Home » Tips » Kawan, Jangan Tertipu Di Internet
Kawan, Jangan Tertipu Di Internet
Fuh, agak ‘berhabuk’ juga blog gaji sendiri ini. Dah lama saya tak update memandangkan saya sedang praktikal buat masa ini. Nasib baik ia hanyalah praktikal semata. Tak lah terlalu rindukan subjek-subjek di universiti sangat. Sebab saya masih ada setahun lagi untuk menjadi mahasiswa ijazah pertama.
Apa khabar sahabat-sahabat serta pelawat blog ini ? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Untuk entri kali ini, saya ingin sentuh sedikit tentang penipuan di internet serta beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk mengesan penipuan ini seterusnya mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa skim-skim cepat kaya, Ponzi, Hype serta piramid yang semakin berleluasa di internet, kini.
Sabtu lepas, seorang sahabat saya datang melawat kami di UIAM Gombak, dan semasa sedang berbual, rakan saya bertanya tentang projek yang sedang saya usahakan buat masa ni. Dia menunjukkan minat untuk menjalankan bisnes di internet, tapi apa yang beliau khuatirkan adalah penipuan yang berlaku di internet.
Saya katakan kepada beliau, penipuan itu memang ada di internet. Kita perlu berwaspada. Namun sebagai seorang peniaga dengan kata lainnya usahawan internet, kitalah yang perlu bertanggunjawab agar tidak menipu pelanggan yang ingin berurus niaga dengan kita di alam maya ini.
Saya katakan juga kepada beliau, bisnes di alam nyata pun banyak penipuan, bahkan lebih advance dan telah terjadi lebih lama daripada penipuan yang ada di alam siber. Pokok pangkalnya kita… diri kita sebagai peniaga.
Itu baru kes kebimbangan daripada rakan saya, belum lagi kejadian yang menimpa ahli keluarga saya dek kerana penipuan di internet ni. Lebur Rm250.00, tapi apa yang diperolehi jauh meleset daripada apa yang terpampang di dalam iklan di internet.
Jadi, tekad saya untuk entri yang akan datang, saya akan hasilkan beberapa tip bagaimana kita dapat mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa penipuan di alam siber ini. Tip ini berdasarkan pengalaman sebenar saya sendiri dan saya akan kongsikan di blog ini, agar usahawan internet yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet tidak terjebak dengan janji-janji manis usahawan internet dari spesis penipu.
14 Responses to “Kawan, Jangan Tertipu Di Internet”
Apa pandangan anda pula ?

- 5 Cara Android Membantu Perniagaan Saya
- Soal Jawab Perniagaan Internet
- Surat Adwords Dari Google
- Komisyen Santai Seorang IM Amatur
- jadual seminar emas julai ini…
- Hukum Pelaburan ASB
- Dinar Iraq diapungkan???Mari kita tengok…
- Emas Buat Yang Berada di Mesir !
- Harga Gula Meningkat 20 Sen Lagi
- Saya Untung Pelaburan Dirham ‘RM20′






well done brother.(^_^)
Alhamdulillah. Berjaya juga siapkan satu entri.
prktikal nk jd dktor..=)
doktor??? wah… doktor berjiwa usahawan ni… hehehe… baru praktikal sedara Anwar, belum keje g, kena pandai bahagi masa, saya keje 12 jam, fuh… kadang tu memang susah juga nak berbagi masa tuk kerja sendiri (berblog). WELL DONE BROTHER
Doktor tu lama lagi rasanya. Banyak peringkat lagi.
Salam Bro ANwar, heheh..mana ada berhabuk blog gaji sendiri…saya dah bersihkan dah habuk2 tuh…hahahaha….gurau sikit jangan dok serius jer….Nanti saya pun akan buat entri berkenaan penipuan/scam di internet ni…hahaha nak sokong/tambah kenyataan dari Bro Anwar..
Selamat Kembali Bro..
Hehe. 29/6 ni tamat lah tempoh praktikalnya.
Banyak pengalaman dapat dari praktikal ni. Saya sengaja ambil peluang untuk praktikal yang jauh sikit daripada bidang, saja tambah2 ilmu. Kalau tak, takkan dapat ilmu sebegini di Universiti.
Salam kejayaan dgn praktikal yg terlalu sedikit diajar di universiti. Apa pun saya setuju dgn anda, mana-mana pun ada penipuan. Offline ke Online ke sama sahaja, warung kecik atau tepi jalan pun pasti ada penipuan jika tidak ada kesedaran ‘perniagaan untuk membantu’.
Semuanya bermula dari diri kita sendiri.. keept it up..
salam en.anwar, saya nak tanya sedikit, saya telah menggunakan theme ringcast yang ada didalam blog saudara.tp yang masalahnya apabila saya masukkan theme yang saudara sisipkan kat theme di blog saudara,header yang berada di appearance hilang…cuma ada footer,widget dan lain3 lagi kecuali header…jadi sukar lah saya nak gantikan header dengan header yang saya buat…mcmamana nak selesaikan masalah ni?
Sebenarnya Header tu tak hilang. Header asalnya memang tiada. Saudara boleh ubah dengan mengubah kod pada header.php.
Jika matnor tgk header di atas, header tu dalam bentuk gambar bukannya teks. Jadi perlu ubah kod dengan masukkan kod gambr.
terima kasih sdr anwar kerana memberi maklum balas segera..saya akan buat dengan apa sdr anwar sarankan
Saya harap matnor boleh khabarkan di sini kalau ada apa2 masalah tentang theme tu ya. Kalau boleh maklumkan di ruang theme tersebut.
salam sdr anwar….sebenarnya saya agak berasa malu…saya tak tahu code gambar macamana..tahu tahu nak letak bahagian mana…saya dah cuba berkali – kali tetapi masih gagal….kalu boleh tak sdr anwar berikan code gambar tu dan beritahu kat mana code tu hendak diletakkan…..
macam ni… Saudara cari file header.php dalam folder theme tersebut. kemudian, download dan cari pada line yang ada tag macam ni <h1 id=”name-text” class=”art-Logo-name”><a href=”<?php echo get_option(‘home’); ?>/”></h1> , masukkan tag image, dan ia akan jadi macam ni
<h1 id=”name-text” class=”art-Logo-name”><a href=”<?php echo get_option(‘home’); ?>/”><img src=”<?php bloginfo(‘template_url’); ?>/images/logo.png”></a></h1>
Sebelum tu, masukkan dulu image logo.png dalam folder images utk theme. boleh tgk contoh saiz logo di blog saya ni.
P.s: selepas ni, sila reply di sini ya:
http://gajisendiri.com/wp-theme/ringcast-theme/
boleh berkongsi dgn orang lain juga.