tidak terlambat sama sekali master.
pengarangan yang hebat !
Terima kasih pedagang IT.
macam mane nk buat duit gune fb nie… teringin nk cuba.
Faizul boleh perolehi jawapan di http://gajisendiri.com/facebookmania.htm
salam semua, terima kasih atas penerangan brader Anwar, beryukur kerana Allah SWT pertemukan saya dengan wabsite sedara, so tka jadi la nak join benda2 login facebook dapat duit ni. saya tercari2 lagi apa yg paling selamat. anyway weldone brader!
Maktiri mungkin boleh baca kenapa Login Dapat RM100 tu merupakan satu perkara yang gharar dan tidak wajar dipercayai di dalam Islam. Boleh klik pada link yang saya sertakan di bawah ini.
http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/
Selamat beramal dalam berniaga.
Jangan lupa juga untuk share di facebook. Klik pada butang biru “share” di atas untuk share di facebook. Sama-sama kita membantu rakan-rakan dari terjebak dengan unsur-unsur gharar dan penipuan.
assalamualaikum , sy sgt keliru skrng, sy berminat untuk buat duit dgn fb tapi slh seorang kenalan sy di fb meminta no akaun bank sy utk yrn pendaftaran yg berkoskan rm100..jadi sy ingin bertanya adakah perlu untuk sy menurut kata2 sbht sy tu atau ada cara lain untuk sy mendaftar selain mula buat duit dengan fb?
tlg sy…sy x tau ape yg harus dilakukan..
Sepatutnya buat duit di facebook ini tidak memerlukan apa2 kos. Adakah kawan saudara ajak untuk menyertai infinity downline ? Kalau infinity downline a.k.a login facebook dapat RM100 tu ia mengandungi unsur “money game” dan boleh tergolong dalam kategori syubhah dan gharar. Boleh rujuk di sini.
http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/
buat duit dengan aplikasi fb..mcm mana tu??boleh terangkan lagi tak?
Maksudnya, sekarang ni mungkin kita lihat aplikasi di facebook seperti games atau perkara-perkara lain secara percuma. Tapi jika saudara merupakan seorang programmer yang hebat, boleh majukan sebuah aplikasi yang diperlukan ramai orang dan letakkan cas yang berpatutan utk mereka mengakses aplikasi ini. Ini merupakan idea, tapi kalau saudara nampak praktikalitinya, saya rasa saudara boleh teruskan.
hello hello
sy ni student… sy nk tnye sket ttg buat duit ni…
vemma tu lak cmne?? btul ke??
sbb sy tgk kbyknye kritik sal buat duit ngn fb je..
tp yg lain xprnh tgk lak dkritik…
Salam,
dah lama tak buat komen…..maaf ya En Anwar….kalau cite pasal buat duit di internet,mmg la banyak & tak terkira…..cuma,untuk kaya cepat tanpa usaha,itu dah salah dari norma kemanusiaan…Untuk Kaya adalah Usaha…Usaha=Duit…..tak salah nak join seberapa banyak program buat duit tapi larat ke kita nak buat promosi???mesti terlintas di fikiran,” kalau aku join program ni,boleh ke dapat duit sedangkan program yang sebelum nie aku masukpun lom dapat duit….”,jadi gunakan sistem yang betul & tetapkan matlamat….dan juga Ilmu kena cukup….betul tak En. Anwar???
HELLO,
NAK TNYA APE SEBENARNYE CRI DUIT MELALUI FB NIE…XFAHAM LAH ..ADAKAH BILA KITA PROMOTE PRODUK ORANG @ SYARIKAT KITA LEH DPT UNTUNG ATAS ANGIN? MCM NER NAK DEAL NGN SYARIKAT2 TERSEBUT DAN ADE KONTRAK TTG PERJANJIAN INI…? JGN NTI PRODUK DH DIBELI TPI KITA XDPT PAPER PUN…CMNER TU TOLONGLAH GTAU . THKS SEMUA
kalau nak jual produk orang lain mesti ada syarat yang dikenakan oleh owner produk, yang penting cari owner produk yang jujur. dan juga pastikan affiliate software yang digunakan oleh owner tu mantap. Jangan kena tipu kat kat bahagian tu.
nasihat saya cari program yang jual produk orang tapi upah jualan terus masuk acc(kebanyakannnya guna paypal) kita tanpa perlu tunggu syarat jualan mesti lebih RM100, baru boleh cashout
hai, sepekara lgi nk tnye adakah perlu kita ade laman web sndri utk wat bisnes online nie…
guna saja facebook sebagai ganti website
SEBAH SAYA SUKA WEBITE
suka website bagaimana tu ?
Info yang menarik dari saudara Anwar…Tq
sy masih x faham la cara perniagaan di facebook nie cuba terangkan semuala
Syg bru rs nk join yg iklan fb 2, lps bc ni trus x jadi…
saya dah hampir 3 tahun dalam biz internet ni…Banyak kali alami sedih dan gembira..utk kawan2..sy cuma nak pesan, cari duit ni bukan senang..kunci utama kne rajin..kalau xrajin, bagi joran kuat dan panjang sekalipun, kalau jarang memancing xkan jadi seorang pemancing berjaya. Satu lagi di internet ni mcm2 skill diorg guna..ada tipu dan ada yg benar..kalau cara tipu mmg cpt kaya..tapi hati2, apa yg nak dijawab kelak..
saya nak buat fb baru
saya gembira ade facebook
mmg terbaik…
ini br cra yng betul buat duit fb…
mcm2 org guna nma fb buat duit..
padahl money game je sume..
Banyak program yang boleh dilakukan melalu fb. Tp, yang sebenarnya adalah teknik pemasaran melalui facebook, bukannya buat duit dengan facebook.
Ini adalah disebabkan semua orang sekarang addicted to facebook, jd sesetgh orang menggunakan istilah buat duit dengan facebook. Anda juga boleh buat duit dengan Twitter, Tagged dan sebagainya.. Kalau mahu..
TQ for the free ebook
Salam,tumpang tanya dik Mcm mana cara nak promosi produk di facebook?