Home » Offtopic » 6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, saya difahamkan bahawa Lingua Franca bagi orang-orang barat sekitar sebelum kurun ke-18 adalah Bahasa Perancis.
Bahasa Inggeris hanya tersebar luas selepas Inggeris melakukan perluasan empayar, yang mana Malaysia juga termasuk ke dalam wilayah yang dijajah oleh Inggeris. Ini mengakibatkan pertukaran sedikit demi sedikit Lingua Franca di wilayah-wilayah ini termasuklah Malaysia.
Natijahnya, Bahasa Inggeris mula menerima pengaruh yang semakin besar dan telah diikitiraf sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan oleh penduduk di dunia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, menguasai bahasa inggeris ini merupakan satu kelebihan kepada kita kerana, kehidupan seharian kita yang semakin lama semakin banyak terisi dengan bahasa ini.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan mengetengahkan 6 cara mudah untuk kita belajar dan menguasai Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, usah sekali-kali kita lupa bahasa ibunda kita sendiri kerana bak kata pepatah “bahasa itu jiwa bangsa”. Artikel ini hanya merupakan tip umum dan jika anda kreatif, anda boleh menggunakannya untuk bahasa-bahasa lain pula.
Tip 1: Tonton filem dengan sari kata Bahasa Inggeris
Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda digalakkan untuk menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris atau filem-filem luar negara yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris. Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar anda dapat menambahkan vocabulary anda seterusnya berupaya membina tatabahasa. Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan oleh filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.
Tip 2: Games yang menggunakan Bahasa Inggeris
Jika anda merupakan gamers tegar, dalam konteks ini, permainan seperti DotA atau Pro Evolution Soccer mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Carilah permainan yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu daripada ciri-ciri permainan itu sendiri. Dengan ini, akan akan selalu membelek kamus bagi mengetahui maksud perkataan yang anda kurang fahami.
Tip 3: Salin perkataan beserta maksud
Salin perkataan dan maksud yang anda baru perolehi dan letakkannya di tempat yang selalu anda kunjungi. Jika di asrama, mungkin meja belajar anda adalah tempat yang paling sesuai. Di rumah pula, anda boleh tulis pada sticky notes, kemudian letakkannya di pintu peti sejuk atau meja komputer anda. Ini bertujuan agar anda sentiasa melihat perkataan tersebut dan proses ini akan lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.
Tip 4: Rahsia Semua Bahasa Adalah Praktik!
Sebenarnya, rahsia semua bahasa di dunia ini adalah praktikaliti. Jika anda sekadar mengetahui teori, tetapi tidak mempraktikkannya, anda tidak akan dapat menguasai bahasa tersebut, hatta bahasa itu merupakan bahasa yang paling mudah di dunia. Latihan demi latihan diperlukan agar anda dapat menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya, atau anda malu untuk mengucapkan bahasa ini di hadapan orang lain. Tip ke-5 ‘cara mudah belajar Bahasa Inggeris’ ini mungkin dapat membantu anda.
Tip 5: Membuat latihan di hadapan cermin
Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda boleh menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi orang lain, anda dapat menghilangkan perasaan gemuruh anda, seterusnya membina keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.
Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina keyakinan diri. Keyakinan daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda mula berkomunikasi dengan orang lain dan ia tidak dapat membantu selamanya. Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia sebenar yang boleh diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.
Tip 6: Ubah Gaya Pemikiran Anda
Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ’6 cara mudah menguasai bahasa inggeris’ ini merupakan kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa Inggeris. Anda perlu ubah dahulu pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“. Sekiranya anda dapat mengubah mind set ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris, percayalah.
Jika anda dapat menguasai tip ke-6 ini, 5 tips terdahulu akan menjadi semakin mudah dan anda akan mula berasa seronok dalam mempelajari apa jua bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris.
Kesimpulannya, apa yang telah saya coretkan di atas merupakan 6 cara mudah menguasai Bahasa Inggeris dan merupakan teknik-teknik yang saya sendiri aplikasikan dalam hidup saya. Saya harap anda berjaya mempraktikkannya.
Jika anda masih perlukan panduan mudah untuk menguasai bahasa ini, saya sarankan agar anda klik pada link yang saya sertakan di atas. Semoga berjaya dan jangan takut untuk membuat kesilapan ketika belajar mengenai bahasa. Wassalam.
5 Responses to “6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan
1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.
The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
Click here to view more details
belajar bahasa inggeris tak susah sebenarnya janji ada panduan yang bagus..yang penting jangan kedekut umtuk ilmu..
Betul. Apa-apa bahasa pun jika tiada praktikal, maka ia akan luput sendiri dari diri kita. Jadi, jangan lupa mempraktiskannya. Bila bahasa tersebut sudah luput, susah untuk kita memulihkannya semula.
MENONTON FILEM YANG BERKAITAN DENGAN BAHAS INGGERIS SANGAT PENTING KEPADA KITA UNTUK MENINGKATKAN VOCABULARY DAN KECEKAPAN KITA DALAM PERCAKAP.
betul sangat .