The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Mengenali Risiko Dalam Perniagaan

risiko_perniagaanUsahawan yang berpandangan jauh akan mengambil risiko berkira. Usahawan sewajarnya mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal dimajukan.

Apakah itu risiko dalam perniagaan? Risiko merupakan kemungkinan untuk mengalami kerugian disebabkan oleh kegagalan sesebuah perniagaan. Perniagaan berisiko rendah mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk gagal, manakala perniagaan berisiko tinggi pula mempunyai potensi yang tinggi juga untuk gagal.

Sebagai contoh, syarikat yang membetulkan komputer mempunyai risiko kegagalan yang lebih rendah berbanding syarikat pengeluar komputer. Syarikat pembuatan kereta pula mempunyai risiko kegagalan yang lebih tinggi berbanding bengkel baik pulih kereta.

Jadi, sebelum memulakan apa-apa perniagaan, peluang perniagaan perlu dianalisis agar usahawan mampu meramal peratus kejayaan perniagaan yang dibina. Selepas analisis dilaksanakan dan peratus kejayaan dapat ditentukan, barulah keputusan dibuat sama ada mahu meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.

Risiko juga mempunyai pergantungannya yang tersendiri. Selalunya, faktor-faktor yang mempengaruhi risiko adalah seperti berikut:

1. Kadar keuntungan yang dijangka akan diperolehi(tinggi atau rendah).
2. Jumlah modal yang dilaburkan(besar atau kecil).
3. Tahap kesukaran membangunkan perniagaan(sukar atau mudah).

Lazimnya, perniagaan berisiko rendah merupakan perniagaan yang mudah untuk dimajukan, memerlukan modal yang sedikit dan pulangannya juga sedikit. Manakala perniagaan berisiko tinggi merupakan perniagaan yang sukar untuk dimajukan, memerlukan modal yang tinggi, namun mampu memperoleh pulangan yang lumayan.

Sebagai seorang usahawan internet, saya berpendapat bahawa perniagaan internet merupakan satu bidang yang berisiko rendah serta mampu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perniagaan internet juga mempunyai risikonya yang tersendiri sekiranya diteliti dengan betul dan menyeluruh.

Namun, risiko bagi mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet adalah rendah berbanding mereka yang menjalankan perniagaan di alam realiti atau separa realiti separa maya. Banyak faktor yang mempengaruhinya, namun tidak akan saya kupas di sini.

Secara tuntasnya, diharapkan agar anda kini mempunyai idea asas berkenaan dengan risiko dalam perniagaan. Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, izinkan saya berkongsi satu pepatah yang wajar untuk dijadikan renungan bersama…”setiap perniagaan mempunyai risiko, apa yang membezakannya adalah saiz risiko yang dimiliki oleh perniagaan terbabit“. 

Lain-Lain Artikel Menarik:
Bisnes Internet bukanlah perkara yang boleh dilihat hasilnya dalam satu malam sahaja. Jika anda ingin menjana pendapatan di internet, anda perlukan usaha, teknik, dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. Jadi, saya ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Saya pernah terbaca petikan daripada akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan ramalan 4,749 pekerja bakal diberhentikan pada tahun ini. Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah persediaan yang dapat saya lakukan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Baru-baru ini, saya terbaca satu keratan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 3 Januari 2009 yang menyiarkan tentang peluang menjana pendapatan lumayan berasaskan pertanian iaitu melalui penanaman cendawan. Apa yang saya lihat, ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
10 Faktor Anda Gagal Dalam Temuduga
Alam pelajaran sudahpun tamat dan kini menyusul pula alam pekerjaan. Sedikit demi sedikit, perjalanan hidup anda mula berubah dan menjadi semakin panjang. Petandanya adalah anda dan ramai graduan lain akan ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Sejak akhir-akhir ini, ramai rakyat Malaysia telah mula menyedari potensi perniagaan internet terutamanya sejak dunia menghadapi krisis kegawatan ekonomi. Kesannya semakin ramai yang mula menjual di internet setiap hari. Akan tetapi ...
Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya
Perkara Asas Dalam Perniagaan Internet
Keistimewaan Bisnes Internet
Usahawan Cendawan & Keuntungan Besar
10 Faktor Anda Gagal Dalam Temuduga
3 Syarat Wajib Perniagaan Internet

Anwar Yassin merupakan seorang blogger dan usahawan internet separuh masa sejak 2007. Beliau juga merupakan bekas mahasiswa jurusan bio-perubatan di salah sebuah IPTA tanah air dan kini telah memegang jawatan pegawai mikrobiologi di sebuah syarikat di Johor. Beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu panduan 13 Cara Pendapatan Internet (2008) serta Panduan Kit Biasiswa (2010). Beliau juga sedang giat menghasilkan satu lagi panduan yang bakal membantu usahawan internet Malaysia.
Anwar Yassin
Lihat semua entri oleh Anwar Yassin
Laman Web Anwar

One Response to “Mengenali Risiko Dalam Perniagaan”

Apa pandangan anda pula ?

Sponsor
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Getresponse
1st Malaysian News Directory
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Gaji Sendiri di Facebook
Harga Semasa Ar-Rahnu